Join Aktiviti Anjuran Voila di Ikano | Akid Sentap Menangis Beria!

Siyes saya tak rancangpun nak pergi ke sini. Walaupun hari sebelum itu saya sudah menyatakan keinginan untuk membawa anak-anak beraktiviti di Ikano tapi disebabkan kejadian yang berlaku pada pagi hari tersebut menyebabkan saya ada rasa agak MALAS. Cam teruk benar kejadian yang berlaku, huhu. Ekceli pagi Isnin (hari cuti umum untuk warga Selangor) saya dan famili gigih mencari Pusat Kitar Semula. Pergi tempat biasa dikunjungi di Carefour Subang Jaya. Pusat Kitarnya bukak tapi duit habis. Adeh! Last2 sampai ke Shah Alam mencarinya dengan sesat segala bagai. Jumpa juga di Pasar Seksyen 6. Duit yang berjaya diperolehi hanya 5 hengget jer tapi minyak yang perlu diisi 20 hengget. Tapi sebenarnya kesedaran untuk mengitarkan semula barang2 yang dikitar semula itu yang lebih penting. Kata nak hidup di bumi yang selamat :) iya tak?

Dah alang2 kat Shah Alam, saya ajak Dedet shopping baju sekolah anak. Siap makan tengahari semua dan memang badan rasa letih sangat. Di fikiran saya mesti Dedet terus ajak balik rumah. Dan pada itu saya mendapat sms yang Suzz dan Ezz ada di sana dan dalam hati memang berkira-kira "alangkah besh kalau dapat menyertainya juga!"

On the way balik ke PJ memang Dedet terus bawa ke Ikano. Ciss, cam tahu2 jer isi hati isteri diekan. Sampai kat parking Tesco, kami siap tido dalam keta sebab penat sangat!. Sedar-sedar pukul 2.45 petang terus kejut anak2 dan berjalan ke Ikano.
Tada, sampai jer terus ke meja pendaftaran. Nak join kena beli apa2 barangan Voila yang ada di situ. Saya beli satu tapi register nama untuk 2 anak, boleh? hik hik. Disebabkan Afiq dan Anaqi tak nak join dowang nak ikut Dedet merendet di Toy R'Us.

Lepas tu terus terpesona dengan hiasan kat situ. Memang chantek hiasan untuk event di sini. Kombinasi warna hijau, merah dan putih, I like :) Dan sangat tidak sesak sebab die limit kepada 80 owang kanak-kanak jer.

*kredit pic from Ezz fb
Jumpa Suzz yang baru balik bercuti dari Melaka dan Ezz, tapi sememangnya saya tak sempat nak borak lama-lama. Just tegur2, borak tak lebih 50 patah perkataan lepas tu sibuklah melayan anak-anak. Dan my Akid cranky pulak petang tu. Adoihai, tapi Akid ni memang die agak kurang sifat berdikari. Nak buat tapi tak reti terus jer nak nanges. Memang kena banyak bersabar layan dier ni.

So bila pujuk2 tak jalan juga sebab Akid ni tiba2 menanges masa buat aktiviti membalut kotak hadiah. Saya tepon Encik Hubby suruh Anaqi turun. Huhu. Biar abang die layan pulak. Anaqi turun jer saya terus layan Afiq (beratur ngan die sebab nak lukis gambar kereta kat tangan, saya paling tua yang beratur kat situ sebab kalau dilihat hanya kanak-kanak jer yang beratur. Ni namanya mak dier yang ober, hahahahah). Amani pulak saya dah pass kat Dedet pandai2lah melayan si kenit tu.

Anaqi datang jer, mood Akid pun OK dan secara automatik die bersungguh buat segala aktiviti itu sendirian. Saya biar jer, sebab saya nak ajar Akid supaya lebih berdikari, jadi matang dan perlu yakin dengan kebolehan diri. Kalau saya duk ngan Akid kat situ melayan die nanges sampai habis acara die pasti akan macam tu jugak, sebab MAK ada kat sebelah!
Sesi cabutan bertuah. Hahaha. Bertuah ke? hmm saya daftar nama Yana dan Akid, alhamdulillah kedua nama naik so dapatlah buku berkulit tebal bersama CD (education). Dania anak Ezz dapat juga hadiah lucky draw + consolation winner untuk acara membalut hadiah. Lepas ni kena panggil "dania yang hebat"
Suka juga permainan isi tempat kosong dan cuba menyelesaikan masalah. Yana memang terror bab2 cari perkataan :) Siap buat hantar dapatlah sticker.
Gara2 mak yang ober beratur dapatlah lihat Mc Queen kat tangan Afiq. Anaqi siap request lukis kat perut dier sebab kalau lukis kat tangan kena cuci beria pulak (sebab nak solat!). Sib baek tak dilukis di perut kalau tak confirm masa time melukis tu Anaqi pasti dikerumi kanak-kanak perempuan disitu, hahahaha.
Cenderamata yang berjaya dikutip sepanjang event.

Apapun saya suka melihat Zharfan anak Suzz, siyeslah karakter kanak-kanak yang sangat positif perkembangannya. Beberapa kali die tegur Akid nak ajak berkahwin ops berkawan. Si Akid lak tak reti berkawan senyap jer (cam kera sumbing, hahaha). Nampak sopan jer Zharfan lak tu...iskh esok besar ni mahu ramai yang berebut nak buat menantu :)
Join Aktiviti Anjuran Voila di Ikano | Akid Sentap Menangis Beria! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 14, 2011 Rating: 5

7 comments:

  1. heheh zharfan nangis dlm keta sbb dia nak hadiah GP lucky draw tu heheh mcm ler boleh control bab2 lucky draw..me kata tak per, tunggu mama menang mana2 contest heheheh

    ReplyDelete
  2. yang penting anak2 happy kan.. ayu, i selalu confuse nama anak u akid and afiq, muke tak confuse, name yang confuse.. anyway nice activity there..

    ReplyDelete
  3. bestnyer yerk.. macam2 xtvt dan dapat banyak hadiahkan... cantiknyer belon banyak2 gitu..

    ReplyDelete
  4. byknyerrrrrrrrrrrrrr. kayo kayo kayo. suker ar benda2 gini :)

    ReplyDelete
  5. ohh u kira la ek berapa patah borak ngan we olls? hehehe :-) suka aktiviti gini.....

    ReplyDelete
  6. siap tdo dalam keta tue yang tak tahan tue..hehe

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.