2011 Dalam Kenangan

Hari terakhir tahun 2011, 31 Dec.
Hari terakhir saya mencoret sesuatu dalam diari 2011.
Perancangan dibuat tahun ni, ada juga berjaya dikecapi, ada juga tak sempat diselesaikan.
Banyak kisah manis, ada juga yang pahit tercalit.
Adatlah, manusia mana kehidupannya begitu sempurna?
Kejayaan memang kita cari dan usahakan,
Namun adakalanya kegagalan juga mengisi ruang.
Jadi kita belajar dari kesilapan.

Saya masih mencari kekuatan untuk meneruskan pelajaran.
Sangat payah dengan keadaan yang mendesak anak lebih memerlukan perhatian.
Namun ini sahaja impian yang sudah lama diangankan.
Moga tahun 2012 ianya menjadi kenyataan.

Saya juga berharap agar tahun 2012 menjadi antara tahun cemerlang buat saya dan keluarga. 
Dan sekiranya diuji dengan dugaan berilah kami kekuatan.
Moga anak-anak dan suami sentiasa dilindungi dan mendapat kesihatan yang baik.
Serta segala apa yang diusahakan mendapat keberkatan.
Diari 2012, marilah berbakti untukku :)
2011 Dalam Kenangan Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 31, 2011 Rating: 5

3 comments:

  1. me doakan yg terbaik utk kita semua..amiin

    ReplyDelete
  2. semoga semuanya mudah untuk tahun hadapan..insya allah

    ReplyDelete
  3. semoga kite semua mendapat keberkatan untuk tahun 2012.. amin..

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.