Ayam Penyet, Me n BFF Lenyek!

Saya tak pernah makan ayam penyet so sempena nak gather ngan BFF kat Sunway Piramid minggu lepas, saya sangat beria ajak makan kat Restoran Penyet. Shodap ke tidak nak gaklah try sebab Ayam Penyet merupakan salah satu menu terkenal di Asia Tenggara ni.
Saya dan suzz pilih set ayam penyet, ezz pilih set udang penyet (betul ke? hik hik). Masakan Indonesia mesti ada tempe dan tauhu. Ezz dan Suzz tak makan so sayalah yang mengerjakannya. Nak muka licin kenalah makan banyak tempe cam Khir Toyo, hoho.
Air Bandung Gembira untuk saya dan Ezz, siyes tak gembira langsung ketika saya nikmatinya. Kalau tahu saya order Milo Dinosour. Masam ice soda terlebih sangat. Suzz lak order air cendol.
Ezz yang sangat siyes dan khusyuk ketika menikmati hidangan :p
Suzz yang ala2 muka sedey sebab Mira tak join sama (psycho tak ai Mira? hahaha).

Ekceli gambar kandid belaka tu yang muka memasing tak tengok kamera hengpungku. Kitorang tengah berborak secara serius time ni, hik hik.
Souvenir dari Ezz. Shawl kaler merah hati. Plan nak pakai raya tapi terpakai semalam sebab nak digayakan dengan baju plain merah hati. Suke saya ni my feveret kaler, tenks Ezz.
Ole2 dari Suzz siap ada tanda harga lagik. Comei! Comei! Dah selamat gantung kat dalam keta. Tenks Suzz :)
Sekian laporan aktiviti terkini buat suami BFF memasing ya!!

Dari ahli kelab isteri yang jujur, amanah dan sentiasa sayang suami, muahahaha.
Ayam Penyet, Me n BFF Lenyek! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 28, 2011 Rating: 5

15 comments:

  1. heheh soda gembira tu saya suke
    tp xsemua tempat sedap
    ada satu port soda gembira tp dia tak panggil soda gembira bandung soda je..kat restoran belanga, danau kota..sedap gile ayam penyet dia siap ada sup baru la ada kuah skit

    ReplyDelete
  2. ila mmg suka ayam penyet kat sunway!! tempat ok, makanan pun sedap...

    ReplyDelete
  3. wah cantik dpt ole2 dr BFF tu smua...ayam penyet yg kita dh try paling suka kt the curve-waroeng penyet..tmpt lain2 bole la..hehehe

    ReplyDelete
  4. Saya suka makan ayam bakar lagi di Dapur Penyek kat Maju Junction =)
    Ayam penyek kt situ pun best jugak...

    ReplyDelete
  5. penah mkn yg kt the curve..tp rasenye utk ulang 2-3kali x kot,hehehe

    ReplyDelete
  6. nana- oo ya ke ada soda bandung gembira yang shodap ya...nanti nak terjah lah restorang belanga danau kota :)

    ila- ayu first time makan situ so takleh nak coompare

    mt- selalu nampak ayam penyet kat the curve nanti nak try lah :)

    zurae- dapur ayam penyet? wahh first time dengar ni..thanks sharing :)

    zeti- hik hik ternyata jiwanya zeti hanay masakan melayu malaysia ya dong ...

    ReplyDelete
  7. cutenya me baca this entry--suka style u tulis heheh

    amboi2 pic me candid tu..giller sedih tu hahahah

    ayam penyet sunway lagi sedap dari gombak punya--gombak punya ayam sgt leh kecik and lagi mahal :p

    tq ayu sbb sudi belanja :)

    ReplyDelete
  8. suzz- hik hik next time kita pekena ikan bakar belakang istana...terliuq lah tengok posting nana tentang ikan bakaq :)

    ReplyDelete
  9. hahaha ok tertekan ni hehehe...

    nanti mak mira nak pergi UK july ni, mase tu boleh la "ronggeng"sat dia tak de :D

    ReplyDelete
  10. cedappppp nya nampak smue dlm gambo tu menikmati ayam penyet walopun gambo candid!!!

    jom ke blog saya nak mintak tolong sikitttt jek...tq!!!

    ReplyDelete
  11. nak tergelak plak akak ckp tak gembira bila minum air bandung gembira....btw, memang boleh licin mcm pak toyo ke kalau mkn tempe???

    ReplyDelete
  12. mira- i nak report kat mak u hahahahah


    yant-yeem- hik hik ok sat lagi nak dtg jengah

    yatie- ntahler setakat ni makan tempe hr licin kulit idakler...huhu takleh pakai rahsia petua pak toyo kih kih

    ReplyDelete
  13. Tempe sama tahu saya suka, ayam saya tidak suka.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.