Dek Kerana Nak Pindah Rumah..Macam2 Hal...

Saya nak pindah rumah. Takdelah jauh mana cuma jarak beberapa pintu dari rumah diduduki sekarang ini. Dah namanya nak pindah banyak jugaklah kerja, selain dari nak packing barang, aktiviti membeli barang baru tidak ketinggalan. Dan sejak minggu lepas kami satu famili pusing sakan setiap furniture Mall, hyper Mall segala jenis Mall kar area Selangor dan Klang Valley kami terjah. Penat dah. Lagi penat bila anak reramai ni buat Mall cam rumah sendiri takpun buat aktiviti macam kat taman tema. Ponin dah!
Dalam kesibukan dan stress dalam diri saya melepaskan geram dengan menghasilkan makanan yang saya nak makan ikut selera. Contoh salah satu pizza ngan hot dog, mayonis dan cheese semata-mata. Ni kes kat rumah ada bahan-bahan ini ajer so saya hentam ajolah :) Selamatpun kenyang dalam perut memasing :0

Yang Amani lak sejak dibotakkan kepalanya. Makin lasak! Semalam masa amik dari sekolah, teacher dia minta maaf dari saya. Ingatkan apa rupa-rupanya kat tangan Amani ada satu kesan gigitan. hoho. Kes berebut bola nan baby boy a.k.a classmate dier. Hahaha, Amani weh main doll lah.. Patung Barbie kat Yana ada lebih 25 koleksi pinjamlah satu buat main. Hish. sekarang ni duk suke layan main lori GIANT ngan abang Afiq.

Hmmmm..stoking itu cantek dan berwarna-warni. Motip?? Dalam berserabut kepala dengan citer nak pindah rumah, ISO, marking, invigilating, rumah cam kandang kerbau dan macam-macam hal tapi sempat gak saya BW kat umah kengkawan maya yang lain. So macam terkesan sikit ngan luahan hati MZ dan Mira. Ya lah kitakan manusia kadang2 macam dugaan datang melanda. Sejauhmana kita mampu bertahan, kita perlu gahkan bertahan. Selain dari bersabar dan kuat semangat kita juga perlu redha mungkin disebalik musibah ada kenikmatan yang Allah dah janjikan. Betul kata Mira kena "Baiklah, Kita kena Muhasabah Diri"(Thanks Mira for remind me this) Dan perlu ingat hidup ini kita yang perlu warna-warnikan. Cam stokin sejauh mana selesanya kita memakai ketika berjalan. Satu masa dia akan buruk dan busuk. kita akan basuh, kita pakai balik. Sampai satu tahap kita kena ganti dengan baru.Ni namanya PERUBAHAN.
p/s: Kadang2 bagus juga baca kisah dan luahan dari rakan blog, banyak mengingatkan kita apa yang kita lupa...
p/s/s: Thanks to Ezay, Cik Rokiah, Tuan Deen dll yang begitu bz cuba mendapat berita terkini dari saya setiap hari..."Bila Nak Pindah Madam, Kami Sedia Berkhidmat ni"...siyes suke arr :)
Dek Kerana Nak Pindah Rumah..Macam2 Hal... Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on February 15, 2011 Rating: 5

6 comments:

  1. thanks.. sekarang ni tengah cube kumpul sedikit semangat.. ;)

    ReplyDelete
  2. hehe...nanti nak kemas2 tu msg la kiteorang...razali dh sibuk tye bile nak g sane..

    ReplyDelete
  3. yup kadang2 kita terlupa tapi bila terbaca entry kawan2 kita tersedar semula..tq pada kengkawan yg buat entry yg menyedarkan itu..

    ReplyDelete
  4. sis,perasan x,kdg2 semakin kite stress & buzy semakin byk lah xtvt luaran yg kite akn buat..hahahaha

    ReplyDelete
  5. me stress lappy rosak
    stress dok pulun prepare viva..

    ReplyDelete
  6. Pindah rumah akan makan masa yang banyak untuk kemas-kemas dan berulang-alik dari rumah lama ke rumah baru. Sis minta share contact penyewaan lori barang untuk pindah barang. Cheer up and dont be so stressful :D

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.