An Evening with Disney Junior & Nancy Kanter: Mom Blogger Dinner

Again, yeay!!!
Saya terima lamaran (hik hik) dari Sophia untuk menghadiri majlis makan malam bersama blogger (status ibu ajer ya!) pada 1 June 2011 bertempat di Restoran Marmalade Bangsar Village II. Tibanya disana saya disambut mesra oleh rakan Sophia (sowi lupa tanya nama) dan saya begitu teruja sekali ~ Ini kerana saya tak sabar nak bertentang mata dengan Nancy Kanter, Senior Vice President Original Programming and General Manager, Disney Junior Worldwide. Dan juga bertemu rakan-rakan blogger berstatus ibu yang kebanyakannya sangat berpengaruh di alam maya (chewah).
So sweet, I like even it's only a tag which I can see my name is there "Ayu Rafikah" and precious nick name "ayuarjuna"... Wink wink
Waduhhh, simple but sweet. I like. Sangat suka dengan suasana disini. Mengembalikan memori zaman kanak-kanak. Siyes, sejak kecik saya memang peminat Mickey Mouse and friends.
Jeng Jeng...Inilah Ms Nancy Kanter. Beliau memberi penerangan secara ringkas tentang rancangan yang bakal mewarnai di saluran Disney Junior. Wow wee...
Disney Junior??? Ok uolls untuk pengetahuan semua 'Disney Junior' akan menggantikan saluran 'Playhouse Disney' (Astro Channel 613) bermula pada 11 Julai 2011. Saluran ini adalah khas untuk kanak-kanak yang berusia dari 2 hingga 7 tahun. Program-program yang disediakan di saluran Disney Junior mencakupi "Magikal", "Musikal", kisah kanak-kanak yang mempunyai pelbagai karektor yang comel samada ianya klasik mahupun terbaru. Dan yang paling menarik manfaat yang boleh diperolehi melalui program ini membantu kanak-kanak belajar, berimaginasi dan berkreativiti.
Tada! Saya perasan iklan ini di saluran Astro. Tak sabar nak tengok! So, uoll tahu cerita apakah ini? Ya Da Ya Da...
Jake And The Never Land Pirates ~ Kisah tentang pengembaraan + lanun dengan memperkenalkan beberapa karektor seperti Leader Jake, Izzy, Pal, Smee, Kapten Hook dan lain-lain. Animasi musikal ini berbentuk interaktif yang banyak mengajar kanak-kanak bagaimana bekerja dalam kumpulan, menyelesaikan masalah dan variasi aktiviti fizikal pada masa yang sama. Sebagai contoh "Untuk mengelakkan Kapten Hook naik kapal, mari kita ramai-ramai hentak kaki, sekali lagi hentak kaki". So bila anak-anak kita tengok animasi ini mereka akan ikut segala aktiviti seperti yang diarahkan. It's really fun, beb. Kalau saya juga menonton tanpa ragu-ragu saya turut melakukan aktiviti yang sama. Hik Hik. I am very supportive mother :)
Special Agent OSO- Animasi yang sarat dengan panduan dan pengajaran yang mana intipati siri untuk menggalakkan kanak-kanak mangamalkan "3 langkah sihat" dalam pemakanan dan senaman. Karektor dalam siri pendek ini adalah seperti Special Agent Oso, Paw Pilot, Special Agent Wolfie, Special Agent Dotty dan Professor Buffo.

Selain daripada animasi diatas terdapat juga rancangan-rancangan yang lain yang tidak kurang hebatnya, antaranya seperti:

*Cat in the hat knows a lot about that!
*Disney Poetry Shorts - poem dari filem Klasik Disney
*Mickey M0use Club- yeay!
*Handy Manny
*Word World
*Jungle Junction

Dan banyak lagi dan lagi :) :)

Terujakan! Tak sabar menanti kemunculan Disney Junior di skrin TV

Berbalik pada majlis makan-makan di malam itu. Ahem.
Saya jumpa ramai Mama Blogger. Antaranya Mira, Liz, Anje, Azza, Sumi, Lana, Farah, Liyana , Shila Shower dan ramai lagi!!!! Suke sangat. Sebab sebelum ni kitaorang selalu jumpa di alam maya dan bila bertentang mata satu peluang yang baik untuk lebih kenal mesra.

