2nd Maternity & Children Expo | Sesak Tapi Banyak Barang Murah

Saya memang plan malas nak pergi. Siyes malas. apatah lagi petang ni saya dan famili nak berangkat ke Melaka. Tapi memandangkan Amani pagi2 cam minta nak dibawa berjalan tambahan pula saya teringat2 status wall Mamypoko "Mengajak semua ibubapa datang ke expo hari Jumaat, ada pertandingan menukar pampers anak paling pantas". Saya sampai dalam kul 10 pagi, pehhhhh ramainya owang kat depan pintu even expo tu belum bermula lagi.
Lepas tu ramai giler owang beratur panjang nak dapatkan goodies bag. Sib baik saya tak melibatkan diri. Dalam goodies bag tu ada sabun kecik dan ubat gigi kodomo jer. Huhu. Tapi saya beratur nak menyertai acara atas pentas. Saya beratur agak depan. Tapi ramai giler yang memotong ngan selamba.

Ok saya still boleh cool tiba giliran saya nak daftar pampers challenge. Penuh deh. Owang belakang saya yang memotong boleh nama die jadi nama peserta last. Saya pun daftar under peserta reserved! Hangin jugak, camne lak kakak ni menyelinap masuk depan saya, hmmmm. Tapi bagi saya kalau ada rezeki, adalah nak buat camane. (Memujuk hati takpe bulan depan akan dapat hamper RM500 dari MamyPoko, huhu).

Tiba giliran peraduan lampin paling pantas. Memang peserta dah standby awal2. Cuma ketika nak start pengadil perasan salah seorang peserta tu dia daftar 2 nama bayi. Yang lawak boleh die suh owang gaji die jadi peserta, Punyalah kemaruk nak MamyPoko free. Haha. So nama Amani naik jadi peserta no. 10. Rezeki, deh!

Tapi kitaorang dapat no. 4 Oklah dapat satu pek MamyPoko saiz XL:)
Tapi siyeslah, saya rasa expo kali ni barang die agak murah. Paling tak tahan barangan brand "CARS", "WINX", Crayon SinChan, Pooh dll. Memang berbaloi-baloi. Kalau yang nak cari barang persiapan untuk bakal baby, memang rambang mata.
Ni pemenang "Crawling Contest" Hadiah besh giler. Dari stroller sampai ke hamper yang beratus-ratus. Walaupun dari segi umur Amani masih layak, tapi die dah terror berjalan. So memang tak LAYAK lah masuk, hehehehe.
Percaya tak t-shirt ni semua berharga RM10 jer? Kecuali baju tidur jenama CARS 15 hengget. Kalau korang datang pergilah serbu booth Winx! Cantek2 dan gila2 murah. Beli kat Mall Sogo pun tak dapat harga ni tau :)
Booth Disney dan Crayon Sin Chan~ semuanya saya rembat untuk My Amani. Hik hik. Tak tahan nafsu sebenarnya ni tengok baju pompuan yang cantek2 :P
Hadiah diapers untuk Amani.
Gift2 yang dapat sepanjang berpusing ke semua booth di sana. Oklah tu.

Saya pergi kejap jer. Kul 12pm dah sampai rumah. Tak sempat penat pun!

2nd Maternity & Children Expo | Sesak Tapi Banyak Barang Murah Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 18, 2011 Rating: 5

6 comments:

  1. wow.. tahniah amani..
    tak pernah lagi pergi event camnie..
    daddy dania mesti tak berapa suka tempat yang padat..
    tapi downtown die ok pulak..
    hhu.

    ReplyDelete
  2. kat ner eh? esok ader lagi x?

    ReplyDelete
  3. k.ayu mmg hebat bila tang contest yg melibatkan anak2..energy mmg superb hehe

    ReplyDelete
  4. mz- tq auntie suzi :)

    cutemum- hik hik mmg ramai owang...takleh stay lelama :)

    eB- samapai ahad eB

    ilaila- hahahahhahaha

    ReplyDelete
  5. teringin gak nak pegi tapi kalo dah bersesak-sesak cam tak larat la pulak nak ke sana.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.