Dalam Hati Anakandaku Ada Taman Bila Dapat Duit Bantuan RM100 dari Kerajaan!

Semalam pulang sahaja dari sekolah Anaqi dan Yana seia sekata beria-ia memberitahu esok (hari Rabu) ibu bapa harus mengambil duit bantuan di kelas mereka. Saya lak ada kursus minggu ni, jauh pulak tu kat Nilai so Dedetlah yang dipertanggungjawab mengutip duit2 yang bakal diberikan di kelas anakanda2 saya.
Gambar dari jauh kelihatan ibu-bapa beratur untuk mengambil duit bantuan. Saya ada baca beberapa komen di blog, status FB mengenai duit bantuan ni. Antara komen yang menarik perhatian saya seperti;
"Aku malas nak amik duit ni, setakat Kerajaan nak mengampu dengan memberi RM100. Tak payah lah!"
Komen saya: Suke hati, orang dah kasi tak nak amik terpulang pada diri. Tapi kalau nak amik dan rasa diri tak perlukan boleh sedekah pada anak2 dari keluarga yang susah. At least anak yang memerlukan itu bukan hanya mendapat 100 hengget bahkan dua kali ganda dari nilai itu.

Sebenarnya banyak gak komen2 panas- tapi rata2 mak bapak yang dapat memang sukelah termasuk saya :)
Anaqi sempat lagi berposing dengan kawan baik dier, Faiz. Terus tukar 'mode' selekeh sebab nak ikut Dedet balik lepas amik duit bantuan. Dedet cakap sebelum tu elok je pakai kemas & bertali leher. Balik kul 11 pagi hokeh!
See anak yang teruja walaupun nilainya hanyalah SERATUS RINGGIT sahaja :)

Saya mengusik mereka berdua, "Baju sekolah, duit buku tahun depan bolehlah guna duit seratus ni ya". Hik Hik.
Dengan pantas mereka menjawab "Alaaaaaaaaaaaaa".
Yana siap ingatkan saya "Mummy, bukan ke tanggungjawab Mummy dan Dedet membeli barangan persiapan sekolah?".

Hoho. Setakat ini saya hanya merancang untuk menyuruh mereka menyimpan jer duit yang diperolehi dalam bank. Manalah tahu satu hari memang terdesak memerlukan duit sekurang-kurangnya duit simpanan itu ada.

p/s: Cash hasil kemenangan contest atas nama anak2 memang saya tak pernah usik. Saya akan agihkan sama rata kepada semua anak. Ni adalah satu cara menambah tabungan mereka. Hari ini memang kita tidak memerlukan, masa akan datang kita tak tahu :)

Dalam Hati Anakandaku Ada Taman Bila Dapat Duit Bantuan RM100 dari Kerajaan! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 16, 2011 Rating: 5

6 comments:

  1. part cash hasil kemenangan contest tu siyes me sgt kagum...nak ikut jejak langkah u lps ni..insya Allah :)

    ReplyDelete
  2. kursus apa jauh sampai ke Nilai kak ayu?

    ReplyDelete
  3. mz- sikit2 suz....i pun kagum ngan u..banyak sgt kagun dgn u nu heheheheh

    syidah- fellow... :)

    ReplyDelete
  4. turn ashraff hari ni..kena pi amik.. hehehe
    saya senang je.. orang nak kasi saya amik...

    ReplyDelete
  5. yatie- kan kan...org kasi kita amik jer...dah rezeki jgn tolakkan

    ReplyDelete
  6. teringat masa dpt biasiswa dari yayasan pahang dulu...sedih...:( maklumlah anak sulung kena banyak tolong keluarga, apa pun bersyukur kerana dpt walau RM100 kan ayu..i suka tengok cara you bahagikan duit menang hasil nama anak u dlm simpanan mereka. at least ada simpanan untuk masa depan.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.