Acara selingan..Hik Hik
In the making of Pirates Of Curry Bean :0, Jacky Sparrow.
Yeah, berani dekat... Silalah ye! Dek kerana saya posing macam ini Mira tak jadi nak buat aksi dan bergambar cam lanun. Nampak sangat Mira malu tengok perangai luar biasa saya, wahahaha.
Azzamoro yeah. Tak cukup ganas lagi tu Azza, hik hik.
Ini adalah contoh lanun wanita terakhir. Ayu gitu si Anje :) Peace! Peace! Mencari kedamaian leteww.

Ni bukan selingan tapi HARUS ada. "Makan Time" yeay!!!
Silalah jamu mata dengan makanan-makanan yang disediakan. Bukan rupa sahaja yang kelihatan begitu gorjes bahkan rasanya pun sangat sedap sekali.
Makanan lagi... dan lagi... nyummmmyyyyyyyyy...
From lip to hip, 1kg berat badan naik untuk makan malam ini sahaja. Hik Hik.
Yeszaaa... "Mom-Bloggers in da' house". Sangat seronok dapat berjimba-jimba dengan mereka semua :)
Goodies... comey + cute... dan juga bekalan buat suami yang gigih menjaga baby dan anak yang sabar menanti mummy...

And I am looking forward to join the other event from Disney Junior~ Play with Disney Junior - Disney Junior Family Adventure on July 2, Saturday. Yeay!!

Banyak aktiviti time ni, memang seronok "belajar sambil bermain". Terutama aktiviti berdasarkan program kegemaran kanak-kanak seperti Jake & The Never Land Pirates, Handy Manny, Special Agent Oso, dan Mickey Mouse Clubhouse.

Dan yang paling sangat dinanti oleh saya satu famili ~Untuk menonton rancangan di Disney Junior yang bermula pada 11 Julai 2011.

Saya sangat teruja tapi bagaimana anda semua???

Sharing is Caring... and we all are waiting :)
DISNEY JUNIOR
Keterangan lanjut mengenai Disney Junior boleh layari di http://www.disneyjunior-asia.com

P/s: Thanks Sophia and Disney Junior teams for the invitation. This event really make my day :)

An Evening with Disney Junior & Nancy Kanter: Mom Blogger Dinner Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 03, 2011 Rating: 5

14 comments:

  1. ade gambo kita yang ala2 pirates tu, lupe la nak soh mira tolong snap2 kan

    ReplyDelete
  2. hik hik...ada ada..silalah cilok buat kenang-kenangan :) rasanya kamera mira pun ader

    ReplyDelete
  3. wah....cepatnya dah buat... sumi tak sempat lagi..hik3...

    mana gambar kita?? waa....x aci la....hik3


    Sumijelly.com

    ReplyDelete
  4. sumi...gambar kita dua2 gitew nanti sumi masuk blog ehh..ayu nak cilok hoho (dengamn kebenaran wink wink)

    ReplyDelete
  5. best nya..tgk gak kat blog anje...memang best..happening gitu..event pas nie pun..mesti lagi best..

    ReplyDelete
  6. ha ah la ayu, malu pulak bile tengok aksi luar biase tu, rase segan je memikirkan i hanyak nak pose "peace" gitu hehehe..

    but the food was a blast!!

    ReplyDelete
  7. mummy_ayu- simple but still happening..mom blggers in da house banyak ler kitaorg cecite2....

    mira- hahahah..i dah agak dah....sowi erkk aksi terlampau ku iteww....huhu

    ReplyDelete
  8. amboi, gambar ayu jadi pirate mmg menjadi la! mcm nak penggal kepala orang gitu. hehe.. anje, nape mcm malu2 nak jadi pirate je? hehe..

    food mmg sedap la kan? event simple tp rasanya semua org enjoy especially bab menapau! kira terubat la hati encik suami dan anak yg kena tinggal. heheh

    ReplyDelete
  9. liz- ha ha ha ha..kan gossip makan2 and dapat info pasal disney junior..enjoy to the fullest :)

    ReplyDelete
  10. tang makanan xtahan tu
    meleleh hehee

    ReplyDelete
  11. suka bukak blog ayu ne..mcm2 event..mmg energatic la ayu neeeeeee

    ReplyDelete
  12. nana- mmg berkesan kesedapan makanan kat mulut kitaorang mlm tu huhu

    ila- hik hik malu laaa....

    ReplyDelete
  13. x puas nak berborak malam tu..sbb rasa mcm sumi tak berbcakap sgt..

    selalu mulut sumi la yg terbanyak..hahaha

    mungkin keletihan menempuh jem + lapar kot..hahaha

    Sumijelly.com

    ReplyDelete
  14. sumi- ayu pun perasan nampak cam sumi penat...takpe after deliver baby- prog seterusnya kita gather2 lagik :)

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.