Most Number of Babies in a Diaper Changing Event! Finally Masuk Malaysia Book of Records!

Ya arr
Ya arr
Sabtu 17 Ogos bertempat di New Wing One Utama berlangsungnya acara menukar lampin pakai buang (diaper) beramai-ramai secara berjemaah. Acara bermula seawal 10 pagi dan berakhir pada 10 malam. Rata-rata peserta yang menyertai samada sudah mendaftar di apps Huggies di FB. Dan ada juga yang daftar semasa hari kejadian. Walk-in gitewww...
Kehadiran maskot Huggies yang comel memeriahkan suasana. 
Di ruang legar di sini selain daripada tempat untuk menukar lampin, terdapat juga taman mini kanak-kanak, photo booth dan juga jualan diaper Huggies dengan harga sangat berpatutan. Ramai yang memborong diaper Huggies di sini memandangkan terdapat promosi pembeliaan yang ditawarkan. Contohnya beli 3 diapers dapat 1 unit kolam kanak-kanak dengan percuma.
Lepas dah daftar, diberikan satu kad untuk diambik cop...

Cop pertama datangnya dari acara utama...
Iaitu menukar diaper Huggies...
Since Amani memang dah biasa pakai pull-up pants. So, memang die request nak pakai sendiri. Tak nak aksi seperti baby... nak berdikari kunun2nya. So mak die leh amikkan gambar die beraksi...
Masa ni My Amani demanding nak belon dari petugas Huggies kat sini. Menyempat lagik tuuuu...

Cop kedua..
Kena gi amik gambar di photo booth kat sini...
Macam-macam aksi ada. Payah jugak nak suruh si cilik bergambar depan kamera. Apatah lagi secara paksaan, hahahahahah. Tapi rata-rata kanak-kanak yang bergambar jenis fotogenik, cakap
'say cheese' semuanya dah tayang muka baby Huggies dengan gumbira...
Amani nampak steady jer dalam gambar. Ni sebab hajatnya mendapat belon Huggies tercapai :) Senang nak kawtim lepas dah dapat segala hajat...
Buat 2 perkara tu.. .complete leh claim goodies bag...
Bukan main laju jer gi claim, buahahahahahaha.
Kat kaunter ni ya :)
Tak yah beratur panjang2 pun...
Sesi menayang isi goodies bag...
Suker giler kot dengan beg kaler biru ni... suwittt jaaa...
Ok, t-shirt "I Love Huggies Pants" tu saya dapat masa main game kat salah satu booth kat situ...
Kat booth ni, kena buat gerakan 2 tangan membesarkan diaper Huggies tanpa henti selama 2 minit.
Nampak cam sekejap jer kan? 2 minit tu 120 saat OK...
Terasa nak tercabut sendi tangan kat situ...
Tapi gigih juga, sebab nak t-shirt free, buahahahahah.
pic kredit to Janet dan Hui Jun dari Indeed Communication
Selebriti tanah air juga join sama uolls.... Ada Kartini Ariffin (bersama anak perempuannya Kaseh), Faezah Elai (bersama anak perempuannya Dealova), Belinda Chee (bersama anak perempuannya Danielle), Daphne Iking (bersama anak perempuannya Iman) and Amber Chia (bersama anak lelaki tunggalnya Ashton)

Selebriti datang sebelah petang, so saya tak dapatlah berjumpa secara dekat dengan mereka.
Sebab saya join slot pagi dan datang malam semula untuk melihat jumlah ke semua peserta di akhir acara.
Sijil penghargaaan :)
Yeszaaa saya antara peserta yang menyertainya...
Dari jumlah 2106 peserta!!!!!!!!!!!
Wooot wooot...............

Saya tunggu sampai pukul 9 malam, lepas tu roger ngan Janet suh capture detik terakhir pada pukul 10 malam. Ngeeeeeeeeee... Tq tq Janet from Indeed Communications :)

Untuk makluman semua ya....

 Semua peserta ibu dan bayi akan menerima satu pek Huggies® Dry Pants baharu dalam beg goodie bernilai RM150 dan banyak lagi! Sijil penghargaan istimewa juga akan disampaikan dan foto bayi akan dipamerkan pada Wall of Fame Huggies® Dry Pants yang akan disiarkan kepada orang ramai!

Selain daripada itu para peserta yang menyertai juga berpeluang membantu mereka yang kurang bernasib baik. Ini kerana bagi setiap lampin yang ditukar semasa cubaan untuk mencipta rekod ini, Huggies® akan menyumbangkan satu pek lampin kepada bayi yang kurang bernasib baik dengan kerjasama organisasi tanpa keuntungan, OrphanCARE yang berpegang kepada prinsip bahawa 'setiap kanak-kanak memerlukan keluarga'.

Menyertai event sambil beramal uolllllllllllllllllsss

Sememangnya..

Huggies® Dry Pants menampilkan lampin seluar yang diperbaharui yang mencipta standard baharu dalam keselesaan dan perlindungan terunggul! 
Ciri-cirinya termasuk:   


  •   -    Lapisan Cepat Kering baharu (lapisan biru) yang menyerap cecair dari permukaan kulit bayi.
  •    Bahagian pinggang yang berelastik memberi bayi keselesaan terunggul ketika bayi sedang bergerak.
  •     Satu-satunya jenama lampin di Malaysia yang terbukti secara klinikal dapat membantu mencegah ruam lampin
Ketahui lebih lagi mengenai Huggies® Dry Pants di www.huggies.com.my dan ‘suka’ laman Facebook Huggies® Malaysia (www.facebook.com/HuggiesMalaysia) untuk menerima berita terkini, peringatan dan juga tip dan nasihat berguna tentang penjagaan bayi!
 
Most Number of Babies in a Diaper Changing Event! Finally Masuk Malaysia Book of Records! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 20, 2013 Rating: 5

6 comments:

  1. kalaulah OU ni dekat dgn umh den.huhuhu

    ReplyDelete
  2. kita join gak tp kul 8.30 mlm xde game masa tu amber chia dtg pun x sempat nk posing sama2 sbb masukkan tiga org anak sekali ..meriah goodies bag hehehe

    ReplyDelete
  3. wah.. event ni menarik.. satu pendedahan juga kepada yang belum ada anak2 :)

    ReplyDelete
  4. This blog is so nice to me. I will keep on coming here again and again. Visit my link as well.. pannolini offerta

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.