Belajar buat Pai Apple dan Pizza bersama FAMA

Saya join kelas memasak Pai Apple dan Pizza bersama FAMA hari ni...yup Sabtu bermula seawal 10 pagi di K-Shoppe Seksyen 11 Shah Alam..
sarapan pagi yang disediakan..nasi lemak, karipap, kuih talam n teh panas..yum yum

Ni lah Chef Khairul dari Hotel UITM...simple dan senang jer cara ajaran die..memang sungguh berkesan...disamping Kak Manja orang kuat FAMA yang menganjurkan bengkel ini..

saya juga sempat belajar perbezaan doh lembut dan keras...yang kiri tu lembut..sebelah kanan agak keras..

ni lah Pai Apple yang sudah siap..sedap makan panas-panas..ni resepi die;
Untuk sugar crust:
260 butter (guna buttercup)
100 gm icing gula (cap Prai atau CSR)
400 gm SOFT FLOUR/CAKE FLOUR (boleh gak guna Tepung Cap Sauh)
8tsp Fresh Milk
Method:
1. Masukkan butter dengan gula icing dalam mangkuk uli sampai sebati.
2. Lepas tu masuk sedikit demi sedikit tepung dengan diselang-seli susu yang telah disukat sampai sebati.
Untuk inti:
Apple hijau (ikut suka-2-4 biji pun ok)-potong dadu
gula sikit
kulit manis sikit
mentega sedikit

masak ikut jenis oven dgn suhu 150'c-180'c, selama 25-30 minit
ni lak cara nak buat doh pizza...

1 kg bread flour/strong flour (boleh beli kat kedai jual barang kek)
1 NOS telur
7.5gm dry yis (yang serbuk cap mauripan)
1/4 corn oil/olive oil..segala jenis minyak boleh guna
130 butter
1/2 tbp salt
500ml warm water (jgn terlalu panas atau terlalu sejuk)

method:
1. masukkan kesemua bahan dalam mangkuk besar..(klu ada meje cam atas buat cam diatas pun boleh)..
2. Uli perlahan-lahan diselang-seli dengan air..dah sebati rehat 10 minit hingga 15 minit..
3. Lepas tu boleh bentukkan doh pizza ikut citarasa masing2..
topping ikut suka...letaklah nenas, hotdog, isi ayam, cendawan, bawang..dan cheese morezella jgn lupa ya....Bakarr suhuu 150'c dalamm 20 minit jer

klu buat sekilo tepung boleh dapat 4 tray cam diatas...group saya punya yang tengah2 yang bawah..

kak Yati dari Majalah RASA pun jadi peserta sama...best sempat I borak sakan ngan die...

ni Kak Norlis dari Majalah Sri Dewi & Keluarga....antara orang kuat untuk bengkel ini

balik rumah terus try buat Pizza untuk anak dan suami terchenta dengan menggunakan segala bahan yang telah tersedia di rumah...ta daa....bolehlah walaupun tak setanding pizza hut...sedap gak huhu...

Belajar buat Pai Apple dan Pizza bersama FAMA Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 27, 2010 Rating: 5

2 comments:

  1. Kak Norlis mencekak pinggang memang ada gaya__________

    a)nak bambu org buat silap
    b)Big Boss tunggu makan je!
    c)org terseliuh pinggang malam tadi

    p/s: sila isikan tempat kosong sesedap rasa hehehe

    ReplyDelete
  2. oioi..habaq kat cik Norlis baru tahu...

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.