Apahal Hantaran Mahal Sangat! Iskhhh!!!
Mahal errkkk sekarang hantaran???
Tapi status ramainya membujang cam sukar dipercayai... hahahahahaha
Saja jer kan... kasi panas...
Rasanya yang ramai membujang kaum wanita berbanding lelaki...
Rasanya lah... Nak kata faktor hantaran memainkan peranan, mungkin jugak. Tapi saya rasalah faktor "belum bersedia memikul tanggungjawab" antara penyebab juga kenapa ramai orang-orang muda sekarang membujang.
Kalau kita tanya kepada mereka yang membujang, umumnya wanita lah... Antara jawapan-jawapan yang mungkin kita terima lebey kurang cenggini;
- Belum jumpa jodoh terbaik buat diri...
- Bercinta ramai dah kak, putus dan putus sebab tak sesuai...
- Kerja tuntutan masa sangat demanding, takde masa nak bergewe...
- Saya suka mak tak suka, yang mak suka saya pulak tak suka...
- Boleh ke laki tanggung saya kak? Saya high taste serba serbi...
- Yang saya berkenan laki orang kak... -->Cam nak kena luku kepala budak ni, kan?
Macam-macam lah lagik...
Tapi agak2 kalau tanya orang bujang lelaki, mesti jawapan camni pulak;
- Isk akak, nak bagi makan diri sendiri pun susah ni kan pulak anak orang...
- Belum puas hidup membujang...
- Anak dara sekarang ramai kelulusan tinggi, gaji dowang lagi hebak dari kita, segan kak oiii...
- Tunggu saya ada 5 C - Cash, Car, Condominium. Career dan Credit Card. Kalau yang dalam TV tu dier tambah lagi satu C iaitu Cadbury maksudnya happiness, hehehe...
So, berkait sangat ker dengan hantaran?
Berkait kalau kita semua memandang kepada kebendaan. Tapi bila fikir2 jugak, mak ayah yang membesarkan anak memang kadang2 dowang nak yang paling baik untuk anak perempuan. Paling tidak pun berkemampuan menjaga anak perempuan mereka sebaik mana mereka jaga dan besarkan anak perempuan mereka sendiri. Sehingga berjaya.
Maka harga hantaran mungkin jugak bukan untuk menunjuk2 kehebatan anak perempuan yang dipelihara tapi lebih kepada adat yang anak perempuan mereka ada nilainya. Tapi yang menjadi cakap2 orang belakang depan bukan isu kena bagi hantaran, tapi lebih kepada "Harga hantaran yang diletakkan terlalu tinggi". Bayangkan kalau hantaran tu diletakkan sehingga mencecah berpuluh-puluh ribu, yang kadang2 sampai ketidaklogikan harganya untuk anak muda yang hanya berkerja makan gaji, lagi sadis baru jer bergraduasi.. Contohnya... paling rasa tak logik, anak perempuan tu bukanlah hebat manapun. Takdelah expert sangat memasak, skill menjahit pun takde... muka jer cantek tahap citarasa orang Malaysia..*giler keji statement, buahahaha tapi hantaran mak pak letak lebih 10 K. Kalau laki ai confirm die lebih rela beli motor Ducati, hahaha...
Ahem, nak disalahkan saper pulak? Salahkan mentaliti sebenarnya... Kalau orang sentiasa melihat jumlah hantaran sebagai pengukur kebahagiaan...
Kalau rasanya dah bersedia dan berkemampuan untuk berumahtangga tak perlu tunggu lama-lama. Jangan mencari pelbagai alasan. Agak2 kalau pompuan tu demanding sangat pasal hantaran carilah yang lain (pandai pulok mengajor anak teruna orang, haha). Tak semua masyarakat beria melatakkan hantaran tinggi untuk sebuah perkahwinan...
*Kredit pic to kakibising.com
Contoh terdekat... pasangan ni...
Ahem, hantaran hanyalah sebentuk cincin dan senaskhah al-quran...
Apahal Hantaran Mahal Sangat! Iskhhh!!!
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
October 29, 2013
Rating:
duniawi semua ni
ReplyDeleteaku kwin pun antaran takde
mas kawin je
hidup lepas berkeluarga tu lagi payah.
silap gaya nak bergaya punya pasal, smpai 10 tahun hutang itu ini masa kenduri tak abis2 lagi
takyah jauh2.
sepupu aku..
7 thun kwin baru abis bayo
anak baru ade sorang
tu pun juggling
keje bukan tak molek
keje bagus tu
orang skrg ni payah klu asyik nak dipuji, nak lawan rega,
esok kat liang lahad jawab la ape kau buat masa kat donia.
*kesian tgk diaorg yg tak kwin2 ni sbb natarn tinggi sangat.baik bela kambing, bela lembu tak sampai setahun dah dapat hasil.
*bagi duit sesia je kat mak andam n wedding planner yang banyak membazir tu
*pnjnag nau aku melalut kak.sori.aku totally against kawin yang membazir cara yahudi ni.
Demand ? No problem....guna Autra chop , autra kick n turn into Kaiju. Hehe
ReplyDeletekekadang family pon mainkan peranan gak. Nak menantu yg ada ada ajer....
ReplyDeleteSetuju dgn Sis Sidratul Muntaha...
ReplyDeletesemua tu duniawi je. Napelah nk dikejorkan kate kawin hanya sekali lah... tuuuu yg nak buat grand sesangat last2 berutang pas nikah kawin. Ade juga yg bercerai berai jg. Nauzubillah kan...
Naya kat anak menantu pulak nnt. yg kita nak bukan bahagia masa hari nikah n sanding je, hari2 akan dtg tu yang penting n ke jannah... In Sha Allah. Biorlah org nak kate apa, bukan diorg yg susah payah bagi anak cucu kite makan nnt.
perasan jadi mak pak akan dtg..kehkehkeh
:):)jodoh oh jodoh :)
ReplyDeletefaktor kewangan antara faktor no. 1 sekarang kenapa ramai tak berkahwin..di kursus kahwin pun, banker siap buka booth nak offer buat personal loan
ReplyDelete