Cuti-cuti di Fraser's Hill - Part 1 (Landmarks)

Raya ke-3, hari Sabtu saya dan famili naik ke Bukit Fraser. Percutian yang tidak dirancang, biarpun malam sebelum tu saya telah cuba untuk membuat penempahan bilik hotel tapi tidak berjaya. Tetap redho pergi juga ke Bukit Fraser. So memang pasang niat kalau tak dapat tidur di Bukit Fraser kitaorang akan berhenti tidur di mana-mana. Janji tidur hotel, hahahaha.
Kami bertolak dalam pukul 1 tengahari dan sampai dalam pukul 3 lebih. Perjalanan masa naik takdelah ramai orang tapi bila sampai kat atas Bukit Fraser, penuhnya dengan kereta bersidai kat tepi jalan. Ramai orang sesangat...

Cuaca memang takderlah sejuk sangat. Anak saya still boleh berseluar pendek dengan selesa. Rasanya kalau naik Genting lagi sejuk suhunya.Tapi yang membuat saya sangat kagum di Bukit Fraser ni ialah rekabentuk rumah/kedai di situ. Klasik gitew. Rumah ala2 English style memang memikat sungguh.
See Pejabat Pos, ni feveret place saya. Kalau kat KL memang tiap2 minggu saya lawat, sebab nak hantar penyertaan peraduan, heheheheheh. Still guna motor posmen lama (motor atuk pencen). Kalau pejabat pos kat sini guna beskal, saya nanges kat tepi pintu pejabat pos tu sebab terharu menusuk kalbu, hahahaha.
Ni ntah bagunan apa. Tapi kalau nak ke klinik tu ada signboard kena menapak lagi 1km. Model kat depan tu bukan pesakit tapi carik penyakit. Owang nak zoom rupa bangunan klinik die nak gak bertenggek kat situ, huhuhu.
Antara Balai Polis yang cuns pernah saya jumpa. Dibina pada tahun 1919 (lagi 6 tahun genap la 100 tahun usia). Rasanya kalau pesalah kena jail kat sini pun minta ditahan lama sikit. Arghhhh hahaha...
Terdapat "Gift Shop" bagi yang berminat mendapatkan cenderamata kenangan...
Muka mak yang stress bersama 4 anak yang hepi dan sorang bawak diri...
My Amani cam biasa model utama dalam blog ni...
Muka Amani lagi, kali ni aksi memeluk tiang lak (apa motif bapak dia suruh gaya ni?)
Dan lagik...
Lagik... lagik... ok pemandangan di gambar leh kelentong kat orang ramai contohnya "Gambar masa bercuti musim panas di Aussie"... ya arrr...
Sejarah Fraser's Hill secara ringkas... di jumpai oleh Fraser (omputih Scottish), dengar citer lepas tu camana ntah dia hilang kena bunuh ke apa. Uolls nak baca secara serius leh klik gambar lps tu zoom...
Ini antara padang golf pertama di Malaysia. Ok, saya memang tak kesah pun sebab tak reti main golf. Kalau dapat masuk kat padang ni, saya lebih teringin untuk berguling2 cam citer hindustan...
Kanak-kanak ribena dengan kakak wawasan...
Abang sulong yang pendek... hahaha. Tengah bagi cadangan nak ke mana dulu.
Candid gambar 4 beradik... Anak lagi sorang mana ntah perginya...
Anaqi kan mana pernah guna tepon macam ni. Zaman dier mak ayah dah bagi hp sowang sebijik. So, dapat berangan guna pun dah seronok. Hilang sedikit rasa kejakunan yang lama tersimpan dalam diri. Sebenarnya banyak benda saya nak citer masa saya berada di Bukit Fraser...

Citer yang menarik masa beraktiviti di Allan's Water, beli pokok bunga, main kat taman mini golf...
Citer mistik, Jelai Rest House, air terjun dan juga tentang kucing hitam yang tiba2 berhenti di depan kereta kami (tak bagi laluan) ketika dalam perjalanan turun dalam kul 8 malam, cuaca gelap, hujan dan berkabus. Naik bulu roma saya time tu...
Nanti erkkk kita pending citer ni dulu...
Nak menulis ni kena ada mood jugak...
Mood raya saya takderlah sangat, mood keroje menimbun buat saya stress sesangat.. :)

Cuti-cuti di Fraser's Hill - Part 1 (Landmarks) Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 14, 2013 Rating: 5

8 comments:

  1. indahnya!

    tak tercapai lagi hajat nak ke sana.. :)

    ReplyDelete
  2. besh!! me byk kali ke sini sbb feeling dok UK gitu ;)

    ReplyDelete
  3. Xsaba nk baca cite mistik
    Saya pon ada kisah mistik tjadi masa g sini dlu

    ReplyDelete
  4. Bestnya jalan2... dulu pernah pergi sekali je masa kecik2 . Lepas tu takpernah pergi dah

    ReplyDelete
  5. Ahahaha terguling 2lah dll lagi. Can't stop laughing !

    ReplyDelete
  6. dah lama tak pergi bukit fraser..pergi sana tak tahu nak pusing2 mana...

    ReplyDelete
  7. akhirnya dapat tak tidur hotel kat fraser hill.. kitapun dah pergi tahunni... tempat mesti dikunjungi esp untuk bergambar...

    ReplyDelete
  8. dh 2-3 kali gak sampai ke bukit fraser ni, ok la untuk rehat2kan diri kan..

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.