Kisah abang Karam Singh Walia dan Quickie 8tv

Hari ini adalah hari menulis karangan sedunia ya....

Semalam semasa waktu rehat tengahari (Jumaatkan waktu rehatnya agak panjang)...Saya, Anaqi dan Yana ke 1 Utama untuk makan tengahari dan window shopping)..lepas tu tergeraklah hati nak pergi 8tv yang mana sedia maklum bangunanMedia Prima ni betul2 bersebelahan ngan 1Utama...Dekat2 pukul 2pm kitaorang berjalanlah dari 1Utama...namanya jer bersebelahan tapi kalau dah kata berjalan jauh jugaklah kan..huhu..kena merentas Hotel One World lagi...siap singgah toilet kat hotel sebab Anaqi sakit perut...sampai2...dalam kul 2.05pm...security guard tak nak kasi masuk...yelah Hari Jumaat orang rehat lamakan..tapi I pun meluahkan perasaan I yang menunggu hadiah dari 8 Tv dari bulan 2 janji nak call..takde call...I call banyak kali takde orang angkat, hantar email takdenya balas...lepas tu I pun meluahkan perasaan lagi cam berbau2 komplenla.."Nak parking kat bangunan TV3..saya kena cari parking kat Hotel..lepas tu kena jalan lagi ..blabla"memang buat muka tahap paling sememeh kat depan security guard tu...sampailah...

Abang Karan Singh Walia lalu kat situ...die berhenti dan tanya sesuatu kat security guard..saya sengih jer nak snap gambarpun tak teringat...ohhh Abang Aduan Rakyat sudah datang...rupanya bukan main banyak surat aduan dari rakyat dihantar kat Pondok Pengawal TV3...terkedu saya bila abang Karam tanya saya "Ada nak buat aduanke?"..Saya terus geleng kepala...

Security guard terus jadi lembut hati ngan saya...siap cakap Puan, apa kata bawa kereta kat sini saya bagi Puan parking khas kat dalam bangunan TV3...huhu..huhu..nasib baik Abang Karam lalu...

Antara peribahasa Mr Karam Singh Walia yang menjadi favourite saya..

1. Kemana tumpahnya kuah, kalau tidak ke bawah.

2. Tiada rotan, pelempang berguna juga.

3. Biar lambat, asalkan tak cepat

.4.Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau matimeninggalkan kulit, manusia mati meninggal dunia.

5.Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan didalam mulut.

6. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap.

7. Alang-alang mandi, biar guna sabun.

8. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun.

9. Ikut hati mati, ikut rasa merasa.

10. Sehari selambar benang, lama-lama benang habis.

11. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa.

12. Membujur lalu melintang pukang.

13.Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh blah !!

Hasilnya..dapat gak hadiah dari Quickie bulan Feb...sungguh tak quick lah Quickie nih...nasib baik voucher Croc "band" I dah amik dulu...kalau tak melepas dah tarikh akhir tuntutannya..

Kisah abang Karam Singh Walia dan Quickie 8tv Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 17, 2010 Rating: 5

2 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.