Saya copy paste...
HULU SELANGOR – Tindakan ‘suka-suka’ sekumpulan pelajar perempuan tingkatan 4 di sebuah sekolah menengah di Bukit Beruntung bermain ‘Spirit of the Coin’ pagi Jumaat minggu lalu berakhir dengan musibah apabila 108 pelajar termasuk tiga guru diserang histeria secara berperingkat.
Kejadian tersebut pada mulanya hanya melibatkan lapan pelajar perempuan sesi pagi (tingkatan 3 dan 5) pada Jumaat lepas, namun semakin melarat apabila ia berjangkit kepada 26 pelajar sesi pagi hari Isnin, diikuti 23 pelajar sesi petang (peralihan, tingkatan 1, 2, 4) pada Selasa dan 12 pelajar sesi petang hari Rabu.
Keadaan bertambah serius semalam apabila 35 lagi seperti dirasuk, kali ini turut membabitkan tiga guru wanita yang cuba merawat mangsa dan seorang pelajar lelaki.
Wartawan Sinar Harian cuba memasuki kawasan sekolah berkenaan bagi mendapatkan gambaran sebenar, namun dilarang pihak pengurusan. Bagaimanapun beberapa pelajar sempat ditemui bagi menceritakan punca kejadian.
Calit darah pada dinding tandas
Salah seorang pelajar, Nurul, 16, berkata, segala-galanya bermula apabila kumpulan pelajar perempuan berkenaan bermain permainan pemujaan roh yang dikenali sebagai Spirit of the Coin dalam sebuah kelas tingkatan 4 di tingkat satu bangunan sekolah berkenaan dipercayai pada awal pagi.
“Tapi saya tak pasti di mana mulanya sebab sedar-sedar ramai budak perempuan mula menjerit,” katanya.
Bagaimanapun menurut Nurul, apa yang dia tahu, pelajar pertama diserang histeria baru pertama kali mencuba permainan yang turut dikenali sebagai Ouija Board itu.
Seorang lagi pelajar dikenali sebagai Ira, 17, berkata, dia juga mendapat tahu daripada salah seorang rakannya bahawa beberapa pelajar yang mengikuti kelas tambahan di situ memang bercadang mencuba permainan tersebut pada Khamis malam 29 Ogos lalu.
“Saya tak tau cerita asal, tapi itu yang diberitahu seorang kawan. Mereka main sampai satu tahap bergerak dari kelas itu menuju ke tandas perempuan. Lepas tu lukakan jari sendiri dengan pisau dan calit darah pada dinding tandas.
“Mungkin itulah agaknya punca gangguan histeria ini,” katanya.
Bukan pertama kali
Dalam pada itu, sekumpulan pelajar yang ditemui berkata, kejadian pagi semalam cuba dikawal dengan bacaan surah Yasin oleh pelajar perempuan dan laungan azan daripada pelajar lelaki.
“Pelajar perempuan duduk dalam satu bulatan membaca surah Yasin, manakala pelajar lelaki buat satu lagi bulatan sambil melaungkan azan.
“Lepas tu, satu demi satu pelajar terkena histeria dimasukkan dalam dua bulatan itu, tapi macam tak berkesan kerana semakin ramai yang kena.
“Paling mengejutkan apabila tiga guru wanita pun terkena histeria. Kami tak pernah dengar lagi cerita cikgu turut terkena,” kata mereka yang mengakui kejadian berkenaan bukan pertama kali berlaku.
Sinar Harian difahamkan, pada tahun 2010 pernah berlaku kejadian yang sama melibatkan dua hingga lima pelajar diserang histeria dan ia berlarutan selama sebulan.
“Lepas tu senyap saja sampailah berlaku kejadian ini,” kata mereka lagi.
Pelajar sesi petang direhatkan
Sementara itu, sebagai langkah pencegahan, Jabatan Pelajaran Selangor (JPS) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Hulu Selangor memutuskan untuk merehatkan pelajar sesi petang (Tingkatan 1, 2 dan Peralihan) dan tingkatan 4 bermula semalam dan hari ini.
Bagaimanapun, pelajar tingkatan 3 dan 5 bersekolah seperti biasa kerana mereka perlu menjalani ujian percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Dalam pada itu, Kumpulan Inovatif Kreatif (KIK) di bawah Majlis Daerah Hulu Selangor yang sedang menjalankan Program Tangani Histeria di Sabak Bernam turut berkunjung ke sekolah tersebut semalam bagi menangani masalah berkenaan.
Difahamkan, keputusan merehatkan pelajar hanya sebagai langkah pencegahan awal, namun jika berterusan pada sesi sekolah Isnin depan, kaedah lain pula akan digunakan. – SINAR HARIAN
Ni edisi cerita dari saya............
