Untuk 3 Hari | Antara Filem Melayu Yang Terbaik dan Tak Menyesal Tengok!
Hi, heheheh
Masa saya muda belia, saya memang peminat Novel Ahadiat Akashah, apatah lagi novel Lagenda Budak Setan. Cuma bila saya dikhabarkan sutradara Afdlin Shauki nak menghasilkan filem berdasarkan Novel Untuk 3 Hari----saya macam boleh terfikir "Errr ada ya novel tajuk ni dari Akashah?" Hehehehe
So, semalam saya berpeluang menontonnya di hari pertama filem ini di pawagam.....
NOT BAD!!!!!!!! UOLLLLLLLLLS
Filem ini bagi saya kisahnya agak berat tapi berjaya dibawa oleh Afdlin dengan lebih ringan dan santai. Tentang jodoh dan ikatan perkahwinan yang menjadi pencaturan dalam mencari kebahagiaan. Banyak scene yang boleh kita nak gelak beria-ia, ada juga yang menyentuh perasaan (mak cik saya menangis sangat hover hokeh, hahahah). Kemunculan beberapa selebriti tanahair yang popular seperti Atilia, Zizan, Aziz M. Osman, penyanyi/pelakon veteran dll menjadikan filem ini lebih menarik. Walaupun tidak mempertaruhkan muka-muka baru ataupun selebriti yang terhangat masa kini, namun bagi saya pemilihan pelakon2 utamanya adalah bersesuaian dengan jalan cerita. Pemandangan suasana kampung, anak sungai bersih, keadaan hiruk peruk kota dan gubahan perkahwinan yang chantek2 menjadikan filem ini tampil ceria dan klasik. Siyes! saya sangat suka dengan nyanyian di majlis perkahwinan---sedap woooooo lagu2 yang dinyayikan. Banyak gak saya nampak skrip spontan dari Afdlin, ngeeee KLCC KLCC.....Cuma masa persembahan Joe Flizzow, bagi saya takde penari perempuan kat atas tu lebih OK :p
Pasangan comel :)
Pasangan romantik :)
Sinopsis Untuk 3 Hari
Filem Untuk Tiga Hari mengisahkan kisah cinta luar biasa dan agak pelik. Untuk Tiga Hari berkisar tentang dua pasang kekasih yang terpaksa berkahwin atas desakan dan pilihan orang tua.
Pasangan kekasih ini memutuskan untuk bercerai selepas tiga hari mereka mendirikan rumah tangga.
Dalam tempoh tiga hari mereka meluangkan masa bersama, mereka mula sedar bahawa itulah jodoh yang terbaik buat mereka seperti mana yang telah ditentukan oleh Allah SWT dan meneruskan perhubungan bukanlah sesuatu yang buruk dan mungkin adalah perkara terbaik yang pernah berlaku dalam hidup mereka.
Bahagiakah kita untuk meneruskan cinta selepas melukakan hati pasangan yang diceraikan selepas 3 Hari perkahwinan?
Filem Untuk Tiga Hari adalah filem diadaptasi daripada novel popular Ahadiat Akashah.
Pelakon filem Untuk Tiga Hari: Afdlin Shauki, Rashidi Ishak, Vanidah Imran, Ayu Raudhah, Dira Abu Zahar, Zizan Nin, Ainul Aishah, Nabil Ahmad, Zizan Raja Lawak, Fauziah Ahmad Daud, Zaibo, Khatijah Tan dan Atilia.
Penerbit: Sharad Sharan (Ombak Rindu)
Pengarah: Afdlin Shauki
Pelakon: Adflin Shauki, Rashidi Ishak, Vanidah Imran, Ayu Raudhah
Produksi: Tarantella Pictures Sdn Bhd.
Facebook Filem Untuk Tiga Hari: http://www.facebook.com/pages/Untuk-Tiga-Hari-Official-Homepage/15767042434123 ---sinopsis copy paste dari SINI!
Bagus filem ini ditonton oleh anak-anak muda yang berhajat nak mendirikan rumahtangga. Bahkan orang yang dah lama mendirikan rumahtanggapun bagus juga menonton (datang tonton laki-bini). Banyak pengajaran yang dapat diambil terutama tentang perkara jodoh jangan sekali dibuat main-main. Masing-masing ada kelemahan dan sebagai manusia normal kita perlu terima kekurangan semua itu. Untunglah kalau dah memang punyai isteri/suami yang baik dan romantik so jangan sia-siakan. Jangan terlalu taksub dengan cinta yang konon dapat memberi kebahagian. Tapi terimalah CINTA yang sudah berada didepan mata dan cuba rasai kehadiran kebahagiaannya . Jodoh, pertemuan dan maut ketentuan Tuhan, dan kita patut mensyukurinya. Ececececec...nak dapat FEEL lebih silalah tonton movie ni di pawagam2 yang berhampiran ya :)
psssssssstt: Meriah semalam dalam panggung, sampai ke habis cerita tengok scene tak jadi, keluar nama produksi dan cast...sowang pun pnonton kat dalam panggung tak bergerak. Sampai ke parking kereta saya masih terdengar ada penonton yang menonton bersama bercerita tentang filem "Untuk 3 Hari" yang BEST!
Antara buah tangan Afdlin Shauki yang terbaek, tahniah :)
Untuk 3 Hari | Antara Filem Melayu Yang Terbaik dan Tak Menyesal Tengok!
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
September 21, 2012
Rating:
kalau gitu nak tgk jugek laaaa..;)
ReplyDeletemcm nk kena tgk jerk nih. he2 :)
ReplyDeleteme memang minat semua filem genre begini hehheh
ReplyDeletenak ajak hubby tengok lah
ReplyDeletebetul tu..jodoh bukan main2...dah tengok filem ni...best...jemput baca review di www.kakiwayang.com tentang filem ni...=)
ReplyDeletealaaa ni nak tengok ni..
ReplyDeletesepenaraya.blogspot.com