Proton Exora Bold Premium - Apa itu butang S.A.T?
Ok, nak buat review sket pasal Exora Bold sebagai panduan kepada yang berminat… Sekarang ni ada 5 variasi Exora (termasuk
manual) yang dijual di pasaran. Darinya hanya 2 varian yang menggunakan enjin turbo
iaitu enjin Campro 1.6 CFE (Charged Fuel Efficiency) iaitu Exora Bold Premium
& Exora Prime. Dan juga hanya varian enjin turbo sahaja yg di kombinasikan
dengan transmisi CVT (Continuously Variable Transmission).
So apa kaitannya dengan butang S.A.T? Pertamanya kenalah
faham apa itu transmisi CVT. CVT berbeza dengan transmisi Automatik biasa
kerana CVT tidak mempunyai gear (cogs). Secara
mudahnya, satu set gear ialah satu set ‘cogs’ yang dipadankan bersama untuk
membolehkan kelajuan input (enjin) diselaraskan dengan kelajuan output (kereta)
untuk kegunaan yg bersesuaian. Sistem gear membolehkan kelajuan, daya kilas
(torque) & arah sumber kuasa di ubah mengikut nisbah (ratio) yang diingini.
Contohnya kereta Automatik 4 kelajuan
mempunyai 4 set gear (plus 1 reverse) yg mempunyai nisbah berbeza untuk
kegunaan yg bersesuaian.
CVT tidak mempunyai gear, binaan asasnya ialah belt yg bergerak di atas satu shaft berbentuk kon (pulley) mengikut kelajuan . So jumlah nisbah kelajuan input berbanding kelajuan output yg boleh wujud adalah tak terhingga (infiniti). Juga bermaksud jumlah ‘gear’ yg mungkin adalah infiniti! Kesannya ialah kelajuan kereta terus meningkat mengikut pendikit tanpa ada rasa pertukaran gear (kerana ianya tiada gear!) seperti transmisi Automatik biasa. Kelebihan menggunakan transmisi CVT ialah ianya lebih efisien yang seterusnya turut menyumbang kepada penjimatan bahanapi.
Sesetengah pemandu sukakan rasa pertukaran gear so disinilah
kegunaan butang S.A.T (Stepped Auto Transmission). Seperti namanya ianya ialah
satu sistem yg meniru (mimicking) rasa pertukaran gear seperti yang dirasai
pada transmisi Automatik biasa. Dalam kes ni jumlah ‘gear’ yang di ‘pre-set’
ialah 6. Maksudnya ada 6 set 'gear' di mana pulley akan bergerak megikut nisbah yg telah ditetapkan. Actually nak letak 10, 100 or 1000 gear pun boleh sebab seperti yg
diberitahu tadi jumlah gear yang boleh wujud dalam CVT ialah infiniti!
Transmisi CVT yg digunakan dalam Exora ni adalah buatan ‘Punch
Powertrain’ dari Belgium, sama seperti yang digunakan dalam Saga FLX cuma
berbeza dari segi torque rating & oil cooler (Exora lebih besar sebab
torque-nya lebih tinggi). Punch
Powertrain ni bukan asing dalam industri pembuatan CVT & mempunyai
pelanggan seperti BMW Mini, Volvo, Rover,Hyundai dll so tak perlu risau sangat
dari segi pembuatan & kualitinya (as long as not made in China mah!).
Malam semalam berpeluang menggunakan butang S.A.T ni buat
pertama kali (masa TD dulu lupa lak kehkeh). Tekan butang untuk aktifkan (lampu
butang bernyala & gear display akan paparkan huruf ‘S’) dan tekan sekali
lagi untuk matikan. Boleh tekan pada bila2 masa
samada semasa berhenti atau semasa
pemanduan. Malam tadi juga berpeluang memandu masa jalan jammed (bumper
to bumper).
