Al-Fatihah Buat Sahabatku Mustamirah

*gambar dari facebook Mustamirah Comel

Dalam kenangan wajah seorang sahabat yang baru melahirkan seorang puteri minggu lepas telah pulang ke rahmatullah pagi ini Ahad, 31 Oktober 2010. Arwah dikatakan mengadu sakit dada selepas subuh dan mengalami kesesakan nafas selepas itu.
Saya pernah bekerja rapat dengan arwah sebagai fellow (kami bersama di Mahallah Zainab) dan juga ketika saya memegang jawatan timetable commitee yang mana harus merujuk dengan beliau yang merupakan system analyst/programmer untuk CFS.
Seorang baik dan bertanggungjawab dalam setiap tugasan yang diberikan. Moga roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-fatihah.
p/s: Sangat sebak pagi ini. Terus mengingatkan diri tentang kita di dunia hanya dipinjamkan sementara. Setiap yang hidup satu hari pasti akan pulang jua kepadaNya.

Al-Fatihah Buat Sahabatku Mustamirah Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 31, 2010 Rating: 5

6 comments:

  1. alfatihah

    terbyg wajah bb kecil yg kehilangan ibu & perlukn kasih sayang juga memerlukan susu ibu untuk pembesaran & perkembangannya...

    ReplyDelete
  2. Al Fatihah... moga ditempatkan bersama-sama orang yang soleh

    ReplyDelete
  3. takziah & al-fatihah
    sedihnya bila pikir nasib baby kecik tu :( :(

    ReplyDelete
  4. thanks all..cam sebak juga sbb last year br jer arwah kehilangan putera yang baru 3 hari dilahirkan..

    al-fatihah

    ReplyDelete
  5. http://blogs.iium.edu.my/fahmi/2010/10/31/perginya-seorang-sahabat-mengadap-ilahi-mustamirah-bt-md-hilal/

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.