Hari Mencari 1001 Alasan Kemalasan :-(

Hari ni memang mood jatuh terduduk bersimpuh :p
Wohooo...masuk jer bilik kat opis sakit terus kepala dan mata apabila menyaksikan menimbun kertas peperiksaan dan kuiz bulanan yang belum bertanda. Ini separuh kertas exam dah tanda rasa angin meroyan pun ada "bakpo lah student aku tak menjawab soalan, kita tanya A dia jawab K, manaloh madam nak korek nak kasi demo markah". Lepas tu Anaqi duk buzz kat FB Anaqi: mummy Anaqi laparlah!
Me: Makanlah roti..
Anaqi: Dah boring tengok rupa roti tu.. Mummy belikanlah Anaqi food..
Kesianlak tengok anak yang baru dibujengkan iteww... Walaupun rasa malas nak mengangkat punggung dari kerusi empukku, keterpaksaan jugaklah demi kasihnya seorang ibu terhadap anaknya :). Cari food dan hantar untuk Anaqi kat umah. Pergi kelas dan sambung marking paper balik ...
Lepas tu gi tengok sinonit kat nursery. Rutin harian setiap waktu lunch saya akan pergi bermain dengan Amani. Dok sakan dia panjat sana-sini. Maknya lak melepek kat sofa sambil bermalas-malasan... duk pikiaq nak masak apa petang ni ya? Lepas tu teringatlah motivasi personal dari dedet hujung minggu lepas. Yang mana kami sekeluarga pukul 10 pagi dah terpacak kat Mall SSTwo yang baru sangat dibuka. Penyewa pun baru 20% yang dah masuk.
Mall paling dekat ngan rumah, jalan kaki ala Mak Limah dijangkakan lebih kurang 30 minit boleh sampai. Itu secara teori secara praktikalnya belum dicuba lagi. Saya serahkan tanggungjawab ini kepada Dedet, memandangkan beliau begitu berazam untuk kurus seperti zaman remajanya. Hahaha.
Kat SSTwo Mall last week ada books clearance sale up to 90%. Memang banyaklah pilih buku tapi akhirnya hanya 3 buah yang layak dibayar oleh Dedet. Itupun setelah ditapis berkali-kali
See, yang cukup menyentuh perasaan saya apabila 2 buku masakan yang tebalnya Super Duper Big. Lengkap sekali tips dan gambar hidangan. Saya suke. Tapi cam terkehel jer telinga ni ya bila Dedet menyampaikan amanatnya yang penuh bermakna "Awak boleh masak macam-macam Ayu, banyak gilos resepi boleh cuba".Hok Aloh la... disebalik mee ada udangla ni (me baru jer plan nak masak kat kedai kak Noni malam ni. Nampaknya sardin gaklah lauk untuk dimasak; kes lauk tinggal daging ajer kat peti ais). Ada rasa malas gak hoho.
Ni ha...setakat ni saya berjaya menanda 120 skrip kertas peperiksaan untuk subjek ism 2112, 60 kertas kuiz 1...duk pending 60 kertas exam iff 1414, 90 kuiz 2 ism 2112 dan 6o kuiz 2 iff 1414...banyak deh. Lepas tu ada student dalam kelas tadi tanya saya "Madam, asg nak hantar sebelum cuti ke selepas cuti?"..."Cuti????...Cuti????..."Bila cuti semester?" saya tanya student itu balik..."Next week lah madam!"... Rasa nak pengsan dengan kedamaian. Hepi teramat sehingga hilang segala anasir kemalasan diri yang berlaku sepanjang hari ini! Yep minggu depan saya akan cuti seminggu dari mengajar dan saya boleh menanda kertas periksa tanpa perlu serabut dan tergesa-gesa. Moga semuanya dipermudahkan, amin.
Hari Mencari 1001 Alasan Kemalasan :-( Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 21, 2010 Rating: 5

8 comments:

  1. me dh 3 thn lebih cuti dari mengajar ni ayu...adess..sungguhlah best study leave ni...

    ReplyDelete
  2. tu la suzz- u masuk i pulak nak apply study leave..hahahaha..(i sbb ajar extra class dengan harapan ada extra income so cam berlambaklah keje huhu)

    ReplyDelete
  3. hehe..kesian madam..tkpe..kerja guru memang kerja yang pling mulia..hope allah mudahkan urusan madam..

    ps: kemslm amani comel ;)

    ReplyDelete
  4. taqie- terima kasih...tiba2 rasa sedey huhu

    ReplyDelete
  5. pensyarah ek kamu ni..cam cikgu gak ek..bzzz dengan pen ajer

    best dpt gi astrolife tu..dulu pernah dapat gak tapi kat astro ajer..

    ReplyDelete
  6. kak ina- saya penyarah cabuk jer..huhu....ya ke kak ina dia buat kat astro (tapi ramai org lah hakak', bersesak)

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.