Al-Fatihah Buat Arwah Mohamad Adam Firdaus | Perginya Adam Redho Seorang ibu
Saya membaca kisah arwah Adam di Majalah Pa&Ma bulan April 2013. Ketika artikel ditulis Adam sudahpun koma. Mengikut penceritaan dari ibunya, Adam hanyalah mengalami demam biasa dan batuk namun ianya agak lama dan berlanjutan. Sihat dan demam kembali sehinggalah satu hari arwah diserang sawan. Di sinilah doktor mengesahkan beliau mengidap penyakit FIRES (Febrile Infection-Related Epilepsy Syndrome). Dan Adam mula koma 15 September 2012.
Sedey sebenarnya, bagaimana ibu Adam yang terpaksa bertarung dengan emosi mengharapkan anaknya yang satu masa dulu sihat kini sakit untuk pulih semula. Namun ibu arwah tetap kuat semangat demi untuk melihat anaknya sedar. Arwah Adam juga memberi inspirasi buat beliau untuk membuka perniagaan penjualan kek secara on-line. Ini kerana Adam sangat menggemari kek2 air tangan dari ibunya.
Namun kuasa Allah tiada siapa yang tahu. Sudah tertulis arwah Adam meninggalkan keluarganya pada hari Jumaat 29 March 2013 (kalau tak silap, ianya semalam).
Sedey, begitu meninggalkan kesan di hati saya apabila membaca sms ibu Adam kepada rakan baiknya di FB (rakan FB saya juga). Begitu berat ujian yang diberi untuk redho dengan pemergian anak jika ini yang terbaik.
Moga Kak Rose semakin kuat dan bertabahlah atas dugaan...
InsyaAllah, arwah Adam akan setia menanti kehadiran ibu-bapanya satu hari di alam sana...
Al-fatihah buat arwah Mohamad Adam Firdaus.
Al-Fatihah Buat Arwah Mohamad Adam Firdaus | Perginya Adam Redho Seorang ibu
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
March 30, 2013
Rating:
sedihnya :-( moga ibu bapanya tabah ye...
ReplyDelete