Citer Disebalik Sale Sogo Member's Card Day


Cuma bila saya berada disitu, saya jadi TAKUT membeli. Siyes! Saya pernah join Jcard Day Sale tapi kerakusan peminat SOGO betul2 menyedarkan saya. "Belanja kena berpada-pada". Duit kalau bawa beriban pun boleh habis sekelip-mata, angkara panahan perkataan "SALE" dan "Harga Runtuh".
Logiknya bila berada di kawasan sesak disini, janganlah bawa anak. Sib baik saya bawa Afiq anak saya yang paling tak banyak karenah dan ragam. Sebab saya peratikan bila bawa anak kecil cam baby takpun anak2 yang lasak, memang keruan dan kecamuk mak-bapak nak belanja. Tempat sesak budak memang cepat rimas. Ada gak makcik yang berkerusi roda datang shopping dan SOGO takde fasiliti terbaek untuk mereka2 yang OKU. Saya memang kesian sebab mereka akan terkandas/tersepit di lorong2 yang sempit (antara tempat2 barangan jualan) dan ramai sangat pelanggan kat situ yang TAK KESAH!
Specialnya bila berbelanja hari ini, setiap perbelanjaan RM100 boleh tukar dengan voucher RM10. Cam Jusco gaklah. Kaunter memang tak sebanyak cam Jusco, itu tak kisah lagi. Tapi lembabnya lah. Beratur tak panjang tapi still kena tunggu lama. Bila saya peratikan kenapa perlu lama beratur, sebab pekerja Sogo yang bertugas kena kira banyak resit untuk setiap pelanggan. Contohnya abang yang beratur di depan saya. Dia punya sahaja ada 15 resit jumlah barangan dibeli dah dekat seribu. Tengah syok pekerja Sogo tu mengira tiba2 datang seorang kakak ni berlari2 kat abang ni sambil tercunggap2 pass kat laki die segerombolan resit "Abang, saya punya RM857". Tup2 jumlahkan lagi RM30 nak cukul RM1900. Laki die suh bini die gi rembat apa patut kat level 7 tu dah alang2 leh dapat RM190 voucher. See, ni cara orang berduit belanja walaupun saya tahu die guna kad kredit Maybank. Hik hik.

Saya memang bawa RM300 jer. Lepas dah pilih duk tepi susun2 ikut kepunyaan anak yang mana. Lepas tu belek2 lagi tag harga sambil mulut dan memori tu duk bekira2. Takut beb kalau lebih RM300! Saya mana ada kad kredit, malu nanti ngan kak Cashier :p
Tapi saya perasan satu baju Ben 1o seperti diatas. Baju ni saya beli lama dah rasanya dalam bulan 5 di Parkson Grand. ni antara rekaan terbaru Ben 10. Masa saya beli masa tu harga die memang RM44.90. Ni harga tetap takde diskaun atau special price. Tapi semalam masa saya lihat baju yang sama ni kat Sogo, tag harga yang tertulis kat situ RM116. Alih2 die tampal harga baru lepas didiskaun RM44.90. Hahahaha. Wehhhhh. Mark-up lagi harga lepas tu kasi diskaun meh. So uols be careful jangan tertipu. Saya tahu sebab saya dah beli baju ni dulu :p




Apapun walaupun nak RAYA, berbelanja kena berpada-pada. Biarlah bersederhana ikut keperluan dan keselesaan duit yang ada. Jangan sampai ikat perut dan sakit kepala lepas raya udahler.
Sale untuk member sampai hari ni (Sabtu-30 Julai 2011). So kalau nak gi terjah ada masa lagi ni :). Lepas shopping saya ke Medan Mara sebab saya ada voucher makan free disitu, siap order bungkus lagi, suke suke. Entri next, next, next posting ya!
Citer Disebalik Sale Sogo Member's Card Day
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
July 29, 2011
Rating:

jgn tertipah tertipu sudah ye.. sblm ni ada terfikir, kat sini asyik diskaun manjang aje, bleh kata hari2, bukan sikit 50-70% tapi reganya mak oiiiii!!!!!
ReplyDeletetk suka p soping kt sogo membersale cz crowded giler...rs mcm nk muntah & pengsan..tp pernh kuar gk dlm email psl tag rege yg mcm tipu customer tu
ReplyDeleteme pernah shopping kat sogo abis RM800, tu paling byk me shopping kot :) adik me pernah abis lebih RM1k sbb dia beli stroller utk anak dia--time dia dia tak de kad sogo--me yg dpt all the vouchers hehheh
ReplyDeleteserik nak pg..ila tak boleh ramai2 ne..nanti tak beli..pitam pulak
ReplyDeletehehhe
ReplyDeletemmg saya bese terkena
time jcard..esp
dia markup arga gile2..
pastu boh 70% tp sebab kita dah biasa tgk harga dia b4 sale
dah tau dah taktik diorg..