Keluarga MIL Cuti-Cuti Malaysia Di KL
My MIL, FIL dan adik2 suami datang bercuti ke Kuala Lumpur. Dowang menginap di sini - The Gardens Hotel & Apartment. Disebabkan ramai juga yang datang (dalam 2 famili) so dowang booking 2 apartment rooms. Memang selesa sebab besar sikit keluasannya berbanding dengan bilik hotel.
Aktiviti kanak-kanak ribena, selain bergusti dengan sepupu memasing menonton movie dari DVD juga acara wajib. Sambil2 tu mak pak boleh bergossip2 sakan :pView dari bilik memang boleh nampak sebahagian dari kawasan Lembah Klang. Sangat cantek di waktu malam :) Kebetulan hari tidak hujan memang nampak meriah dengan lampu2 yang berkerlipan.
3H2M puas dowang bershopping kat The Gardens dan MV. Lagi2 musim Hari Natal dan Tahun Baru. Banyak SALE-nya. Tapi saya idakler join sama, minggu tersebut saya dan suami betul2 sibuk menyelesaikan urusan persiapan sekolah. Sempat lepak2 ngan anak buah. Lepas tu MIL datang masak nasi kerabu kat umah (suami mengidam nak makan masakan MIL), saya cuma tolong jer. Huhu, malu deh! Rasanya sepanjang saya berkahwin 1 @ 2 kali jer saya pernah buat nasi kerabu :p
Adik ipar dari kiri Rais, Fadhila dan anak buah Ahmed (Atas ribe)
Yana dan kakak sepupu yang paling rapat Aleya :)
Me bersama Aleya dan MIL. Main pilih2 kacang ya Mama, hik hik.
Geng2 sepupu, ni baru suku jer. Kalau ikutkan adik beradik hubby semuanya anak agak ramai. 4 owang dah kahwin dan jumlah cucu MIL 16 orang. Dan sekiranya 5 lagi berkahwin tak tahulah berapa dah cucu a.k.a sepupu anak2 saya. Ramai dan meriahkan?
Dan saya sangat tidak sabar menanti anak buah pertama dari famili saya. Tahun 2012 jangkanya :)
Keluarga MIL Cuti-Cuti Malaysia Di KL
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
December 31, 2011
Rating:
the gardens boleh turun terus shopping hehe... nasik kerabu i langsung tak pernah buat, tak reti.. and tak de rasa nak belajar pun
ReplyDeletevery nice post, share more information
ReplyDelete