Makan-Makan Di Priok Steamboat

Hari Jumaat malam Sabtu, my lil sis Mak Sha ajak weoll makan-makan sempena dengan kedatangan bulan Ramadhan bulan depan (semangat tul nak berpuasa, hahaha). Lagipun saya jarang sekali pekena steamboat so perlawaan Mak Sha sememangnya dinantikan dengan hati terbuka :) ~ Tak yah masak makan malam yeay!
Dah namanya steamboat, cam main aktiviti masak-masak ler jadinya. My kids sangat semangat mengutip segala makanan yang nak diisikan dalam perut (sebab ianya buffet) kemudian berebut nak masuk dalam periuk yang ada sup dan tomyam.
Siap kena beratur menunggu giliran. Excited memasing (jakun pun ada gak, haha)
Saya sental nasi goreng dan chicken wing yang sangat shodap ok. Dua pinggan saya menambah chicken wings tu (lebih kurang 6 wings sudah selamat dalam perut).
Dedet lagilah khusyuk menikmati makanan. Paling die suke sayur! Apakah?? Dah cam pemakan vege yang tegar lak Dedet pada malam itu.
See Akid yang duk beria tunjuk sana-sinun so saya amikkan since tangan die tak cukup panjang untuk mencapai sumber-sumber protein di situ.
Yana dan Afiq anak saya yang makan secara sederhana. Rasanya dua orang ni makan sekali atau dua kali pusing jer. Cam Anaqi dan Akid ntah berapa kali dia duk pusing tambah makanan. Sampai Anaqi nampak kebuncitan, lepas tu salahkan seluar yang dah kecik. Wahahaha.
Budak comot ni, haiya sejam jer boleh bertahan kat kerusi baby. Tu pun setelah dirasuah dengan fish ball, crab ball, chicken wings :) Cukup sejam 30 saat sibuk minta turun dari kerusi dan mulalah merayap sana sini. Sib baik kita dapat bilik VIP so rasa privasi sikit. Citer dapat bilik VIP pun ada kisah lucu disebaliknya. Kes tersilap bagi meja tempahan. Kebetulan malam itu ada 2 nama Aisya yang buat tempahan meja. Adik saya punya sebenarnya meja yang biasa2 jer takdelah special ke apa (sah booked ngan kupon buy one free one). Tapi staff dier yang terlalu excited terus bawa saya ke bilik VIP lepas saya sebut reservation under nama Aisya. Kira rezeki makan mewah, di ruang makan yang mewah, wah wah!
Ok, saya marathon makan disitu 3 jam beb! Gara-gara tunggu Mak ngan Mak Sha yang tersangkut dalam jammed :p Berat badan naik berkilo-kilo ni, adeh. Tapi enjoy lah sekali-sekala makan reramai, paling penting my kids semua gembira bila Mak Sha belanja makan. Moga Mak Sha terus dimurahkan rezeki, amin.

**Pssstttt Mak Sha kalau nak belanja makan lagi, no prob deh :)

Makan-Makan Di Priok Steamboat Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 18, 2011 Rating: 5

6 comments:

  1. heheh part dpt meja VIP tu besh heheh

    ReplyDelete
  2. memang rezeki you all malam tu, dapat makan steamboat dapat pulak bilik VIP... :)

    ReplyDelete
  3. WAHH, SGT2 ASYIKKKKKKKKKKKKK, I LIOKE :)

    ReplyDelete
  4. wahhh,abis tu yg aisya 1 lg dtg ke x? rezeki tu sis ;)

    ReplyDelete
  5. sedap x?
    xpenah try mkn
    kat k4 ada 1 kedai ni

    ReplyDelete
  6. Amboi sedapnya.,,murah rejeki untuk semuanya.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.