Menyelami Erti Sejarah : Sultan of Science Di Petrosains

Bagi peminat sejarah atau bukan peminat tetapi mempunyai rasa ingin tahu mengenai cendekiawan Muslim, mengenai ciptaan dan penemuan sainstifik, silalah terjah Pameran "Sultan of Science" di Petrosains. Memang besh! Siyes saya yang bukan peminat sains pun boleh terlayannnnn sama, hik hik...

Pintu masuk ke pusat pameran, penuh dengan gambar2 karikatur cendiakawan Muslim yang terkenal...
Pada mereka pencinta sejarah nama-nama seperti Ibnu Sina, Al-Khwarizmi antara mereka yang hebat dalam ilmu sains dan penciptaan dipaparkan dalam suasana penuh klasik sepanjang menuju ke ruang pameran.
Memetik dari kata2 Ketua Pegawai Esekutif Petrosains Sdn Bhd, Tengku Nasariah Tengku Syed Ibrahim:
"Pameran Sultan of Science sememangnya sebuah pengalaman yang unik bagi pengunjung kerana ia memberi pengertian yang mendalam tentang asas sains yang telah ditemui oleh cendekiawan Muslim pada masa lalu. Sudah pasti ini akan memberi perspektif yang berbeza terhadap sejarah dan sains kepada rakyat Malaysia"
Paling terkesan dengan lakaran potret Fatima al-Dhiri, pengasas Universiti Islam pertama di dunia.
Ya, wakil dari serikandi, bangga mak noks!
Unik dengan rekaan yang sangat terperinci...
Mengembalikan kisah2 kegemilangan tamadun Islam di satu ketika dahulu :)
Tak terjangkau dek akal fikiran...
Dengan idea dan pemikiran pemikir islam membuahkan idea2 yang boleh diaplikasikan
dalam teknologi pada hari ini.
Rekaan kapal dulu kala----lebih canggih dari Titanic, chewah!

Di sini juga diberi penerangan daripada petugas Petrosains...
Tentang satu formula...
Saya sudah lupa apakah nama dier... Hahahahahahah
Tu la banyak sangat makan semut, lupa deh :p
Secara logik mengaitkan teori Leonardo Da Vinci tentang lukisan Mona Lisa yang dikatakan mempunyai pencaturan yang tepat dalam simetri wajah yang dilakar.
Ujian dilakukan ke atas foto yang sama tapi terdapat perbezaannya, untuk memastikan
foto yang mana memberi impak lebih cantek...
Yup saya sudah tahu jawapannya yang mana. Sekiranya uolls nak tahu mana satu jawapan, dan kenapa jawapan yang dipilih itu menjadi pilihan... Silalah ke pameran Sultan Of Science di Petrosains.
Bagi anak2 pasti teruja bila dapat mempelajari sesuatu yang baru. Contohnya seperti Akid di atas, dia dapat mempelajari konsep sebenar bagaimana"burung terbang di awan"...
Tentang ilusi optik :)
Belajar dan berseronok bersama sains...
Persembahan silap mata :)
Bloggersssssssssssssssssss :)
Sila jangan muntah hijau dengan aksi saya yang ntah apa2...
Ole2 buat saya dan keluarga atas jemputan dari pihak yang berkenaan, ahem ahem.

Serioussss, tak tipu memang best sesangat...
Selain daripada banyak ilmu yang dapat dimanfaat, menerokai penemuan sains dan kegemilangan cendiakawan Muslim memberi banyak inspirasi buat diri :)

Sedikit info pusat pameran:
Ianya dibuka untuk orang awam bermula dari bulan Januari sehingga Jun 2013
Hari biasa: 9.30 pagi-5.30 petang
Hujung minggu: 9.30 pagi - 6.30 petang
Bayaran yang dikenakan untuk DEWASA (RM20), REMAJA  13 hingga 17 tahun (RM15), KANAK 3 tahun hingga 12 tahun (RM10) dan pakej KELUARGA 2 Dewasa dan 2 Kanak2 (RM40)

Untuk keterangan lanjut sila hubungi 03-23318181 pada waktu pejabat atau pun layari www.petrosains.com.my/sultansofscience.


psst: Jangan lupa vote gambar AYU RAFIKAH MOHD AMIN kat sini ya... :p
https://apps.facebook.com/sultansofscience/

Menyelami Erti Sejarah : Sultan of Science Di Petrosains Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 12, 2013 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.