Mak Dan Mima Buat Umrah | Hepi dan Sedey

Hari Jumaat lepas 10hb, mak ngan Mima bertolak ke Mekah untuk mengerjakan umrah. Selalunya mak pergi pada bulan2 biasa tapi tahun ni mak berpeluang menunaikan umrah pada bulan Ramadhan. Check in kena kul 7p.m, naik flight pukul 10.30p.m. So sempatlah berbuka dengan mak dan Mima kat airport :) Makan Mek Di jer pun, huhuhu.

Oh ya Mima tu Mak Sha, hahaha. My adiks yang dulunya panggil Mak Sha sekarang dah ada nama glamer dikalangan anak buah iaitu "Mima"...
Afiq yang berbuka mengalahkan orang yang berpuasa...
Permandangan di airport cam kat shopping complex ya. Banyak props2 ala-ala raya di sini. Rugi saya tak berbaju kurung kalau tak boleh berPS ala2 duk kat kampung, hehehehe.
Sebelum bertolak ada taklimat khas yang diberikan oleh pihak Andalusia (agen yang mengetuai rombongan Mak dan Mima ke Mekah). Peserta rombongan takdelah ramai sangat dalam 19 orang :)
Sementara tunggu mak dan adik diberi penerangan. Kitaorang kat situ lenjan bersukan. Mentang2 sempena olimpik banyak betul peralatan sukan yang simple2 disediakan. Ada permainan dart, bola sepak (virtual guna xbox) dll.
Congkak pun ader juga. Sakan anakanda dan Mak Biq layan main congkak.
Saya pulak sakan cuci mata. Suka der dengan kasut merah ngelip2... Siyes cantek! Harga RM132, gulp... kensel...
Budak tomei ni sedang syok tido. Bukan main bunga rose besar di kepala :)
Bergambar kenangan sebelum Mak dan Mima berangkat pergi. Ni gambar latest kami adik-beradik bersama mak terchenta :)
My Yana dah macam adik bongsu kepada adik-adik saya yang lain.
Me and mum... serupa tak? Saya memang gelap sebab ikut abah :)
Amani bukan main beria nak ikut nenek die nak naik flight, hahahaha.
Masanya untuk bertolak pergi...

Sedih... gembira... mixed feeling sebenarnya...
Gembira sebab adik dan mak berpeluang menjadi tetamu Allah di bulan mulia ini. Dapat berkumpul dan beraya dengan umat Islam di seluruh dunia di sana.

Sedih... jugak... apatah lagi masa saya bersalam dengan adik. Berpelukan dan masing2 mengucapkan Selamat Hari Raya... Waaaaa rasa nak menangis time tu :(

Apapun, moga perjalan mak dan adik saya dipermudahkan. Dan moga mereka berdua selamat pergi dan kembali dengan sihat sejahtera.

Mak Dan Mima Buat Umrah | Hepi dan Sedey Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 13, 2012 Rating: 5

4 comments:

  1. Allahuakbar..best btol beraye disane..klu zt dah merembes2 airmate dah,hahaha

    ReplyDelete
  2. maksudnya raya kat sana ye..
    adik ila pulak tiap kali mak nak g umrah mekah mesti letak syarat.. "mak boleh pg mekah tapi make sure raya sini" biasalah bongsu mmg getik lebih haha

    ReplyDelete
  3. sonoknya beraya sana ye..
    salam kenal dear

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.