Seronoknya Anakanda Saya Bercuti di Morib!

Jumaat lepas saya paksa Dedet amik cuti Jumaat dan Sabtu. Sebab saya ada kursus kat Morib dan saya nak bawa anak2 sekali. Ini memandangkan cuti sekolah nak berakhir so saya nak juga lihat anak saya berlibur di satu tempat yang istimewa (walaupun hakikatnya awal2 cuti dah sakan gembira kat sabah, ngeeeeeeee).
Sebenarnya saya beria nak bawa anak saya ikut sekali berkursus sebab nak bagi mereka peluang berlenjan dalam kolam mandi. Dan Dedet merangkap body guard dowang bersempena dengan diri saya yang begitu efisien mengikuti segala aktiviti yang disediakan oleh penganjur program.

Pandai Dedet dan anak2 bawa dirik sepanjang saya sibuk berkursus. Siap pergi jalan2 tepi pantai. Skodeng ikan2 bakar tapi katanya tak banyak mana. Dan Pantai Morib katanya takdelah indah sangat kalau dibandingkan pantai lain yang pernah kami pergi. 
Muat 2 kanak-kanak ribena ni duk dalam "shell"... Comey jer tengok aksi mereka ini... Kalau Anaqi memang confirm tak muat apatah lagi Dedet, hahahahahhahaha.
See, betulkan Anaqi hanya mampu duduk atas Shell ni jer? Banyak jugak tempat dowang terjah kat situ... Antaranya "Gold Coast Morib"... Pendapat personal saya dari luar nampak hebat masuk jer dalam takdelah hebat manapun... Dan ada bau kurang menyenangkan bila masuk di kawasan situ... tak pasti apa...

Kami sempat juga naik Bukit Jugra...
Ke Pulau Carey...
Beli ikan fresh...
Nenantilah citer...
Dan Amani...
Anak saya yang palng ceria bila berada di sini...
Apatah lagi bila saya...
******
*****
****
***
**
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Menang hadiah utama dalam cabutan bertuah...
Alhamdulillah... :)

Banyak nak hapdet... Tapi memang tak sempat hari ni... Rabu student ada exam. Carrymarks belum sempat kuar lagi ni..sob sob :(

Seronoknya Anakanda Saya Bercuti di Morib! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 31, 2012 Rating: 5

6 comments:

  1. wah,seronoknya..wifey ada ajak pi morib aritu,tapi tak berkesempatan lagi

    ReplyDelete
  2. seronoknya..dapat hadiah lagi tu..alhamdulillah

    ReplyDelete
  3. pic dlm shell tu sgt comeyyy
    congrats beshnya u menang lucky draw tu :)

    ReplyDelete
  4. geram tengok anak u berdua dekat dalam shell tu.. comel!! cantik lucky draw u tu :D

    ReplyDelete
  5. Saya pernah duduk di Morib, Banting tetapi sewaktu kecil.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.