Berbuka Puasa dengan SuriaFM + Noh Hujan + Mizz Nina

Wawawawa... Nama Hubby dan my adik Mak Sha terpilih antara 10 peminat untuk menyertai berbuka puasa bersama Suria FM, dengan kerjasama pasangan pengantin baru Noh Hujan dan Mizz Nina. Berbuka puasa kali ini turut disertai oleh anak-anak yatim dari Negeri Sembilan. Lokasi berbuka puasa di Restoran Sri Melayu Jalan Conlay KL. Dan kami sesatttt... amik masa lebih 30 minit duk pusing2 cari Restoran Sri Melayu ni. Shian Cik Hubby...
Menang atas 2 nama so boleh join 4 owang. Jadi saya pergi bersama Yana, Akid dan Amani. Mak Sha ada event lain kat KLCC Convention Centre. Kiranya Dedet bawa Afiq dan Anaqi berbuka bersama di Kampung Baru. Nak buat camne ahli keluarga ramai, hehehe.
Yang baju biru adalah anak-anak yatim khas didatangkan dari Rumah Anak Yatim N9. Malam tu jugak mereka dapat hadiah dari Mizz Nina dan Noh + duit raya :)
Gambar blur Yana di salah satu dekorasi di Restoran Sri Melayu. Bestnya Restoran Sri Melayu ni fasiliti seperti surau dan tandas memang terbaik dan selesa.
My amani yang sangat hepi dan baik perangai bak kata Kak Sheera. Hehehe. Disebabkan kelewatan, saya ditempatkan di meja makan Kak Sheera + Ijoi dan Halim Othman.
Siyes, saya pernah juga berpeluang makan dengan artis lain. Tapi bagi saya Kak Sheera adalah yang terbaik dan sangat peramah. Saya borak ngan Sheera cam kitaorang ni kenal lama jer. Even kat Restoran Sri Melayu tu takde disediakan air suam putih. Kak Sheera tolong carik kan untuk my Amani kat dapur. Banyak gak soalan cepu emas saya lontarkan pada abang Halim dan Kak Sheera. Heheheh. Ijoy lak banyak diam jer. Tu masa bergambar abang Halim tengah buat trademark Suriafm, iyoko??Frust tul dengan kamera cabuk saya. Alehai, 2 kali amik lebey kurang kualiti camni dapat nyer. My Yana bergambar dengan tuan rumah Mizz Nina dan Noh Hujan. Hmm Mizz Nina ni nampak pendiam berbanding ngan suami die Noh yang banyak cakap, hahaha.Ada penyanyi lagu keroncong diatas pentas utama.
Licin semua makanan. Saya amik sikit jer tapi ada member di satu meja dia amik banyak sekaligus dan ajak share sama. Tu yang senang hati tak perlu beratur pergi amik makanan. My Akid lak memang enjoy marathon makan. Tak perlu layan dia, dah pandai nak makan apa pergi amik sendiri. Tapi banyaknya lah pilihan makanan di Restoran Sri Melayu sampai saya jadi bingung nak makan apa, hehehe. Sebelum kul 9pm saya call Dedet suh datang amik walaupun aktiviti makan-makan belum selesai lagi :p Alhamdulillah ada gak sangkut berbuka pose bersama anak yatim tahun ni... Rasanya dah 4 tahun berturut tak pernah miss berbuka pose anak yatim dan artis. Apapun terima kasih banyak warga kerja Suria.fm yang sangat sporting!


Berbuka Puasa dengan SuriaFM + Noh Hujan + Mizz Nina Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 12, 2011 Rating: 5

8 comments:

  1. wah bertuahnye ayu!

    ReplyDelete
  2. alahai syg gmbr blur..kena bli camera br dh tu...hehehehe..best dpt berbuka ,jmpa artis

    ReplyDelete
  3. siyes sgt besh tu!!!
    silalah rembat DSLR sebijik puan ayu oiii heheeh

    ReplyDelete
  4. wo ho ho, bertuahnyer badan... i lioke :)

    ReplyDelete
  5. wow!!! glam la u ayu...duduk ngan kak sheera pot pet dan halim othman

    ReplyDelete
  6. hek eleh Mummy.. dia yg tak pandai guna cam ngaku jelah, saya ambil ok je jelas semua... tapi.. bagus gak kalau ada DSLR, lagi bagus kalau free wakakaka... btw, ni ke Noh Hujan & Mizz Nina tuh? selama ni ada la dengar nama tapi tak kenal muka pun kehkeh...

    ReplyDelete
  7. rest ni mmg best sis!lagi2 surau die,dah mcm umh kampung,hehehe,mase saya buke kt sini 2 taon lepas,sebelah meja adek sultan brunei duduk,pehh lg sempoi die..rilek je dan nk dilayan mcm org lain,die amik buffet sendiri,sekali die bgn trus ade 3-4 org bgn sekali,rupenye bodyguard die daaa,hahaha,siap cubit pipi Umar ;)

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.