Hidup Kalau Membosankan, Kita Kena Ceriakan..Dengan Mencari Motivasi Yang Perlu Ada Dalam Diri

Bangun pagi pagi tadi. Saya cam blurrr sekejap. Hari ni hari Jumaat ke Khamis ya. Sebabnya saya dah tak sabar nak tunggu weekend. Ada banyak agenda perlu dilakukan dalam rumah. Siyeslah rumah saya kalau nak dibandingkan dengan tokang pecah la ni, rasanya lagik cantik ghupa tongkang. Ni gara2 last week hectic dengan pelbagai urusan so hari2 biasa saya memang dilalui dalam keadaan tertekan. Bayangkan dalam 4 hari bermula Ahad, hanya hari Rabu (semalam) yang saya mampu masak di dapur. Sebab hari2 lain saya lebih rela bermalas-malasan, duk membebel ngan anak dan bercerita lebih 1000 pp kat telinga cik somi. Sebab saya stress dengan keroje! 



Sindrom saya dialami saya lebih kurang seperti gambar diatas. Hahahahahahahah. Perkara yang memotivasikan tidak berlaku dalam diri camnilah. Haihhhhhhhh. Saya pun tak tahulah adakah ini normal bagi manusia yang rasional seperti saya. Terus terang, kadang2kan bila pemberitahuan sesuatu khabar yang gembira memang memotivasikan diri. Siyes, terus semangat nak bekerja kuat menebal bila dapat panggilan kemenangan (ahem) dan lain-lain yang sewaktunya. Ok, cam saya kemenangan lah. Kalau cam laki saya, bila tender die masuk dapat ke? Takpun bos istiharkan durian runtuh secara tiba-tiba. So, kesimpulannya banyak cara untuk kita memotivasikan bagi hidup kita agar lebih ceria.

Erkkk, contohnya.....
Bila pagi ni ketika saya melayan FB, ternampak gambar kawan FB saya Zue duk "share" gambar die kat suratkhabar cina. Yang mana sayapun wapucitau what eber yang dituliskan dalam situ. Punyalah retis tahap otoromen kuasa dua, sampai glamer masuk paper yang bukan bahasa kita. Memang 1 Malaysia!. 
Yang buat saya termotivasi melihat gambar ni, bukanlah sebab bahasa suratkhabar ni yang memang saya tak paham. Tapi yang buat saya tersengih lama cam kerang wangi ialah apabila melihat kesungguhan Zue yang bermula dari bawah, berusaha gigih dalam arena comping sehingga kini beliau antara persaing yang digeruni terutama dalam peraduan yang melibatkan gambar kreatif. Macam saya, selalu jer rasa cam tak layak menyertai peraduan kreatif bergambar. Selalu bila tengok keputusan, kadang2 rasa "ala2...agak downn, erkkk camne ni saguhati pun tak layak sangkut"...Tapi bila tengok kengkawan kita menang, terus rasa..."waduh...waduh...nak try lagik...mana tahu boleh menang cam member kita ni, Satu hari nanti!".

Ya arrr kreatip sampai berfikir luar dari kotak. Gambar ni memotivasikan tak? Motivasi dari segi inovatif dan kreativiti. Tapi bagi saya "tetap geli" nak makan dengan cara ber"emosi"...

Ok..pagi2 dah buat entry psycho!!! Ok chow beb, nak gi meeting...

psssssT: kredit gambar semuanya dr FB Zue Razak!!!
Hidup Kalau Membosankan, Kita Kena Ceriakan..Dengan Mencari Motivasi Yang Perlu Ada Dalam Diri Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 13, 2013 Rating: 5

2 comments:

  1. zue memang dh tahap otai bab2 pic contest ni

    ReplyDelete
  2. i contest gambar setakat ni tak pernah menang ape2 lagi hehe.. sungguh tak reti pikiaq luar kotak segi empat.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.