Mohd Asmady bin Zakaria dalam kenangan (6.4.1978-3.4.2009)

Allahyarham Mohd. Asmady Zakaria (6.4.1978-3.4.2009)

Allahyarham,
Seorang bos yang amat prihatin kepada pekerjanya,
Seorang kawan antara paling baik yang pernah kukenali...
Sahabatku,
Seperti semalam kita bertemu,
Bercerita, berbual kisah silam dan akan datang tanpa jemu,
Sepertinya tiada apa yang akan berlaku...

Sahabatku,
Kuterima berita tanpa diduga,
Kau pergi tanpa dijangka,
Meninggalkan kami semua,
Tanpa pesan ataupun tanda..

Sahabatku,
Sesungguhnya kau adalah antara sahabat yang paling istimewa,
Mempunyai semangat dan aspirasi pada semua,
Tiada jemu membantu kala senang atau duka,
Sesungguhnya pemergianmu amat dirasa...

Sahabatku,
Damailah kau di alam sana,
Sesunguhnya pemergianmu bukan hanya meninggalkan nama,
Bahkan jasa dan kenangan bersamamu terpahat dijiwa,
Moga kau ditempatkan digolongan yang beriman dan paling istimewa..disisiNya...

Amin...

Alfatihah...

Buat Lela isteri arwah dan keluarga...takziah dari kami semua...
Mohd Asmady bin Zakaria dalam kenangan (6.4.1978-3.4.2009) Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 06, 2009 Rating: 5

6 comments:

  1. arwah memang seorang yang sangat baik.. moga beliau ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh. Ameen. Al-Fatihah..

    ReplyDelete
  2. takziah utk keluarga arwah, dan al-Fatihah....semoga arwah ditempatkan dlm golongan mukmin yg terpilih..

    ReplyDelete
  3. Al-Fatihah untuk Arwah..semoga rohnya dicucuri rahmah..

    saya pun rasa kehilangan sahabat karib sejak di bangku sekolah lagi..

    http://kerusimalas.blogspot.com ....sedikit nukilan cerita bersama arwah..

    ReplyDelete
  4. Salam..st anksdara pd arwah...hr ni hati sy terdetik utk type nm arwah kembali.sb sy thu arwah slalu mnulis blog dan update bkenaan kluarga beliau.tp syg,waktu itu sy msih remaja dan tidak pandai utk berblog dan sebagainya.tp krn blog ini jgk terubat rindu pd arwah.trima ksh ats nurkilan ini.terima ksh tak terhingga walaupon dah lame..tp arwah ttp ad dlm hati sy.sb dy adlah hero sy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam Anis... ya allah rindunya dekat isteri arwah..kirim salam ya kat keluarga semua terutama isteri arwah :)

      Delete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.