Hantu Saka Di Asrama Saya!

Saya sebenarnya nak share dengan uolls tentang kisah menarik saya bersama kejadian pelik/perkara ajaib yang setiap semester berlaku di asrama yang mana saya merupakan fellow/warden yang menguruskannya. Setelah 5 tahun saya menghuni di asrama ini saya dapati ada 2 waktu yang mana kejadian histeria samada datangnya dari saka pemilik ataupun kejadian pelik ternampak bayangan dan sebagainya. (p/s: Bukan setiap semester MESTI berlaku ya!)

1. Musim peperiksaan.
Saya dah persiapkan mental time ni. Bukan sahaja student yang datang untuk "consultation" pasal subjek tapi juga report2 mengejut mengenai histeria. Biasanya hantu saka akan datang kepada pemilik bila dirinya itu berada dalam keadaan "stress". Ada banyak jenis hantu saka yang pernah saya jumpa dari hantu budak kecik sehinggalah yang begitu agresif. Hantu saka budak kecik dia akan membuatkan pemilik badan akan menangis tak berhenti seperti bayi, suara bertukar macam kanak-kanak. Dan saya pernah diajak untuk bermain sekali (Saya terkejut terus larik turun bilik fellow). Saka yang agresif memang kena pegang mangsa. Ada pernah 8 budak lelaki pegang still takleh lawan dengan kekuatan dia. Dan biasanya hantu agresif bertindak sampai boleh mengaibkan mangsa yang kena.

2. Musim Keramaian
Biasanya program asrama saya berbentuk ilmiah dan keagamaan. Tetapi ada juga kadang2 sekumpulan pelajar yang mengadakan persembahan/pertunjukkan yang boleh melalaikan terlalu menghiburkan. Bukannya tidak boleh diadakan persembahan hiburan seperti ini tetapi tak boleh "lara" sehingga semuanya begitu terlalu "gembira". Nescaya akan ada pemilik saka yang menjerit semula.

Tetapi saya dirahmati dengan dikelilingi kawan golongan ustaz/ustazah yang tahu menyelesaikan masalah hantu saka. Saya juga bertuah kerana mempunya pelajar kelulusan Darul Quran yang menghafal semua/hampir semua juzuk dan mereka tahu mengawal situasi. Siap boleh berdiskus dengan hantu saka ini.

Saya sering bertanya "Bagaimana saka ni datang?" Cam soklan bodo sah2 saka "hantu diwarisi". Hik Hik. Tapi kebanyakan mangsa cerita ngan saya "Hantu Saka" yang mereka dan ahli keluarga dapat bukannya diwarisi tetapi dihantar oleh "waris keluarga" yang lain. Saya selalu terfikir tak boleh ke hantu saka ni dihapuskan takpun dihantar balik kepada yang penghantar? Kesian saya tengok bila mangsa2 kena histeria disebabkan hantu saka yang tidak diundang.

Wallahullallam

Even my Yana masa kecik dia cam ada six sense, boleh nampak sesuatu /suka bercakap dengan kawan ghaib dia dan akhirnya pulih setelah berusia nak masuk 5 tahun. Dan sampai sekarang sejak Yana nampak bayangan pompaun takde muka di Pokok Nangka (usia 4 tahun) dia cam fobia nak tidur sorang2. Hmmmmm...

Pp/s: Memang tidak dinafikan makhluk halus itu ada dimana2, sebagai pegangan sembahyang jangan pernah tinggal, mulut jangan lupa amalkan wirid dan paling penting hati kena sentiasa bersih.

Hantu Saka Di Asrama Saya! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 09, 2011 Rating: 5

6 comments:

  1. ini kira kisah seram ni....eiiiii....seramnyer u leh nampak benda pelik....

    ReplyDelete
  2. tu la ezzz ni lah antara cabaran ai as a fellow...huhu

    ReplyDelete
  3. i spesis penakut so memang takkan jadi fellow punya hehehe

    ReplyDelete
  4. suzz- ai pun penakut gak...tapi buat2 berani :)

    ReplyDelete
  5. zt pnh tgk depan mate org2 kene sampuk nih,saka ke x zt xtau..tp mmg meremang gaklah

    ReplyDelete
  6. zeti- tapi yang ganas blh berdebar jugak, tapi mind kena betul2 kena kuat :)

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.