Surprise Besday Party Untuk Yana!

Hari ini 16hb, genaplah my Yana berumur 9 tahun. Sekejap jer rasa masa berlalu, 9 tahun sudah lamanya saya dan suami membesarkan Yana dengan rasa penuh kasih-sayang tidak pernah berbelah bahagi.
Ok apa yang suprisenyer? Hik hik. Idakler begitu hebat seperti Dahlia membuat surprise kepada buah hatinya Apex. Cuma kami sekeluarga hanya buat seperti tidak ada apa yang berlaku di hari-hari menghampiri 16hb. Saya perasan Yana siap count down besday die dari 1 Januari lagik dan Yana juga ada memberi hint2 seperti mahukan suprise besday party macam Apex (ni gara2 menonton Youtube bersama Dedet lah ni, hahahaha).
So Sabtu 14hb malam Ahad, selepas mengambil Yana dan Akid dari rumah mak kami singgah di Kedai Kek King's Confectionery dengan alasan nak beli roti untuk buat sandwich. Semasa membeli hanya saya, Anaqi dan Amani yang terlibat manakala yang lain semuanya menunggu dalam kereta. Sampai di rumah Dedet suruh Yana pergi buat air oren dengan kadar segera dengan alasan beliau nak makan malam sebab dah lapar sangat. Sedang kalut Yana hidang makanan Dedet dan anak2 lain masuk lambat sikit ke dalam rumah sambil menyanyikan lagu besday bersama kek + lilin dinyalakan 9 batang.

Terkejut dan panik juga wajah Yana, siap jerit-jerit "Besday sape ni? Besday sape ni?" berulang-ulang kali. Nampak gak cam mata Yana bergenang ai mata. Terharu lah tu. Huhuhu.

So suprisenya... kitowang sambut awal besday Yana. Sambut 14hb yang mana sepatutnya 16hb :)
Kek main belasah jer beli, apa yang ada kat kedai. Boleh tahan sedap! Ngam2 untuk ahli keluarga saya yang ramai. Ohh ya ini adalah kek "Black Forest". Dan saya suka sangat dengan creamnyaaaaaaaa.
See bila adik-beradik lain sibuk meraikan bersama. Saya takdelah rancang nak buat besar-besaran sebab sekarang musim sekolah baru bermula. Tapi biasanya meraikan bersama keluarga pun dah gamat, sebab adik-beradik ramai :)
So saya tak sempat nak masak spesel, makan malam hanyalah nasi bersama gulai kerang dan sambal sotong. Nenantilah kalau rajin saya masak sesuatu istimewa buat Yana sempena besdaynya yang ke-9 ini.
Budak comot ni nampak dah sihat tapi hari ni suara dah jadi serak-serak basak. Alehai, susah hati betul rasanya nak mengajar minggu ni. Harap-harap semuanya OK... Dan bila melihat wajah Amani inilah wajah Yana ketika berumur setahun dulu cuma rambut Yana lebih nampak bergulung :)

Pada puteriku yang dikasihi Adriana Badzlyn moga dirimu sentiasa sihat, ceria dan cemerlang dunia dan akhirat, amin.

Surprise Besday Party Untuk Yana! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 16, 2012 Rating: 5

4 comments:

  1. HAPPY BESTDAY YANA!! dah besar anak dara kak ayu nie....

    sambut ngn adik beradik lagi best sbb meriah+kecoh..kalu ada kawan2 segan laa plak nk comot2....

    amani d cutest...gebu..

    ReplyDelete
  2. Simple Simple surprise pun berbaloi baloi Ayu!!!.....Mesti Yana happy....Happy Birthday Yana dearie!!!

    ReplyDelete
  3. epi besday dear yana :) besh dpt surprise kek bday tu heheh

    ReplyDelete
  4. memang Yana nyaris nangis... kehkeh.. mata dah bergenang... :)

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.