Anaqi Co-Host Dalam Bengkel Memasak 'KAWAN' Bersama Chef Ismail

Sabtu, 23 Julai 2011 Anaqi ada shooting bersama Chef Ismail di Restoran Rebung untuk Rancangan Bengkel Masakan khas untuk kanak-kanak. Ini adalah anjuran radio Sinar.Fm, Astro dan Produk KAWAN. Ekceli Anaqi terlibat dalam rancangan ini kerana dia merupakan antara 7 finalis yang akan berentap memasak pada pertandingan akhir ~ minggu depan di Jusco AU. Adeh, resepi takde lagi ni Anaqi udah bising nak praktis :p
Strees jer pak cik ni bila tengok hanya dua jer peserta lelaki yang akan menyertai pertandingan memasak akhir. Hahahaha.Malu lah tu bila kena duk sebelah pompuan. Haiya. Penat menunggu sebenarnya. Sebab ada seorang peserta datang lewat dekat 1 jam.
Sebelum start shooting ada ice-breaking dulu. Chef Ismail ajar sikit2 cara berkomunikasi depan kamera, dialog spontan yang perlu dilontarkan dan banyak lagi.
Sesi berlakon. Anaqi buat watak pakwe eksen dan sombong, hahahah. Kek wat nooo.
Afiq sempat bergambar dengan Chef Ismail masa break for 30 minutes. Chef Ismail peramah abis, siap bagi tips memasak kat peserta dan juga ibu-bapa yang hadir.
Tengah shooting ni. Bersungguh deh peserta2 cilik program memasak ni mendengar ajaran memasak dari Chef, hahahah.
Ada part bila setiap peserta kena tunjuk skil memotong dan menghias. Kalau tak silap resepi Pineapple Twirl.
Final shoot dowang kena promote produk baru Go-Flexi dari KAWAN. Rata-rata peserta adalah berumur 10 tahun ke atas. Paling ramai umur 12 tahun :) , cam Anaqi baru 10 tahun nak kata terror memasak idakleh tapi sangat rajin tolong mummy-nyer memasak. Anaqi jenis yang suka makan, hik :P
Habis shooting dekat kul 2 petang. Saya memang letihlah sebab menunggu hampir 3 jam. Lepas shooting ada jamuan ringgan, amik gambar ngan Chef dan minta sign autograph kat buku resepi yang diperolehi.

P/s: So next week hari Sabtu kena ke Jusco AU, kitaorang kena shopping beli barangan pada hari tersebut dengan menggunakan voucher (pihak penaja akan berikan voucher RM100 pada hari tersebut). Masak, potong dan hias Anaqi akan buat sendiri. Good Luck Anaqi!
Anaqi Co-Host Dalam Bengkel Memasak 'KAWAN' Bersama Chef Ismail Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 24, 2011 Rating: 5

8 comments:

  1. ayu, next week sabtu kan fashion hunt--clash tak dgn event msk2 anaqi tu

    ReplyDelete
  2. wah kuah dah masuk nasi ne... hebatla anak2 ayu mcm maknye

    ReplyDelete
  3. suzz- i tahu, huhu. Rasanya fashionhut tu i suh adik jer yang masuk...takpun burn cam tu :)

    mira- a'ah :(

    ila- adeh, belum lagi lawan tak tahulah harap2 menjadila masakan anaqi tu hik hik

    ReplyDelete
  4. wish anaqi all the best! i think he will do just fine. kan dah biasa tolong mak, berkat ibubapa pun ada..good luck boy!

    ReplyDelete
  5. devi- thanks Devi. Hahaha. Harap2 dia ok masa memasak. Mak die dah tensen nak fikirkan resepi ni :)

    ReplyDelete
  6. harap2 lagi sedap dari mummy nyer masakan wahahaha

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.