Surat Tidak Rasmi:"Kenapa Maybank Perlu Bagi Saya Tiket Legoland"
Kehadapan penganjur Maybank yang tercinta,
Moga kalian sihat sejahtera,
Adapun tujuan utama surat ini dilayangkan,
Untuk menyertai peraduan yang telah dianjurkan,
Merebut tiket LEGOLAND sebagai ganjaran,
Atas sebab-sebab seperti yang dinyatakan...
1. Pembesaran Anak Yang Sukakan Permainan, Hiburan dan Keseronokan
Anak saya gemar beraktiviti. Setiap hari selepas menyiapkan kerja sekolah mereka akan meluangkan masa bersama. Bermain dan bergembira bersama adik-beradik tercinta. Konon-kononnya mahu melepaskan rasa tertekan kerana kesungguhan belajar di sekolah separuh hari setiap masa.
Banyak permainan akan mereka cuba. Bermain badminton, bola sepak serta olahraga (main kejar-kejar, police entri). Paling tertekan kalau diberi peluang bermain di taman rekreasi, jenuh memanggil pulang ibarat berumahtangga di sana.
2. Anak-anak Peminat Lego Yang Tegar!
Melihat LEGO di ruang pameran membuat hati begitu beria-ia untuk memilikinya. Koleksi LEGO untuk buah hati famili kami (anak-anak). Apakan daya, harganya.....gulp meruntun jiwa. Simpanan perlu ada, ya di Yippie menabunglah kita:)
Merah jambu warna kegemaran anak dara. Kotak LEGO warna ini memang menggoda. Kalau diberi peluang dapat tiket ke LEGOLAND percuma, ada duit lebih kita beli ya!
3. Anak Saya Ahli Kelab Yippie ---- Simpanan Dari Muda :)
Saya tahu Yippie adalah tabungan terbaik buat anak saya.
Setiap bulan terutama selepas Hari Raya, makin menambah tabungan anak-anak tercinta.
Anak-anak gembira melihat tabungan mereka sentiasa tambah dengan jayanya.
Apa kata, Maybank menggandakan kegembiraan mereka dengan memberikan tiket LEGOLAND percuma....(memang BESH bila dapat tix FOC)
4. Dapat Tiket LEGOLAND, Biarpun 2 -- Sangat Membantu Mengurangkan Budget Saya dan Famili Bercuti Ke Legoland Tahun Ini.
Anak saya ada 5...
Kalau merujuk pada JAdual Harga Tiket dari website www.Legoland.com.my
ONLINE TICKETS and ANNUAL PASSES
Ticket | Reg. price |
Online (7-Days Advance Booking)
| |||
1-Day Ticket Adult (12-59)
| RM 140 | RM 105 | |||
1-Day Ticket Child (3-11)
| RM 110 | RM 82.50 | |||
1-Day Ticket Senior (60+)
| RM 110 | RM 82.50 |
Kalau booking 7 awal dari tarikh lawatan..
Anak saya ada 5;
RM 82.50 x 5 = RM 412.50
Tiket untuk saya dan suami;
RM 105 x 2 = RM 210
Jumlah besar yang perlu dibayar = RM 622.50
Pehhhhhhhh, andai kata diberi peluang dapat percuma tiket Legoland, ianya benar-benar dapat membantu mengurangkan budget saya untuk bercuti bersama anak-anak. Huhuhu.
5. Kesimpulan, Silalah Lihat Muka Kesian...
Walaupun macam berlakon tapi hakikatnya anak ini begitu beria henda pergi ke Legoland. Saya sedaya upaya akan cuba meralisasikannya. Memandangkan kegembiraan anak adalah kebahagian saya dan suami.
Moga rezeki berpihak pada kami, berpeluang menerjah Legoland seisi famili.
Pecah kaca,
Pecah gelas,
Sudah baca,
Harap balas.
Sekian, terima kasih.
Yang Benar;
Entri ini bersempena dengan..
Maybank Bloggers Contest
Terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan dah tentu lah Blogger kan.
Syarat-Syarat :
1. Buat entri "Kenapa Maybank perlu bagi saya tiket ke Legoland | Why Maybank should give me ticket to Legoland . Tidak lebih dari 500 patah perkataan.
2. Penjurian di kira mengikut kreativiti , Originality dan unsur - unsur humor.
3. Boleh letak gambar ke, video ke nak kasi entri anda menarik.
4. Dah siap N3 dan di publish. Link hantarlah ke email social@maybank.com.my .
Jangan lupa beri nama , No. Kad Pengenalan , Alamat , No Telefon dan jangan lupa link entri sekali yaa.
Jangan lupa beri nama , No. Kad Pengenalan , Alamat , No Telefon dan jangan lupa link entri sekali yaa.
Tarikh penyertaan :
11 September 2012 - 30 September 2012
Hadiah :
Grand Prize - Sepasang season pass ticket ke Legoland Malaysia.
Surat Tidak Rasmi:"Kenapa Maybank Perlu Bagi Saya Tiket Legoland"
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
September 23, 2012
Rating:
pecah kaca pecah tong
ReplyDeletesudah baca harap gantung :D
good luck :)