So macam mana? Sebelum ni saya hanya pernah cuba sistem
seperti ini pada tiga model iaitu Mitsubishi Lancer, Honda City (4th gen)
& Toyota Altis. Terbaik ialah Mitsu yang mana mimicking-nya lebih
meyakinkan (menggunakan CVT dari Jatco). Dari pemanduan dalam bandar selama lebih kurang 1 jam rasanya ianya
tak sebaik sistem yang ada pada Mitsubishi Lancer. Tapi oklah, it’s not
that bad. Pertukaran gear rasa lembab sikit & rasa ‘jerking’ tak jelas. Bagi sy yg bagusnya bunyi 'pertukaran gear' tidak terlalu kuat. Untuk lebih pasti rasanya perlu buat lebih ‘mileage’ & pada situasi yg
pelbagai (sy baru guna 34km je hehehe).
Apa2 pun, sy yakin my wife takkan perasan apa2 perbezaan,
ntah2 tak tahu pun kewujudannya tapi ianya tak penting. Pemanduan MPV lebih kepada santai. Lagipun seriously, sistem yg
dibina untuk MENIPU & mengurangkan keefisianan nih penting ke? Miahahaha….
p/s: Credits to my best bro for additional info... :P
Hermit
Proton Exora Bold Premium - Apa itu butang S.A.T?
Reviewed by Hermit
on
January 20, 2012
Rating:
harga pasaran berapa ek? akak tgh buat perbandingan rega, rasanya kat sini jauh lebih mahal
ReplyDeletemgkn boleh email je
umialeeya@gmail.com
diselitkan juga nama ambo yang tak pernah amik kesah pasal keta. janji enjin hidup, ada minyak, jalan jor...
ReplyDeleteumialeya- nanti ayu suh hubby ayu email ya, bagi menjawab segala persoalan :)
@umialya,
ReplyDeletemalas lak nak buka e-mail:)OTR price list;
1)Exora 1.6 Standard (MT) RM59,998
2)Exora Bold 1.6 Executive (MT) RM70,998
3)Exora Bold 1.6 Executive (AT) RM74,998
4) Exora Bold 1.6 Premium (CVT)RM79,998
5)Exora Prime 1.6 (CVT) RM88,998.
yg penting gear auto heheh me tak leh drive keta manual ;)
ReplyDeleteAik, takde credit kat aku ke? Semalam baru borak panjang pasal CVT. Muakakakak.
ReplyDelete@BestBro,
ReplyDeletealamak... sori2, dah hapdet... nak kena letak no fon skali ke? muakakaka
apa2pun jgn lupa elo aku bila nak TD Orlando bro... ;p
Bereh bro.
ReplyDeleteNanti aku anak 5 nanti boleh la ada MPV cam ko gak.
P/S: No fon tu kasi no fon ko la. Engko kan Jantan terhangat dipasaran. Huhuhu, Ayu jangan marah ek. Gurau2 jer ngan ur hubby.
ROFL!!! Gong Xi Fa Cai bro... jgn lupa angpau anak2 aku 5 wokeh! :p
ReplyDeletesaya tengah pakai exora dekat 2 minggu. sbl ni tak pernah try SAT. semalam try rasa ada kelainan sikit. pendikit minyak rasa lagi ringan. bila ringan rasa lebih selesa. pickup pun rasa macam lebih sikit. ataupun ini hanya perasaan saya semata? nak tanya penggunan minyak SAT dgn non-SAT sama ke? terima kasih.
ReplyDelete@Anonymous,
ReplyDelete1)Saya tak berapa pasti ngan perasaan pendikit yg rasa lebih ringan bila guna S.A.T.. Bagi saya sama je...
2)Perasaan pick-up lebih tu adalah disebabkan S.A.T sebab ianya tengah mimicking (meniru) gear auto normal, so bila ianya membenarkan enjin'revving' lebih tanpa pertukaran 'gear' maka kita rasa ianya lebih 'pick-up'.. semakin pandai S.A.T meniru gear auto normal semakin bagus sistem tsbt.
