Killiney Pilihan Santapan Tengahari Dedet dan Afiq!
Hari ni Isnin 2 Jan 2012, saya tidak ke mana-mana. Hanya melayan buhsan di rumah - memasak, menjahit dan membalut buku sekolah :p Bila dah masuk tengahari Dedet ajak kami jejalan di SS2 Mall. Saya memang malas nak kuar so Dedet hanya kuar ngedet ngan Afiq memandangkan anak2 yang lain semua nak layan Astro.
Disebabkan takde destinasi tertentu maka perlulah isi perut dulu. Memandangkan time Dedet kuar saya tak masak lagi untuk tengahari. Duk masih perabih spaghetti balognise hidangan sarapan pagi. Bukan main ya gi singgah Killiney Signature Cafe, ni mesti ketagih nak pekena kopi-----tiaaaaaaaaaam.
Lama dah tak pekena kopitiam since banyak sangat isu berbangkit :p dengan harga mahal + ntah apa2, pokok halal/haram dll, huhu.
Kat SS2 Mall ni masih baru lagi. Dan memang tidak ramaipun pengunjung di situ. Namun begitu pilihan kedai makan banyak juga. Antara yang menarik perhatian saya "Restoran Belanga", tapi harganya serupa masakan dimasak dalam periuk "Vision" takpun "Pyrex"... Mahalnya spesis persis harga makan kat hotel.
Yang tu intro jer, kih kih. Dipendekkan citer Dedet pergilah makan kat Killiney Cafe.
Apa yang besh? Ntahler! Cam kedai2 yang dikenakan tax, susunan teratur, kemas dan cantek! Pilihan makanan not badlah, tapi untung amik yang set.
Dedet pilih Set F untuk Afiq, mee rebus + air mango (kalau tak nak boleh pilih air peach, strawberry, rose dll). Harga untuk satu set RM9.90.
Ni Dedet punya, Foot Long Sausage Set + coffee (boleh pilih tea atau coffee). Sausage ni panjangnya 12 inci a.k.a 1 kaki (duhh). Waaaaah. Coffee tu mesti Dedet rembat, manakala air mango tu kasi kat Afiq :). Harga set ini RM7.80.So total melantak tak hengat anak bini kat umah, hahaha : RM19.45 (termasuk RM1.77 tax). Lepas tu dowang boleh gi shopping sakan kat kedai Mr.DIY. Macam2 beli ya termasuklah jam loceng untuk bini terchenta. Cam tahu jer saya bangun di hujung2 pagi, hik hik (kes anak nak start sekolah lah ni so kena bangkit kul 5 pagi balik, waaaaaaaa).
Balik umah pukul 3pm, dan pukul 4pm suh saya hidang nasi lemak (lapar lettew). Hahahahahaha.
Killiney Pilihan Santapan Tengahari Dedet dan Afiq!
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
January 03, 2012
Rating:
sedap nyer nmpk. bagi auntie skit bley? :)
ReplyDeletesportingya dedet kuar jln2 tanpa bini bwk anak ajer heheh
ReplyDeletebeso sungguh sosej dia bergulung sampai hehee
ReplyDeleteerrr.. cam tak boleh nak makan tengok sausage panjang gitu hehehe.. :D
ReplyDeletesausage panjang tak pernah makan lagi...
ReplyDeleteeB- boleh jer auntie...tapi kena datang bawa aed dan aeriesh :)
ReplyDeletemz- lagi suke kot tanpa anak bini..hehehehe
nana- besor dik non
mira- klu i pun tak tertelan cam rasa mentadarah ulor
ezz- u nak makan ke..meh datang ss2 :)