Rumah Terbuka Sinar FM Bersama Daisy
Bersempena dengan raya yang disambut sebulan, kali ni I berpeluang untuk menyertai Rumah Terbuka Sinar FM pada 3hb Oktober 2009. Ini diatas kemenangan dalam Rumah Terbuka Sinar FM bersama Daisy..masa masuk contest ni kena posing dengan minyak Daisy dan kemudiannya hantar satu resepi istimewa menggunakan produk Daisy...Disebabkan MIL dan SIL datang ke rumah so my hubby tak dapatlah join I untuk pergi ke rumah terbuka anjuran Sinar FM ni.. I pergi dengan Yana dan Akid...
Kebetulan masa sampai jumpa ngan salah seorang staff tempat I kerja..tak sangka diepun menang so kitaorang duk semeja..Untuk hidangan air, pihak Corus Hotel menyediakan air Soya dan Sirap Bandung...(cam sirap campur soya rasanya)
begitu banyak hidangan raya yang disediakan..tapi I cam dah jemu...al-maklumlah..berderet seminggu tu open house sana sini..dari ketupat rendang, kuah lodeh, popiah, soto, mee sup dan segala bagan makanan..tapi kali ni I cam makan sikit jer...
so antara gambar artis yang I sempat ambil..I cuma bergambar dengan Chef Liza...lain-lain artis cam Aris Ariwatan, Aishah, Othman HAmzah dan Dj-dj Sinar.Fm ..semuanya I amik dari jauh...sangatlah malah bergerak dari tempat duduk...haha
Biasalah Akid bila pergi majlis dia akan buat aktivitinya sendiri...lagipun perjalanan majlis agak lama..bermula dari 10.30 pagi sehinggan 2.00 petang...makan boleh tanpa henti...wohoo..kalau ada dedet ni best..die terror bab2 makan marathon ni...hahaha
Banyak aktiviti yang diadakan atas pentas...ada pertandingan menganyam ketupat, makan biskut paling cepat, karaoke dan drama sebabak hari Raya..pemenang akan dapat duit raya RM400...dan ada juga Q&A...dapat jawab dapat RM100 (I menang yang ini hehehe)....Gambar diatas adalah sesi menganyam ketupat...Pemenang 2 dari kiri kakak pakai baju warna ungu...so peserta lain dapat gak RM100...best2 kan
Ni pertandingan makan biskut bangkit paling cepat...bersungguh I tengok si Dayat makan...hahah..tapi pemenangnya abang hujung sekali yang pakai baju merah...tapi yang mengujakan pihak Daisy mengumum kan 2 pemenang utama untuk resepi dan gambar paling menarik...wahhh tak tahupun ada kategori tu ...kalau tahu I posing kaw kaw punya...pemenang pertama dapat RM2000 dan kedua dapat RM1000..haha dua2 I tak dapat...heheh
Inilah hamper yang I menang barangan Daisy RM150..oklah stok minyak jagung banyak yang amat plus setiap botol diletakkan dalam goodie bag...happy campur penat....tapi bila balik rumah sangatlah stress baju banyak nak berlipat.....waaaaaaaa..kalau ada mesin yang boleh lipat baju dah lama I beli..:P
Rumah Terbuka Sinar FM Bersama Daisy
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
October 05, 2009
Rating:
huh.. Akid yg tak "berperasaan"...
ReplyDelete