Terpilih Untuk Belajar Masak Hidangan Sweden Bersama Chef Khai

Hari Ahad lepas saya telah join satu kelas memasak bersama Chef Khai untuk belajar masak hidangan Sweden. Ekceli saya dapat melalui peraduan FB "Smart Kitchen" anjuran Ikea. Yang terpilih 9 orang tapi yang datang 8 orang jer.
Chef Khai ni memang banyak pengalaman dalam bidang kulinari. Selain freelance mengajar dan buat demo memasak, beliau juga salah seorang tenaga pengajar di Taylor's Universiti. Pengalaman bekerja di hotel sangatlah lama terutama di Hotel di Asia Barat (lebih 5 tahun rasanya).
Dapur kerja group saya :)
Aishah (wakil dari Ikea) dan Mrs Y (lupa dah nama), seorang Engineer di syarikat pembinaan terkemuka.
Ahli kumpulan yang sporting :)
Gambar tengah BZ buat kerja perlu ada ya :)



Antara hidangan yang dihasilkan--Jansson's Temptations
Lindstromare with pickles cabbage & onion sauce
Swedish fish cakes on toast with Saffron Mayonnaise
Dark chocolate kladdkaka with rasberries
Nampak sedap2 kan masakan yang kitaorang sediakan? Memang sedap pun. Cuma masakan orang Sweden kebanyakan manis dengan susu dan cheese. Dan sebelum balik kami juga dihadiahkan non stick pan dan apron yang cantek dari Ikea. I like. Nanti nak try buat kladdkaka, ala brownies tapi teksturnya sangat lembut :)


Terpilih Untuk Belajar Masak Hidangan Sweden Bersama Chef Khai Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 03, 2012 Rating: 5

9 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.