"My Happiest Moment"

Happy :)
Happy :)
Happy :)
B.A.H.A.G.I.A
TARIKH : 16 September 2011

Saat melihat adik bongsu melangkah ke hari bahagia,
Meninggalkan zaman solonya dengan penuh ceria,
Membina mahligai bersama kasih yang tercinta,
Berikrar sehidup semati selagi hayat masih ada.

Selama kita membesar bersama,
Tidak lekang dari gaduh-gaduh manja,
Terlalu banyak memori suka dan duka,
Moga dapat terus dikongsi sampai bila-bila.

Melihat adik tersenyum gembira,
Ibarat pelangi di sebalik suria,
Berhias cantik tampil jelita,
Jelas sungguh adikku sememangnya bahagia.

Akanku simpan potretmu di hari istimewa,
Buat kenangan di hari tua,
Memori indah kan utuh selamanya,
Tidakkan lenyap di makan usia.
"We L.O.V.E U, adik!"
xoxo

*******************************************************************

Ya Aww Ya Aww....
Olympus dengan kerjasama Nuffnang menganjurkan My Happy Moments dan Happy Photography Contest. Boleh rujuk link INI! Memberi peluang secara langsung blogger-blogger dibawah bumbung nuffnang berkongsi saat manis yang tidap dapat dilupakan. Dan pastinya "BLOGGER" mempunyai banyak cerita melalui wajah-wajah yang dirakamkan dari lensa peribadi masing-masing :)

Sedikit info mengenai kamera Generasi ke-3 yang kacak dan bergaya ~ Encik Olympus PEN Lite E-PL3 dan Encik Olympus PEN mini E-PM1!
Inilah PEN Lite, antara koleksi PEN Series paling digemari . Kualiti gambar cantik seperti dari gambar kamera DSLR. Yang paling besh kamera PEN Series ini adalah yang pertama didatangkan dengan 3.0-inch flip-out widescreen LCD monitor jadi sangat mudah untuk mengambil gambar dari sudut manapun. Anda boleh jadi lebih kreatif dalam bergambar!
Jangan tak percaya kamera PEN mini hanyalah seberat 217 gram sahaja, wow! 4 jenis warna boleh dipilih ~ brown, white, silver and black . Sangat comel namun mampu menghasilkan gambar yang berkualiti "superb". Dan sangat sesuai pada mereka yang sentiasa "on-the go", tak perlu pening kepala kerana gadget yang slim dan ringgan sudah ada bersama :) ~ Seperti sebatang pen yang sangat mudah di bawah ke mana-mana!

Sangat gorjes kan?!
Ok uolss nak tahu lebih lanjut mengenai contest ini silalah klik "MY HAPPIEST MOMENT!"

"My Happiest Moment" Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 31, 2011 Rating: 5

2 comments:

  1. good luck ayu!! rasa nak join tapi mcm tak sempat ajer ni..

    ReplyDelete
  2. gud luck k.ayu!! .. jomla mz join..sempattttttttttttt

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.