Dia Tetap Anak Aku!
Opss..Anak Aku Bukan Refer pada anak saya..harap maklum...
Saya sekarang dalam dilemma kerana memikir kes ini. Saya simpan dalam hati terlalu sebal dah rasanya. Maaflah mukadimah pasti panjang berjela2...
Sayakan fellow (amanah/penjaga/warden kepada pelajar). Susah senang mereka, saya antara penjaga yang perlu terlibat dan ambil berat sebab ianya Amanah. Saya dah ditugaskan untuk itu. Berat sebenarnya nak citer ini sebab mungkin ada pihak2 yang akan terasa.
Saya pernah menjaga seorang bayi ketika beliau berumur 6 hari. Bayi itu kepunyaan salah seorang anak didik saya. Keterlanjuran dan ketidak terimaan keluarga menyebabkan beliau kehilangan arah. Saya memujuknya untuk teruskan kehidupan dan saya mengambil tanggunjawab menjaga bayi itu. Ketika iu saya baru sahaja habis pantang anak keempat. Bayangkan saya mempunyai 2 anak kecil dan dalam masa sama sangat kalut menyelesaikan masalah anak didik saya ini.
Dipendekkan citer anak ini diserahkan pada rakan saya yang memerlukan. Dan anak itu kini membesar dengan comel, sihat penuh dengan belaian kasih-sayang....
My problema sebelum diserahkan sudah ada perjanjian membenarkan si ibu melawat anaknya pada bila2 masa beliau mahu. Dan si ibu memang bercita2 mahu berjumpa dengan anak yang dikandungnya 9 bulan itu setiap tahun terutama pada hari lahirnya. Si ibu juga berjanji tahap bersumpah tu tak akan mengambil anaknya dari kawan saya cuma naluri orang yang mengandungkan bayi selama 9 bulan pasti mahu bertemu dan bersua dengan bayinya. Kawan saya bersetuju tanpa sebarang syarat kecuali "anak itu miliknya dan akan dijaga sampai besar".
Anak dah 4 tahun baru sekali dapat ke temu. Bagaimana perasaan hati seorang yang pernah mengandung bayi itu. Tuhan jer yang tahu dan sayalah tempatnya mengadu...Saya pun buntu dan turut terkesan malu..Sebab kalau sudah berjanji seboleh-bolehnya pegang sampai mati...Kerana hati seorang ibu pasti mahu bertentang mata dengan zuriat yang juga mengalirkan darah yang sama....wallahua'llam.
p/s: kak, tolooonglah jawab phone saya...huhu....
Dia Tetap Anak Aku!
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
April 20, 2011
Rating:
:( sedihnya :(
ReplyDeleteini cerite u ke, or cerite dari orang lain..
ReplyDeletewatever it is.. sedihnya.. kite as a mother kite boleh faham perasaan mak tu kan nak tengok anak sendiri, nak tengok macam mane anak tu membesar.. tak dapat jage, sekurang2 i paham perasaan mak tu nak tengok pembesaran anak dia...
si ibu pastinya teringin nak jenguk anak sendiri. si ibu angkat pulak, mungkin rasa insecure takut kalau2 anak angkat dia berubah kasih. sbb hubungan ibu-anak mmg tak akan putus sampai bila2. anak boleh cam bau emak tau!
ReplyDeletesayu baca entry ni....
ReplyDeleteerk..xterkomen..sedey..hrp cpt2 dpt pyelesaian
ReplyDeleteHhmmm... memang kena komen sbb ni melibatkan my wife yg asyik tensen2 je lately(so i org pertama yg kena ngadap muka seposen dia 24/7)... Kepada akak yg berkenaan (kalau2 terbaca la) harap cuba kenang balik & hubungilah my wife.
ReplyDelete1)Anak tu asalnya diserahkan kepada KAMI utk dipelihara oleh ibu & neneknya.
2)Kami TERPAKSA menolak sebab masa tu ada baby kecil (Afiq). Takut2 TERPILIH KASIH dan melebihkan anak sendiri. Walaupun ketika itu my other kids sangat sayang baby tu terutamanya si Akid.
3)Kami pilih akak sebab akak dah 'lama' kahwin & berusia sedangkan ada kawan rapat saya sendiri yg mahukan baby tu. Kami kesiankan akak yg lebih memerlukan disebabkan kawan saya & pasangannya tu masih muda. Saya sendiri masih terkilan kerna menyebabkan my friend's wife tu menangis2 merayu.
Kami bukan nak memburukkan akak sbb kami percaya akak jaga anak tu dengan amanah & memberi yg terbaik tapi cubalah akak faham hati ibu asalnya. Janji itu kota. Lagipun kita semua org Islam, kalau biological mother tu dah janji takkan ambil balik anak tu so saya yakin dia akan pegang janjinya... Harap maaf sbb saya sendri dah start emo gak..
sedihnya :-(
ReplyDeletebagi jumpala..kesian.. tapi ibu biologi pun kena pegang janji ye..jangan amik anak tue..
ReplyDeleteye mmg dia yg ngandungkan payah2 selama 9 bulan tapi kepayahan yg menjaga 4 tahun tue? malam2 anak melalak nak susu, demamla apa lah.. anak kita sendiri pun kekadang menguji kesabaran utk dijaga ..inikan anak org.. banyak pahala yg menjaga tue... sama2 kena bertolak ansur sbb sama2 ada hak pada bayi itu..yang melahirkan & yg bersengkang mata menjaga..
sedih..
ReplyDeletetapi perkara camnie pernah terjadi kat keluarga terdekat cute mum..
anak tak diberi jumpa ibu bapa kandung.. pastu dalam kad kahwin pon tak berbinti ayah kandung.. cuma minta ayah kandung datang walikan jer.. kesian..