Antara Nur Kasih, Asmaradana dan AdaMaya
Nur Kasih sejujurnya saya tak pernah "miss" menontonnya walaupun episod last-last pada minggu raya,,sanggup miss rumah terbuka huhu..Bagi saya kisah Nur Kasih banyak sangat plot yang tidak dijangka, ada sedih dan gembira..membuatkan kita senyum dan ada masanya berair mata tahap beria-ia..ahaks..Watak utama Nur Amina sememangnya banyak memberi impak dalam perjalanan cerita Nur Kasih-seorang gadis yang ingin berjaya, mempunyai pegangan agama yang teguh, sangat setia walaupun ada ketikanya hatinya begitu rapuh..pastinya sekiranya sifat Nur Amina itu wujud dalam diri seseorang wanita pastinya "dia" menjadi idaman semua jejaka, hmm kalau itu realiitinya :)
Saya akan memberikan rating 10/10 untuk drama ini, bagi saya memang best..dan sangatlah tak boring menontonnya walaupun berkali-kali...
Saya akan memberikan rating 10/10 untuk drama ini, bagi saya memang best..dan sangatlah tak boring menontonnya walaupun berkali-kali...
Asmaradana, pada asalnya saya tidaklah berminat untuk menontonnya tetapi disebabkan Tiz Zaqiyah berlakon saya pun layanlah. Cerita tentang antara darjat, orang kaya dan miskin. Tetapi yang agak hairan sikit cerita ini ramai benor orang yang mati..dari mula sampai ke akhir..nak jimat kos bayaran gaji pelakon agaknya..ahaks...tapi saya sangat suka gandingan Tiz dan Iqram...disebabkan cerita ini juga saya jadi sangat suka dengan lagu temanya nyanyian kumpulan Sixth Sense -tak bisa memilihmu
Telah jauh terpisah,
diriku dan dirimu,
Dalam ruang dan waktu,
Sendiriku jalani sepiku,
tanpa dirimu,
Resahku tanpa hadirmu,
Sungguh berat hatiku untuk merasakannya
Salahku mencintai dirinya saat jauhku terpisah
Salahku mencintai dirinya saat jauhku terpisah
Darimu,
Dan hadirnya menyentuh hatiku,
Untuk cintainya,
Hatiku pun inginkannya,
Hingga runtuh setiaku kepada dirimu
Kusakiti hatimu yang tulus mencintaiku….
Kusakiti hatimu yang tulus mencintaiku….
C/O
Maaf ku tak bisa memilih dirimu
Karena kuterhanyut mencintai dia
Inilah salahku yang memberi ruang
Didalam hatiku tuk mencintainya…
(terhanyut jiwa ini, terjatuh dihatinya
lagu ini sememangnya tiada kena mengena dengan saya ya.. :P
rating saya : 8/10
(terhanyut jiwa ini, terjatuh dihatinya
lagu ini sememangnya tiada kena mengena dengan saya ya.. :P
rating saya : 8/10
cerita ni comel ajer..tapi saya memang membara sangat tengok watak Dani dan Maya..cam tak reti bahasa ajer yek...tapi pernah gak saya terfikir ada ke orang sebaik Adam..seikhlas Lisa kat dunia ni..lebih spesifik kat Malaysia..tapi dah dikatakan cerita melayu alaf baru mungkin ada juga sikit sebanyak diinspirasi kisah masyarakat kita..Semalam adalah episod terakhir AdaMaya..ohh saya sungguh beria menangis..saya sangat suka 3 impian Maya yang saya juga pernah terfikir (tetapi sekadar fikir dan bermimpi-mimpi sahaja)...
1. Berbulan madu ke seluruh negara
2. Meneruskan pengajian sehingga ke peringkat PHD
3. Menulis novel tentang kisah cinta agung buat suami terchentaa..
ohh sungguhlah best...rating saya :9/10
tapi bila saya fikir balik mengikut penilaian logik...adakah semua cerita kehidupan kita semua akan berakhir dengan happy ending...masih lagikah manusia menjadi setabah Siti Amina dan penyayang seperti Adam dari AdaMaya..Aidil yang sangat penyabar dan sentiasa mengalah demi adiknya, Tengku Faris yang begitu mencintai Tengku Azizah biar bertahun lamanya..Lisa peguam yang cantik, bergaya, baik hati tetapi lebih gembira melihat kekasih pujaannya bahagia....oo kalau saya cerita logik tak logik memang panjang berjela-jela..Apapun saya sangat suka dengan 3 drama bersiri ini...
Bak kata Anaqi anak saya pada hari semalam "Mummy kalau tengok Nur Kasihke, Asmaradake, AdaMayake mesti nak nangis...baik tengok Shrek...happy ending lived happy everafter"...oh yeah...
ya saya akan layan cerita Shrek bersama famili ..akan datang...
Antara Nur Kasih, Asmaradana dan AdaMaya
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
May 14, 2010
Rating:
uih.. dengar tajuk je dah meremang bulu tengkuk... kalau u bukan my wife dah sah2 saya takkan tahu kewujudan drama2 tu pun wahahaha...
ReplyDeleteyour wife dedet..do no u la hahaha..saya kan suka citer2 cam ni hahah..awk jer layan supernatural..
ReplyDeletehehe lawak jer ayat akak nak kurangkan kos pelakon, tp antara 3 drama tu ai tengok nur kasih jer, yg lain x sempat nak tgk, so nur kasih memang best giler.jatuh chentar ngan remy ishak
ReplyDeletehahah...ruha suka kan style remy ishak...tapi alangkah baiknya realitinya die cam tuh...hoho...ada kot ruha kat luar sana cam Adam Nur Kasih
ReplyDelete