Ronda-ronda Dari PJ ke Tanjung Malim
Sempena dengan cuti keputeraan Agong Selangor baru-baru ni...
Saya ajak Dedet sopping baju sekolah Yana. Sebab die pengawas baju kena warna biru. Susah nak carik yang betul2 menambat hatiu kecuali jenama "canggih". So berangan nak ke pusat pakaian hari-hari sebab kat situ baju sekolah kaler biru harga berpatutan tapi Dedet kata "Saya cuti hari ni nak gi jejalan bukan nak gi shopping wokeh"...........huhu
Nak jejalan satu hari jer tapi takde pilihan tempat kat KL ni. Balik2 gi MAll~ One Utama, Paradigm Mall, Tropicana...Tahap meluat dah hahahahah. Ajak Dedet gi PD tapi cuaca cam mendung..nak gi Kuala Gandah nak skodeng Gajah cam jauh pulak ....
Last2..Dedet drive kuar sana-sini..sampai2 jer Tanjung Malim...
Semata-mata nak makan Pau Yik Mun....
Erkkkkkkkkkkkkkk...
Tapi sepanjang nak pergi makan...Macam-macam aktiviti kitaorang buat :)
Mula2 ingat nak beli durian murah ni...
Bayangkan 1 beg plastik RM5 (dalam 4 bijik jugak)
Tapi last2 kitaorang beli masa jalan arah balik, beli durian dusun orang tempatan. 9 bijik dapat RM20. Walaupun agak mahal tapi isi-isi durian marvelesssssssss ~kecik dan manis2....puah hati
Lepas tu rasa nak terkucil tapi tak nampak kelibat tandas kat mana-mana. So singgah gerai makan kat tepi jalan pekena laksa, mee rebus dan cendol.
Kat gerai ni takde tandas juga. Stress!!
Tapi kitaorang tetap makan dan minum jugak...
Sedaaaap wooo
Sedaaaap wooo
Untuk pengetahuan korang kitaorang tapau balik jer pau yik mun tu..Sebabnya takde tempat duduk kat restoran. Full house. ada juga 2 orang kakak ni ni, dowang duk meja besar. Makan dah habis minuman pun dah licin, duk bersembang tak nak bangun-bangun. Saya berdiri tercegat kat situ pun2 tengok buat2 tak paham. Last kitaorang tapau PAU yang dah masak bersama yang belum masak. Makan dalam kereta sambil pusing lawat UPSI dan bandar PROTON.
Lepas tu balik terus masuk jalan highway PLUS, gara2 nak pergi toilet.
Sadis..
Tapi syok jugak, jalan2 carik pasal ni...
Anak2 pun nampak fun walaupun stress mulanya sebab duk dalam keta tak tahu arah tujuan. Sib baek petang sampai rumah kiranya balik ke pangkal jalan, hahahahaha.
Ronda-ronda Dari PJ ke Tanjung Malim
Reviewed by Adriana OhMai
on
December 13, 2012
Rating:
pau yik mun tu setiap kali bk kampung msti singgah.. pau kari die sedapp
ReplyDeleteAhaha..skali skali mak ayah tak ketahuan hala... Tp nest jgk begini...agak santai sbb xde program nak kejar. Macam2 boleh buat ye.
ReplyDeletekira jln2 unplanned gitu :) syok gak sekali sekala ;)
ReplyDeletepau yik mun ada kedai dekat hartamas shopping centre.. tapi mahai nyer la hai.. satu pau rasenye dalam rm3
ReplyDeletepau kaya 1 plisss :-)
ReplyDeletehehehehe,kitorg pon pnh gak jln2 carik psl nih..pastu xsabar nk blk bangi balik,hahah
ReplyDeletehuhuuhuh..rindu nak terjah tanjung malim..tempat lepak selalu time belajar
ReplyDelete