3)Perasaan CVT kurang pick-up berbanding gear auto normal juga disebabkan oleh 'the rubber band effect' dari penggunaan tranmisi CVT itu sendri...
4)CVT terbukti lebih effisien berbanding gear auto biasa disebabkan 'nisbah gear yg infiniti'... so pemilihan 'gear' terbaik dapat dilakukan mengikut kesesuaian/ setiap masa... penggunaan S.A.T yg meniru gear auto normal (dalam kes ni,menggunakan 6 set nisbah gear yg dah di pre-set)hanya akan mengurangkan keefisianan sistem transmisi (i.e lebih penggunaan bahanapi)
Harap dah menjawab persoalan... Cheers:)
Info yg aaamat berguna....saya dah amik EB nii dah 1 minggu...mmg best/berbaloi...dan persoalan ttg SAT dah terjawab...thanks...
ReplyDeletecvt ni mmg best..,tp kena servis mengikut jadual..takut kalo belt tu putus mampuss keta xleh jln..,pulley nya pun perlu di servis secara berjadual..,sbb kalo tidak servis dgn betul ia boleh kurangkn jangka hayat belt tersebut..,konsep cvt ni sbenanya dah digunakn pd moto skuter moden sbelum ni
ReplyDeletefor me manual tetap terbaik..nak pickup pkai gear rendah..,nak high speed pkai top gear..,bole dpt highest rpm on every gear, cuma jln jem je buatkn kaki lenguh..,at least less maintenantce for long term ..,pasal jimat minyak ni sbenarnya atas kita..,kalo nk dok merembat je pkai kancil pun minyak jd kuat
ReplyDeleteSalam. Baru pakai my Rexona Bold 2 hari.. Alhamdulillah di pagi akhir ramadhan ni terjwb apekebendenya SAT tu. Thx so much bro! :)
ReplyDeleteSalam. Baru pakai my Rexona Bold 2 hari.. Alhamdulillah di pagi akhir ramadhan ni terjwb apekebendenya SAT tu. Thx so much bro! :)
ReplyDeleteOoo kalo pakai SAT minyak jadi kuat la yek..kira salah ar salesman yang jual kete kat saya..dia kata nk jimat mnyak tekan ar button SAT..
ReplyDeleteapa pulak fungsi 'L' dekat gear CVT ni.Saya terbaca 1 artikel L kat gear ni bukan utk low gear tetapi sport mode.ada komen x?
ReplyDeletenak tanya sikit pasal g/boc cvt guna belt, belt perlu ditukar setaip berapa km,
ReplyDeleteWah.. mcm best jer main tuko2 gear nih yer... Agak2 same ke sistem SAT yg ada pada exora nih dgn saga FLX cvt eh?? hehe..
ReplyDelete*jom tengok blog saya
http://vitaminformeandyou.blogspot.com/
Itu SAT switch dekat tombol gear pun mudah rosak lo (kalo proton). Satu set kalo tukar rm150 + rm50 com scan.
ReplyDeleteSy nk tanya..kerta sy gear auto jd xbtul..sy msuk R pon dia nk kdepan..msuk N brgerak ke dpan..apa mslah ye?pening sy..makenik pon xthu sbbnya..
ReplyDeletekalau naik parking mall yang curam skit tu nak kena pakai gear S atau SAT...sbb ada org kata gear S tu low gear ada pulak kata gear S tu untuk pecut...konpius lanak
ReplyDeleteSy br br bli exora turbo 2015. So x pasti la psl SAT ni. Lps 2/3 hr br try.1st try Ms brenti nk jln je rs mcm x de pickup so tkn balik SAT br ok. 2nd Ms kt h/way meter cecah 120 tkn SAT br trasa power skjp he cecah 140. So rekemen gn 120+ je tkt 110- x yah le
ReplyDeleteI'll appriciate it if more information about Proton Saga 2020 or other Proton cars could be provided here!
ReplyDelete