Masa saya sekolah menengah, di Tingkatan1 kalau tak silap. Saya duk asrama (kitaorang panggil asrama tu ASPURI). Masa ni zaman perangai anak remaja bergetah tengah naik minyak. Suka mencuba perkara-perkara baru. So, aktiviti panjat pagar sebab nak beli goreng pisang, nak tengok Foo Kok Keong (pemain Badminton pamos time tu) kat Dewan Belia dan macam-macam aktiviti yang pelik biasa dibuat. Erkk saya ada jugak satu dua join. Buahahahah... Takpun saya kaki cover line kawan2... Sebab saya jenis pemalas nak keluar asrama.
Aspuri kitaorang ni bangunan dier memang buruk giler. Kalau uools tengok citer Conjuring, tahap keburukan dan lama bangunan kitaorang lebih kurang sama jer dengan rumah dalam citer Conjuring. Bangunan ni memang tak maintain dari segi rupa paras. Rasanya berzaman dah tak bercat :(
So, bila kita dah tinggal sesama, perangai pun lebih kurang nak sama, perangai die jadi lebih kreatip. Adalah satu malam tu ada sowang member die cam terpikir nak main 'Spirit of The Coin'. Kunun2, nak investigate ada peristiwa budak sekolah mati kat kipas. Sebabnya masa saya tinggal kat situ, ada satu lagenda yang mana asrama ni kena tutup sebab ada budak perempuan bunuh diri (die pregnant). Gantung diri kat kipas.
First time dowang main, saya join. Lepas tu saya buat dajal. Sebab saya cam dengan sengaja mnggerakkan syiling tu. Lepas tu cam tak tahan, cam duk gelak2 masa main. So, cam ada member ingat saya kena rasuk sedangkan saya memang tak tahan sebab "cam kenakan dowang" gerakkan syiling tu.
Still ingat lagi.
Kawan saya cakap apa ntah...
Lepas tu, die tanya saper...
Saya pun ejalah nama kawan saya kat situ "ASLINAWATI"...
Terkejut koo, kawan saya tu...
Lepas tu saya duk gelak... dan tarik tangan saya dari syiling...
Dan2 saya tarik ada kawan saya marah kat saya...
"Weh, giler ko mana boleh pecah bulatan..."
Saya pun kompius dan malas nak layan, gi tido...
Malam tu kawan saya kata... saya mengigau teruk...
Saya sendiri tak sedar pasal apa...
So esoknya, saya balik umah sebab weekend kan... Malas nak lepak kat asrama.
Balik asramanya pada hari Ahad...
Kecoh saya dengar macam2 cerita...
Siap warden bagi kebenaran untuk tidur dengan berkongsi katil...
Puncanya...
Malam yang saya balik kampung tu...
Dowang pakat main lagik...
Kali ni lagi ekstream...
Dowang cucuk jari dengan darah...
Gilerrrrrrrrrr...
Sampai ke tahap itu budak2 tu...
Macam mana dowang boleh dapat idea sengal cam tu...
Duk bulatan... Siap tutup lampu, pasang torch light...
Saya tak ingat camne kisahnya...
Tapi kononya roh yang datang merasuk namanya Jenny kot...
Erkk betul2 lupa... Lepas tu dowang kata...
Tangan orang yang bermain ni... duk tarik2 pada huruf...
A - N - G - R - Y
Banyak kali...
Dan salah seorang pemain kat situ tiba2 menjerit sambil kepala mendongak kat atas!
Panggil Ustazah...
Saya pun tak tahu kesah sangat...
Sebab saya dengar dari mulot orang, dan budak yang kena rasuk tu terus mak pak dier amik.
Dan die terus kuar asrama...
Sejak malam tu... semua pelajar wajib tidur awal...
Dan wajib baca 4 Qul...
Apapun, perbuatan ni syirik jangan sesekali cuba...
Ni ala2 macam pemujaan jugak...
Dan ini memang permainan lagenda budak hostel perempuan :)
Ahem :(
Ok dis one is scary...eeeee
ReplyDeleteShark pnah jugak dngar ni time kt hostel dulu..
ReplyDeleteMmg dop berani ler buat.
Syirik pn ada ni.
Mmg ptut leh bw histeria.
kenapa la daku baca entry ni kul 11 malam?
ReplyDeleteadoi la bdk2 ni..takde keje carik keje betul..siap calit2 darah tu
ReplyDeletecuriosity kills the cat...memang boleh bwk syirik ni
ReplyDeletebila berkumpul ramai2, macam2 idea kuar..
ReplyDeleteok., ini adalah scary.. nasib i ni jenis yang penakut dan tak berapa adventuruous
ReplyDelete