Feveretku, Makan Time Sahur
Alololololololo
Bagi peminat makanan berkolestrol seperti keju tahap tinggi tapi kesihatan still maintain leh try buat juadah sahur cam saya tunjukkan di atas. Walaupun guna loyamng yang selebet, tapi kandungan loyang itu rasanya tetap ohsemmm...
Senang jer nak buat, janji kena rajin, kalau malas pun kena rajinkan diri pi beli kat kedai, takpun gugel beli kat kedai on-9. Ok saper yang rajin macam saya, leh try ya...
Beli daging hancur, kalau beli daging tak hancur, sila hancurkan sendiri, tumbuk ke, blender ker. Buatlah macamana pun kasi hancur, lepas tu rebus daging tu kasi lembut. Kalau tak nanti susah mak-mak pak-pak yang pakai gigi pelesu even ngan adanya gam Polident lum tentu daging senang dikunyah kalau ianya kenyal.
Tumis bawang yang dipotong dadu (belasah amik jer 2 bijik bawang yang sederhana besar), lada hitam sikit yang ditumbuk, buah tomato (sebiji yang dipotong dadu). Agak2 dah naik bau (kalau hidung tersumbat), tengok kaler... agak dah kekuningan... leh campurkan sedikit sos tomato, sos cili dan sos tiram. Kacau rata, api perlahan...
Siap tumis, masukkan daging dan garam. Siap!
Untuk bahagian atas, kita gunakan kentang yang direbus dan dilenyekkan (saya rebus dalam 4 biji besar). Kentang yang dilenyek digaul dengan susu cair (boleh ganti ngan susu soya Yeos) dan sedikit butter.
Ok... sekarang masukkan campuran daging di bahagian bawah sekali. Tekan2 kasi mampat. Lepas tu letak kentang atas daging yang telah dimampatkan. Kendian, taburkan cheese mozarella atau apapun, sebarang cheese janji cheese, kasi tutup permukaan kentang...
Dan bakar, saya guna suhu 180°C dalam 20 minit. Sampai keju kat atas tu cair...
Last kali... makanlah tapi sebelum tu baca Bismillah dan tengok jam. Takut2 dah masuk suboh, so takleh makan untuk sahur. Carry forward ke time berbuka ler...
Sekian...
Feveretku, Makan Time Sahur
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
July 23, 2013
Rating:
nmpk sedap!! tp me tgh diet ;)
ReplyDeleteYa Allah sedapnya. Baca resipi sekali harung. Ini shepard pie ke???
ReplyDeletemz- sedp suzz mkn panas2..
ReplyDeleteqashmere- lebih kurang tapi versi melayu punya hehehe
sedap !
ReplyDelete