Realiti Hidup di K.L, Biarpun Bergaji Tinggi Adakalanya Tak Mampu Membeli Rumah Yang Diidami

Saya tertarik dengan keratan akhbar yang dikongsi di paparan FB saya baru-baru ni. Realiti orang yang hidup di ibukota. Gaji setinggi RM6 ribu ke bawah masih tidak mampu membeli rumah yang diidami. Terutamanya rumah yang terletak di kawasan Lembah Klang. Memang mencacak harganya. Kadang2 rasa tak logik jer bila dibandingkan dengan saiz rumah dan harga. Tapi bila dilihat pada nilai tanah itu sendiri, memang patutlah dah tanah di bandar pesatnya bukan main apatah lagi dengan pelbagai kemudahan seperti MRT yang terkini, tentulah harga tanah sama naik.

Bagi saya dan suami biarpun gaji masih mampu membeli rumah yang nilain lebih RM500K, tapi masih ragu2 lagi tentang hutang panjang yang akan dipinjam dari institusi kewangan. Bayangkan jika rumah yang dibeli RM600K, bayaran bulanan yang perlu dibayar dalam tempoh sebelum usia diri ini dikenakan pencen, mahu jejak RM2700 sebulan. Kalau letak deposit RM100K plus bolehlah dikurangkan kepada RM2200-2400 sebulan. Lap berkali-kali air peluh di dahi.

Pada masa yang sama terpikir lah pulak pada risiko yang berkemungkinan sepanjang berhutang. Mana tahu tiba2 syarikat suami ekonominya tidak stabil, takpun salah seorang jatuh sakit tidak mampu bekerja dan perkara-perkara lainlah yang berkemungkinan. Adatlah, bila nak membeli sesuatu yang mahal dan pembayarannya mengambil masa yang panjang, pelbagai perkara perlu difikirkan. Tapi bila kami duduk diam2 sambil berbincang, sebenarnya-benarnya kami mampu untuk membeli. Dan hakikatnya sekiranya ada masalah tiba-tiba yang datang, kita boleh anggap sebagai dugaan dan cabaran. Dalam hidup ini memang kena berani menerima dugaan. Dan tiada satu dugaan pun tidak boleh diselesaikan. Setiap apa yang dilakukan memang semuanya berisiko.

As long as kami tidak perlu mengikat perut anak-beranak hanya kerana untuk memiliki harta sudah memadai. Lagipun kami sudah mempunyai sebuah rumah. Cuma kesilapannya masa membeli rumah ini saiznya agak kecil dan jaraknya agak jauh dari tempat kerja saya begitu juga dengan sekolah anak.

Saya selalu fikir, bila dah ada keluarga dan anak. Keutamaan lebih kepada keselesaan dan kebahagiaan keluarga. Apatah lagi saya mempunyai anak seramai 5 orang. Membesar bersama, berperang adik-beradik dalam satu rumah adalah biasa. Cuma saya lebih suka keadaan anak saya membesar dengan teratur, iaitu mempunyai ruangnya sendiri. Macam Anaqi, die selalu request nak satu ruang yang mana die boleh melepak dengan adik-beradik lelakinya sambil main Wii dan X-box. Rumah sekarang tempat main Wii tu lah tempat mak nyer duk melepak isi borang contest, kih kih.

Berbalik tentang cerita gaji, perbelanjaan dan pembelian. Teringat saya pada seorang kawan yang memang merekod segala perbelanjaan beliau dan keluarga setiap bulan. Siyes, saya suka mengkepohci tengok akaun lejar die (dari excel jer). Kalau kaler merah maknanya duit belanja tu hampir habis. Kalau hijau maknanya bulan tu masih berbaki (macam kawan saya die setkan kalau hijau duit berbaki lebih RM300).Kalau kaler kuning itu tandanya defisit (belanja over pendapatan).Dan saya juga pernah berangan nak buat rekod kewangan macam tu jugak. Tapi tak jadi ya. Hahahah. Sebabnya saya gerun tengok saya berbelanja. Menikam jantung sunggoh!

