Raya 2010 Dalam Kenangan

Saya dan famili balik 2 hari sebelum raya ke kampung suami di Kota Bharu..
Sempatlah berbuka puasa di rumah MIL dan atuk suami..
tapi malam raya pertama kami sekeluarga sudah balik Kuala Lumpur..
banyak urusan yang tidak dijangka perlu diuruskan..
Kesian gak kat anak2 since diaorang memang ramai sepupu kat kampung :(
tapi nak buat camne..huhu Ini adalah gambar pertama di pagi raya. My kids (kecuali Anaqi) bersama Adlyn anak Kak Long (kakak suami yang pertama). Adlyn aka kak Lyn merupakan sepupu yang paling rapat dengan Yana. Walaupun baru darjah 4, Kak Lyn memang sudah pandai bergaya. Kalau balik kampung Yana dan Kak Lyn memang tak boleh berenggang. Tak sabar nak tunggu Kak Lyn dan famili turun KL seminggu selepas Raya (Kak Long dan hubby ada event kat KL) :)

dari kiri Mek @ Tok Nek (nenek cik Hubby yang palingku sayang) Anaqi, Akid, Yana, Afiq dan Tok Du'lloh-Moyang saudara to My Kids (adik Tok Ayah)
Ni pula gambar semasa kami pergi ziarah waris atuk suami di Kampung Padang Pak Amat. Ramai rupanya atuk saudara dan moyong my hubby yang masih ada lagi. Seronok sebab time nilah dapat kenalkan my kids ngan semua waris2nya kat Kelantan..Rasanya lebih dari 4 rumah kami ziarah dan macam2 masuk dalam isi perut...sangatlah kenyang dan beria sungguhlah kitaorang makan..


Akid bersama sepupu Mama (MIL)-Kira Tok sepupu Akid ler

Yang paling bestnya, my kids yang konon2nya orang bandar lah sangat..oohhh sungguhlah menjakun bila dapatt jumpa banyak haiwan ternakan seperti lembu, kambing, biri, ayam, itik, angsa dan sebagainya. Kecoh bila my kids datang siap lambai2 kat haiwan2 ni terutamanya kat Encik Cow..hohoho..Afiq siap jerit sambil melambai..bye-bye cow...bye ayammm...
Pecah muka mak bapok kat dalam kereta..dahlah kereta tak bertinted memang jelas muka kitaorang hahah si jakun dari KL.

me ngan Tok Chik (adik arwah TokWan)
Sila abaikan mukaku yang berminyak dan kusam di petang raya angkara marathon ziarah cam tak hengat jalan balik rumah...hahah..Ni adalah waris belah my mum...so Tok Chik ni duk Kampung Penambang (jalan nak ke PCB)..Sekarang ni Tok Chik memang tak berapa sihat..tak berapa nak boleh berjalan..Saya memang tak pernah miss lawat Tok Chik setiap kali balik kampung..hopefully Tok Chik akan cepat sihat..

Kadang2 kita lupa asal-usul kita, dimana kita berada, siapa orang tua kita, siapa ahli keluarga kita, namun setiap kali kita berpeluang untuk bertemu dan bermesra, jangan lepaskannya kerana hari ini kita masih bernyawa, esok lusa belum tentu kita ada di dunia, biar anak kenal siapa waris mereka agar silaturrahim yang dipanjangkan tidak akan putus dan terus kekal sampai bila2.....Salam Lebaran penuh ukhwah dari saya sekeluarga.. :)

n famili with LOVE
Raya 2010 Dalam Kenangan Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 13, 2010 Rating: 5

4 comments:

  1. kg pdg pak amat tu dekat je dgn kg me tu ;)

    ReplyDelete
  2. la ya ke....next raya kita boleh gather2 kat kelantan...

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. shalom I am Trying to find for men to join my Guild Caesary come take a look. and join my guild please! hawks raiders at http://www.lekool.com. Been playing Caesary game for 6 weeks. Caesary has been the best browser game in a long time!

    [url=http://caesary.lekool.com]Caesary[/url]
    [url=http://caesary.lekool.com]browser based[/url]
    [url=http://video.lekool.com]Game Videos[/url]

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.