Fisher Price: Joy Of Learning, Yeszaaa Banyak Yang Saya Belajar Dari Workshop Ini!!!

Hallu... Hallu...
Ok, saya join Fisher Price ni last weekend. First time saya join sebelum ni tak berpeluang, so bila dapat jemputan atas tiket.. ahem...
Bloggers... so ambil peluang untuk pelajari mana-mana ilmu yang berguna dalam membesarkan anak-anak... anak2 sedara, anak2 jiran tertangga semua la yang mana berdekatan, hehehehe. Memang tabiat manusia, sampai2 terus jer terjah melihat apa2 yang patut. Mengendap2 mana yang perlu.
Depan sekali, nampak dah hadiah2 untuk diberikan kepada mereka yang bertuah. Banyak yerrr...
Ada booth sponsor yang dibuka di situ. Contohnya macam produk Nestle-Susu Nan, Neslac dll
Produk penjagaan gigi khas buat anak2 kecil - Produk Jordan, jenama agak terkenal ni di Malaysia.
Paling best ada produk Fisher Price di situ. So, para ibu-bapa boleh mentry-test-cuba bermain dan menggunakan alatan mainan jenama ini di situ. Seperti yang kita tahu produk Fisher Price ni memang direka khas bagi membantu proses perkembangan kanak-kanak, pendedahan kepada pembelajaran yang signifikan dengan usia serta memberi keseronokan pada masa yang sama.
Saya sangat suka dengar penerangan yang disampaikan oleh Carrie Lupoli (Parenting Consultant). Banyak yang saya belajar terutama dalam memahami keperluan pembelajaran dan permainan yang yang sesuai dengan usia mereka. Objektif workshop ini sendiri menekankan 4 perkara asas berikut:
1. The goal of parenting
2. Brain Development
3. Development Milestones
4. Play Based Learning
Dalam banyak-banyak ilmu yang dicedok, saya suka untuk berkongsi tentang corak pembelajaran dan permainan yang sesuai mengikut umur seperti rajah di atas. Ni bagaimana kita rancang keperluan hidup anak kita masa akan datang. Keperluan hidup di sini bukan hanya bersifat material semata-mata. Contohnya kita nakkan anak kita ini "gembira", "positif", "berdikari" dan lain-lain. Sebagai ibubapa kitalah yang bertanggungjawab untuk mencorakkannya. So, kita diibaratkan memberikan anak kita satu kotak. Dan dalam kotak tulah kita akan masukkan segala keperluan yang beliau perlukan bila sudah besar nanti. Samada kotak itu akan penuh, atau kurang atau penuh dengan perkara negatif, sebenarnya kita yang akan tentukan.
                            
Dalam masa 5 tahun pertama dalam proses pembesaran dan pertumbuhan merupakan tahun paling penting bagi anak untuk mempelajari sesuatu. Oleh yang demikian, untuk belajar dan pada yang sama mengelak diri daripada rasa tertekan dan kepenatan, elemen keseronokan perlu disuntik di situ. Perlu ada "a joyfulness about raising a little person :) " Erkkk, cam dah bagi ceramah kat sini pulak ya?
Buahahahhaha...
Pelbagai aktiviti dalam kumpulan telah diaturkan. Memang sangat menarik dan kami semua enjoy dalam sesi tersebut. Semua peserta workshop memang bersemangat terutama di akhir sesi ada menawarkan kumpulan paling banyak mengumpul markah akan diberikan hadiah. Semuanya menjadi cergas kuasa dua, buahahaha.
Pihak Jordan Asia juga ada memberi penerangan tentang penjagaan mulut dikalangan kanak-kanak. Pelbagai tips telah diberikan.
Begitu juga dengan tips pemakanan daripada pihak Nestle.

Selain daripada seronok mendengar pelbagai tips, pelbagai input menarik dan berinformasi mengenai permainan yang sesuai diaplikasikan pada diri kanak-kanak mengikut umur. Sebagaimana kita tahu dengan berMAIN menjadikan salah satu platform untuk anak kita belajar, membina perhubungan dan juga membentuk skill dalam kehidupan seharian.

Saya juga seronok time makan...
Time bergambar dengan duta a.k.a jurucakap produk Fisher Price "Mrs Belinda Chee"
Sangat suwittt orangnya... slim dan gorjes :)
Last but not least... the goodies la wehhhhh...
Untuk my amani, my anak sedara n anak jiran tertangga... wooot woot...

Fisher Price: Joy Of Learning, Yeszaaa Banyak Yang Saya Belajar Dari Workshop Ini!!! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 11, 2013 Rating: 5

4 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.