Beza ngan laki saya. Duit belanja beliau lebih teratur. Kadang2 saya dah cam anak2 saya ja. Tiap2 hari laki saya bagi duit belanja. Buahahahahha. Duitmu duitku jua, ngeeeeeeee... Dia pengatur kewangan, Saya pembeli barangan, ya arrrr...

Jom skodeng umah idaman saya dan suami...
Tengah fikir2 lagi... tak tahulah sampai bila nak fikir samada nak beli ke tak?
Dilema sungguh! Lepas tu boleh terfikir alang2 dah beli, naklah yang ada 5 bilik tidur dan 5 bilik air...
Isk isk isk... nafsuuuuuu... tuuuu...
Rumah kat atas ni masih mampu milik setakat nilah. Di masa hadapan tak tahulah. Apapun nak beli apa-apa ikut kemampuan diri masing2. Janji hati tak merana sebab kena bayar hutang besar tiap2 bulan.

Cumakan agak heran jugaklah, trend rumah baru yang cantek dan luas yang biasa2 hari ni, harga dah mencecah sejuta. Pehhhh!!! Makin naik tahun makin naik harga. Hmm, menyesal tak beli masa tahun 2004 dan sebelumnya yang mana rumah besar ketika itu harga baru dalam RM200K, biarpun masa tu rasa mahal tapi bila tengok harga rumah sekarang (10 tahun lepas tu) dekat sejuta, boleh pengsan bangun pengsan balik.

So, my laki kalau tak beli rumah tahun ni, mungkin juga umah kita nak beli tu tahun depan jejak 1 juta... Buahahahaha... mampu koh????

Realiti Hidup di K.L, Biarpun Bergaji Tinggi Adakalanya Tak Mampu Membeli Rumah Yang Diidami Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 05, 2013 Rating: 5

7 comments:

  1. totally agree with u. ridiculous sgt harga rumah skrg...klu dua2 gaji 6K sekalipun..mmg semputlah nk byr bulan2 huhuuhuh

    ReplyDelete
  2. cantiknya umah tue kak ayu.. ila beli umah kajang 363K(phasa 2)..dua tahun sebelum tue(phasa 1) kak ayu tahu umah tue bape 248K je.. ila harap cepat2la mrt siap supaya blh g keja naik mrt..harap2 mrt laju mcm lrt jangan lembab macam komuter & asik stuck

    ReplyDelete
  3. 2,3 ari lepas elo Abah cerita-ceriti pasal hal g umrah depa, then bunyi Mama kecoh2 kat belakang so Abah pass dia cakap... dok citer2 sy luahkan lah perasaan pasal umah tu, just citer... after letak fon.. tak lama dapat sms dari Abah (Mama dah citer kat dia lettew);

    "Adapun sedih yg menguntungkan iaitu dlm memikirkan akhirat, dah sedih yg merbahaya iaitu sedih memikirkan dunia dan keindahannya"

    Ouch... my dad, as always... nasihatnya perlu pemikiran yg serious :)

    p/s: Sy dah betulkan info awk yg a bit off... as always...

    ReplyDelete
  4. kan?hara umah skang mmg kadang xmasuk akal sesak napas

    ReplyDelete
  5. ayuuuuuu.....i masuk rumah kat atas tu. kat BB kan? Gila puas hati beb :-)

    ReplyDelete
  6. u are lucky sbb ur hubby gaji besar and ur combined salary memang mampu beli umah yg agak besar tu!!..

    anyway, selagi kita bernama manusia, memang nafsu tu takkan abis esp bab2 material (me reminding myself :p) :)
    nice house tu
    happy buying babe!!

    ReplyDelete
  7. WAH TOPIC HANGAT.harga rumah naik melambung lambung..gaji naik ciput ciput..apa pun..beli apa yg mampu.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.