Dedet Merendet di Myanmar
Yesza, Dedet aka Encik Hubby gi merendet ke Yangon, Myanmar minggu lepas. Tinggallah saya bersama dengan 5 anak di bumi Malaysia duk berpoya-poya :p . Jom kita skodeng apa yang Dedet buat di Myanmar, kat mana dia jejalan dan sebagainya. Layannnn...Hotel penginapan Dedet, berapa bintangkah? Saya pun tak berapa pasti. Tapi menurut Dedet kat belakang hotel ni ada padang golf.
Tempat tidur dedet selama 4 malam. Kemas lagi katil ni sebelum Dedet berguling-guling sorang2 cam citer Dil Pagai Hei, kih kih.
Antara lokasi yang sempat Dedet terjah di Myanmar. Macam-macam batu ada ~ jed, topaz dan segala bagai :)
Gerai minum. Huk aloh cam tempat main masak-masak anak saya ajor. Tapi Dedet tak makan pun kat sini sebab dikhuatiri masakan ada menggunakan minyak adik oink oink.
Uol perasan tak apa yang pelik kat gambar ni? Yang unik kat Myanmar ni, pemandu di sebelah kanan tapi bila bawa kereta kena duk kat jalanraya lane kanan. Hehehehe
Siyes tu bukan Dedet saya arrr. Tapi ni antara kedai yang Dedet beli beberapa barangan khas buat bininya yang gigih jaga anak kat rumah. Suke suke suke. Nanti next posting saya share ya apa yang Dedet belikan untuk saya (ole2 dari Myanmar).
Antara perkara unik yang lain kat Myanmar ini ialah~ perasan tak kat pipi mamat ni, ada bedak oles warna coklat. Sebenarnya kebanyakan masyarakat Myanmar memang akan memakai oles di pipi (cam pakai pemerah pipi jer hik hik). Tidak kira jantina-laki ke pompuan dan juga umur dari kanak-kanak sampailah ke dewasa memang rata2 akan pakai oles di pipi mereka.
Ni antara gambaran kanak-kanak memakai oles di pipi. Sebenarnya banyak lagi gambar yang Dedet amik menunjukkan masyarakat tempatan Myanmar memakai oles... trademark kot :)
Gerai yang menjual cendol. Dan uol perasan tak ada mesin warna hijau di satu sudut ~ hokeh itu adalah mesin air tebu, antik kan? :p
Jangan tak tahu, tepon tu adalah "tepon untuk public"... hoho... Perghhhh bergayut di telefon ada disediakan kerusi. Lepas tu meja kat sebelah menjual barangan hiasan saduran. So kalau nak buat rantai leherke, gelangke, boleh amik ukuran dan bayar ikut berapa cm yang kita beli.
Rata2 pemandangan di negara Myanmar tidak banyak beza dengan Cambodia. Boleh jenguk posting kat SINI. Kanak-kanak harus mencari rezeki kerana kemiskinan yang diwarisi, Kemudahan yang daif serba-serbi. Sesungguhnya jauh berbeza dengan kehidupan rakyat di Bumi Malaysia. Hmmmm.
Apapun Dedet merendet ke Myanmar disebabkan projek di sini (gambar diatas itew). Kesian gak kat Dedet kadang2 terpaksa memberi pelbagai alasan kat Big Boss untuk tidak ke mana-mana yang keluar dari bumi Malaysia. Yalah memandangkan saya sorang2 kena jaga anak lima orang. Tapi sebenarnya saya OK jer cuma bila Dedet tak de, good mood tak de langsung. Heheh, I kan bini yang mengada-ngada :p. So next posting nak share lagi pasal saki baki hasil Dedet ke Myanmar. Bila la saya nak keluar dari Malaysia, bestnya dapat tengok negara orang :)
Dedet Merendet di Myanmar
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
March 07, 2011
Rating:
yaloh... nak buat camner biniku suka berkepit je takleh g jauh2.. hehehe
ReplyDeletesayakan [peminat kuih kapit hahahahaha
ReplyDeletejom uk jom heheh ayu buat phd kat mana?
ReplyDeletesuzz- insyaallah kat malaysia jer suzz :)
ReplyDeletekalau saya sure pening jaga anaksengsorang...
ReplyDelete