Final Event : Ocean Mania Costume Contest

Sepertimana yang saya war-warkan sebelum ni mengenai Ocean Mania Costume Contest.  Akhirnya pencarian berakhir dan seterusnya ke acara puncak iaitu persembahan dari 8 peserta teratas pilihan  juri.

Acara dimulakan pada pukul 3 petang. Namun sebelum acara ini dimulakan terdapat banyak aktiviti seperti pertandingan mewarna, plus pelbagai booth dengan aktiviti yang berkaitan dengan "Ocean" telah dijalankan. Banyak sebenarnya nak diceritakan. Tapi mehlaaa kita skodeng2 apa yang ada di sekitar kawasan aktiviti "Oceon Mania" di Paradigm Mall.
Saya nampak meja hadiah. ngeeeeeee. Teruja saya nak tahu siapalah pemenang bertuah dalam Oceon Mania Costume Contest :)
Pentas utama... Memang diwarnai dengan lakaran lukisan mengenai "Ocean"
Ada juga booth yang menjual perkakasan untuk memeliharan haiwan peliharaan seperti ikan dan kura-kura.
Boleh buat tatoo (sticker) kat badan atau muka. Biasanya orang pilih buat kat tangan. Dan lukisan hanyalah daripada bentuk2 hidupan laut seperti ikan jerung dan lain-lain.
Ada booth yang kiut ini jugak!
Selain itu, ada juga dijual barangan kelengkapan untuk bermandi-manda di swimming pool khasnya :)
Silalah bergambar di sini... memang chantek!

Ok, saya berada di sini, al-kisahnya terlibat menjadi salah seorang juri untuk Ocean Mania Costume Contest. Hepi mak noks (pssst : Tq Daryl ).
Excited lah jugak! Plus dapat kenal2 2 lagi mummy bloggers yang gorjes iaitu Kylie dan Rene dan juga wakil2 dari pihak penaja - antara yang saya tahu; Wonderpets Land dan Arena Sport.

Ada dalam 7 persembahan ke semuanya...
Antara yang menarik seperti persembahan di bawah :)
Gaya seorang mermaid dan jelly fish!. Kiut seh! Dihasilkan daripada bahan-bahan kitar semula, impaknya memang menjadi dan sangat kreatif. Lepas tu siap2 menari2 lagik!
YA arrr, adik ni. porcupine fish. Alolololololo... comeynya. Dari kecil bila dah biasa diberikan pendedahan atas pentas, pasti satu hari nanti adik ni akan lebih berani membuat persembahan di khalayak ramai :)
Lanun kecil yang comel dan seksi, auwwww!
Penyu alaf baru. Sangat konfiden adik ni beraksi di atas pentas.
Naga yang berbisa... Cantek costume yang direka oleh ibunya...
Kesemua peserta yang mengambil bahagian bergambar kenangan di atas pentas.
Dan ini adalah juaranya!!!!

Pendekatan Paradigm Mall meraikan "Hari Ocean Sedunia" adalah salah satu usaha yang baik, iaitu memberi peringatan tentang bagaimana perlunya kita menghargai hidupan marin termasuklah akuarium, binatang perliharaan dan hidupan lautan yang eksotik. So, uolls sayangilah hidupan laut kita!!!

Final Event : Ocean Mania Costume Contest Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 11, 2013 Rating: 5

7 comments:

  1. Great pleasure to know you! and..... Thanks for the ride.. :)

    ReplyDelete
  2. hi kylie :) ya same here...hope can meet u again :)

    ReplyDelete
  3. Menarik...rugi xsempat nak gi ari tu

    ReplyDelete
  4. sorry ayu tak dapat join, tapi kalau join confirm kalah, memang kreatif betul mak2 derang semua

    ReplyDelete
  5. Naga pun ada?,,,,dok dlm laut ke? Porcupine fish tu comel. Rasanya puffer fish atau ikan buntal...

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.