Sofia The First :)




DISNEY MEMPERSEMBAHKAN PUTERI KECILNYA YANG PERTAMA DALAM “SOFIA THE FIRST: ONCE UPON A PRINCESS,” TAYANGAN PERDANA FILEM ANIMASI TELEVISYEN PADA AHAD 19 MEI DI DISNEY CHANNEL DAN ISNIN 27 MEI DI DISNEY JUNIOR

Penampilan Istimewa Watak Klasik Disney, Puteri Cinderella

Suara Bintang Terkenal Termasuk Ariel Winter, Sara Ramirez, Wayne Brady dan Tim Gunn
Filem yang berdasarkan alam dongeng Enchancia mengisahkan kehidupan Sofia, seorang gadis biasa, yang mengalami perubahan mengejut setelah ibunya berkahwin dengan seorang Raja dan dia menjadi seorang puteri, Sofia the First. Sofia harus belajar menjalani kehidupan yang luarbiasa sebagai seorang kaum kerabat, pada masa yang sama berpegang kepada harapan dan impiannya sendiri. Perjalanannya untuk menjadi seorang insan yang terbaik turut membuka mata mereka di sekelilingnya untuk menyedari nilai istimewa tersendiri. Cinderella Disney juga muncul dalam filem ini untuk memberi nasihat kepada Sofia – dari puteri kepada puteri.     
Pengembaraan diraja Sofia bermula dengan persiapannya untuk berangkat ke istana bersama ibunya, memulakan keluarga baru dengan bapa tirinya, Raja Roland II, serta adik-beradik tirinya Amber dan James. Turut membantu perjalanan Sofia ialah tiga orang pengetua Royal Prep Academy– Fauna, Flora dan Merryweather (pari-pari kesayangan yang muncul dalam siri klasik Disney “Sleeping Beauty”) dan pelayan diraja, Baileywick, serta sekumpulan binatang comel dari hutan yang diketuai oleh Clover, arnab cerdik yang boleh bercakap. Lama-kelamaan, Sofia mendapati bahawa penampilan sebagai seorang puteri tidaklah sukar tetapi apa yang menjadikan seseorang itu puteri sebenar ialah sifat kejujuran, kesetiaan, keberanian, kebebasan, simpati dan budi bahasa.         
Kisah “Sofia the First” yang direka untuk kanak-kanak dan keluarga mereka menyampaikan mesej positif dan kisah kehidupan yang sesuai untuk kanak-kanak. Walaupun kehidupannya terkurung dalam alam istana, ahli sihir dan kuda terbang, Sofia tetap seorang kanak-kanak yang menghadapi pelbagai masalah sosial yang sama seperti yang dihadapi penonton muda di rumah, seperti belajar menyesuaikan diri, mendapat kawan baru dan menguasai kemahiran baru. 
Ini pulak my Sopiah aka Amani. Moga my Sopiah juga mempunyai sifat2 yang baik seperti yang terdapat dalam diri Sofia (animasi)- baik hati, penyayang, berani, jujur dan berbudi-bahasa. Cerita animasi sebegini bagus dalam membina keperibadian yang baik buat kanak-kanak. Gambar yang cantik dengan lakaran kostum yang menarik pasti mencuri pandang si kecil yang gemar bergaya :)

Pssst: Selain tayangan perdana “Sofia the First: Once Upon A Princess”, Disney Channel dan Disney Junior melancarkan laman sesawang DisneyChannel-asia.com dan DisneyJunior-Asia.com/Sofia yang menampilkan kehidupan kaum diraja. Kanak-kanak boleh menjalani aktiviti kreatif, mencipta avatar putera dan puteri mereka sendiri dengan permainan Royal Me, menghias bilik Sofia atau berseronok dengan pelbagai laman aktiviti dan video yang didapati dalam laman tersebut.

Dan jangan lupa siri televisyen “Sofia the First’ akan mula siaran pada Julai 2013 ya mak pak dan anakanda2 sekalian :)     

Sofia The First :) Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 05, 2013 Rating: 5

1 comment:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.