Kecuaian dan Kesedihan :(

Saya dalam mood sedey pagi ni.
Sungguhlah saya tak sampai hati nak membaca berulang-kali...
Kalau difikirkan memang ramai yang akan meletakkan kesilapan ibu-bapa itu sendiri yang menyebabkan kejadian ini terjadi. Tapi kalau kita sendiri yang mengalaminya pasti akan lebih memahami tentang trauma yang dihadapi. "Hanya Allah yang lebih mengetahui isi hati ini..."

Banyak kali sebenarnya kita membaca kes sebegini...
Ni bukannya pertama kali...
Banyak kali dah sebenarnya...
Trylah gugel, berapa banyak kes anak meninggal dunia berpunca apabila membiarkan lama di dalam kereta. Begitu juga ada kisah ibu atau bapa yang terlanggar anaknya sendiri ketika mengundurkan kereta...
Begitu juga abang yang mengamuk kerana basikal, memukul adiknya dengan objek yang keras, tanpa disedari oleh ibu-bapanya yang ketika itu yang sedang menonton telenovela...

Mungkin juga kita boleh katakan ada unsur "kecuaian" di situ...
Tapi perkara dah berlaku...
Mencari istilah "redha" dalam diri perlu ada dulu...

Cuma saya selalu mengingatkan diri sendiri...
Sentiasa beringat...
Jangan ambil mudah tentang perkara yang dilakukan oleh kanak-kanak.
Sebab saya dah mengalaminya...
Kalau uolls ingat lagi tentang "Anaqi yang terkena minyak panas"...
Banyak pengajaran dari peristiwa itu pada saya...
Walaupun Anaqi tidak mengalami trauma...
Saya yang terasa traumanya...
Sampai takutnya saya melihat kuali Tefal yang licin...
Saya amik dan terus simpan kat rak paling bawah kat umah.
Sampai Dedet, die pegi baling kuali Tefal saya tu ke dinding...
Sebenarnya kami bukan marah kat kuali Tefal yang bekualiti tinggi tu... tapi sebenarnya marah pada diri sendiri. Duk ketuk kepala berkali-kali... "Why... why... arrrghh". Terasa mak pak yang tak berguna di saat itu...

Sebab tu kita kena sentiasa berdoa...
Agar diri kita, keluarga tercinta, teman rapat terhidar dari musibah sebegini...
Sesungguhnya ajal dan maut ketentuan dariNya...

Kecuaian dan Kesedihan :( Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 12, 2013 Rating: 5

5 comments:

  1. Sedihnya.... Berbelas di hati smp nak nangis. Bru baca paper pas tgk blog kak ayu (lama xbaca metro).

    Nauzubillah..

    Semoga fmly arwah tabah. Ameen

    ReplyDelete
  2. betul, macam-macam perkara boleh berlaku. Harap kite tidak tergolong oleh Allah untuk ujian sebegini

    ReplyDelete
  3. salam sis.samalah tadi baca,sebak betul masa tengok percikan darah kat dinding.kadang2 kita dah usaha untuk sentiasa beringat,tapi setiap kejadian yang berlaku tu dengan izin Allah.takziah kepada keluarga mangsa.

    ReplyDelete
  4. uuhhuu, Anaqi tu nama anak wak jugakk., ;-p

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.