Rompakan Di Stesen Shell - Hari Ini Dalam Sejarah

Tempat: Stesen Petrol Shell-NKVE exit Subang
Tarikh: 19 November 2010 (Jumaat)
Masa: 2.30 p.m
Suspek: 4 lelaki dengan menunggang 2 motosikal


Tadi petang, pertama kali menyaksikan rompakan secara dekat. On the way balik ofis from Ijok factory. I baru keluar exit Subang (NKVE) & singgah di Stesen Shell berhampiran plaza toll. Masa tengah bayar petrol melalui bukaan cermin disebelah kaunter ada 2 buah motosikal memasuki stesen Shell dengan agak laju & bising. Just buat tak endah & menunggu duit baki.

Tetiba salah satu motosikal berhenti mengejut betul2 didepan pintu kedai serbaneka di stesen Shell, penunggang & pembongceng menutup mulut/hidung dengan kain. Pembonceng terus melompat turun dan menyingkap jaket seperti hendak mencapai sesuatu, i terus memerhati apa yg hendak dikeluarkan. Sebilah cangkul/serampang kecil (panjang 1 kaki) just like my mom in law punya, tapi diorang punya bersih berkilat cam baru beli je hehehe.. Sempat bertentangan mata ngan budak tu & dia nampak teragak2, tapi terus menyerbu masuk apabila salah sorang kawannya yg membonceng sebuah motosikal lagi mula memasuki kedai.. i sempat ambil baki & tanya dak pompuan penjaga kaunter tu "rompakan ke?" muka dia berubah & memerhati 2 dak laki tadi mendekati kaunter.. ada sorang lagi dak laki staff Shell dalam kedai tu so i fikir dia takkan apa2.. lagipun perompak just mahukan duit, so she would be ok..

i gerak pergi ke arah kereta sambil memerhati situasi dalam kedai... nampak perompak tadi menghalakan cangkul/ serampang tadi kat budak perempuan kaunter tu, kawannya sorang lagi mengeluarkan pisau kecil.. i terus pergi ke arah kereta perlahan2 & lihat semua pelanggan kat pam minyak (3 org) termasuk dua pekerja Shell tercengang2 & saling memandang.. senyap je tanpa sebarang tindakan..

i terus dail 999 guna HP & menghampiri salah sorang pekerja Shell tu lalu hulurkan HP "Dik, call polis".. dia buat tak endah & teragak2, muka cuak semacam je.. siot tol.. so i ingat kena cakap sendrilah, masa nak angkat hp ke telinga nak cakap ngan polis i perasan salah sorang rakan perompak tu sedang perhatikan apa yg i buat.. teringat ada 5 anak so putuskan talian & simpan HP.. terus ke kereta i & perhati dari sana.. 2 org didlm kedai, sorang menunggu di luar pintu bersedia dgn motosikal (kapcai) manakala seorang lagi berlegar2 sekitar stesen minyak sambil menunggang motosikal (RX-Z hijau)... badan nampak macam budak belasan tahun & mungkin sekitar 20-an.. rompakan memakan masa tak sampai 5 minit & diorang terus memecut laju selepas tu, i sempat rakam video masa diorang melarikan diri (walaupun xnampak apa2 wahaha)...

semua pelanggang masih dok tercengang & i lihat salah sorang pekerja Shell sedang berborak dengan salah 1 pelanggan... i hampiri & tanya dia.. "rompakan ke? abg nampak nombor moto?".. "ntah, tak nampak.. tapi tadi macam diorang gelak2 dalam kedai"... i mula pelik... tak lama kemudian 2 motosikal & mamat 4 ekor tadi datang balik kat stesen minyak.. kali ni semua dah tak tutup muka.. tgh gelak2 panjang... berhenti & masuk kedai balik.. i tgk pekerja2 Shell semua dok tersengeh2...

"Cis! April fool ka?".. siot tol.. ni bulan November la! apa punya lawak sengal dak2 nih.. takde keje nak pekena member.. kalaula ada abg Polis kat stesen minyak tadi tak ke nanya jadi arwah semua... memang buang karan...

p/s: cerita kat mummy tadi terus gelak besar... wahahaha
Rompakan Di Stesen Shell - Hari Ini Dalam Sejarah Reviewed by Hermit on November 19, 2010 Rating: 5

10 comments:

  1. ler..kiranye main2 la ye..tp bila tgk perompak dlm tv yg bw brg2 tjm takutttt

    ReplyDelete
  2. lor, ada gak kes main2 eh...giler nerves i baca entry ni tadi

    ReplyDelete
  3. perghh...kecut perut baca mula2 tadi...rupa2nya alahai...

    ReplyDelete
  4. budak2 tu buat kerja bodoh la... lagipun guna senjata tajam betul.. buatnya ada polis or kung-fu master kat stesen tu tak ke haru kena tembak/belasah... nasib baik tak jadi benda buruk je.. aii... bergurau melampau..

    ReplyDelete
  5. mama tisya, suzz n ibuayahdamia- tu less budak2 skrg perkara camni buat main2...hmmmm

    dedet- mula2 awk cerita serius jer...rupa2nya rompakan main klu sy dah pengsan dah...

    ReplyDelete
  6. sib baik takde kungfu master kalau tak nayer kena belasah

    ReplyDelete
  7. yatie-klu ada cik kheirul abis dah kena belasah bebudak tu..kehkeh

    ReplyDelete
  8. eh..biar betul..ada gak ker yg buat kerja bodoh tu..
    kalu betul2 terus call polis thne polis tembak..
    sapa susah..eee.........takut tul la dak zaman sekarang......

    Sumijelly.com

    ReplyDelete
  9. sumi- ntahnya buat main2 benda serius tak ke nampak cam kurang bijak aka bodo..huhuhu

    ReplyDelete
  10. mmg la awk pengsan.. awk tu cepat gelabah hehehe

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.