Yik Mun Pau Tanjung Malim!

OTW balik dari Penang, memang saya dan Dedet plan nak singgah mana2 sebab kitaowang memang suka "jalan-jalan cari pasal" hik hik...Lepas tu teringat kat Pau di Tanjung Malim yang pamos amos. Siap kuar kat Majalah Harmoni bulan lepas...Pau Yik Mun !!! Berpandukan guide secara sms dari Mak Sha + beberapa kali makan buah langsat. Akhirnya berjaya juga sampai ke Restoran Pau kegemaran orang tempatan Tanjung Malim :)
Ramainya owang. Pelbagai bangsa ~ cina, india dan melayu semuanya ada kat Restoran ni. Restoran 1 Malaysia sungguh! Pau dijual dengan harga RM2 sebijik. Selain daripada itu ada juga makanan masakan panas seperti wantan mee, nasi goreng, western food dll. Tapi harga makanan kat sini cam mahal sikit.
Gebu, putih melepak. Sedap wooooo. Kalau nak try Pau Yik Mun boleh pegi ke R&R Tanjung Malim dan ada juga dijual di kebanyakan kedai makan. Dan dun worry ianya HALAL :)
Yik Mun Pau Tanjung Malim! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 28, 2011 Rating: 5

6 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.