Serlahkan Kecantikan Anda dengan Dettol Radiance
Sememangnya setiap hari kulit kita pasti kehilangan serinya disebabkan oleh habuk dan kotoran akibat terdedah kepada sinaran UV, pencemaran dan peluh dalam mengharungi kehidupan kota yang sibuk. Secara tidak langsung ini boleh mengakibatkan pigmentasi kulit, tanda-tanda penuaan awal dan kulit kelihatan kusam, tidak bermaya dan kurang sihat.
Memperkenalkan kepada kalian Dettol Radiance yang dirumuskan untuk memenuhi
keperluan kecantikan wanita. Produk mandian baharu ini bukan sekadar memberi
fungsi pembersihan tetapi ia juga menggabungkan perlindungan Dettol yang
dipercayai dengan rumusan unik Vitamin yang memberi kebaikan kepada kulit dan
pelembap untuk mengembalikan seri kulit.
Dettol Radiance membunuh dan membersihkan kulit daripada kuman dan
kotoran yang menyebabkan kulit kusam dan menggantikan khasiat pada kulit untuk
mengembalikan kecantikan dalamannya untuk menjadikan kulit sihat berseri.
Dirumus dengan gabungan unik Vitamin C dan B3, Dettol Radiance menjadikan
kulit rasa segar, cerah, halus dan lembap untuk tempoh yang lebih lama selepas
digunakan. Vitamin C sering dipercayai
sebagai bahan antioksidan terbaik yang membantu menentang radikal bebas dan
meningkatkan kecerahan kulit manakala Vitamin B3 pula dipercayai sebagai rahsia
di sebalik kulit yang nampak muda menawan.
Nadia Heng, selebriti
tempatan dan Ratu Dunia Malaysia 2010 turut bersetuju dengan konsep mengekalkan kulit
yang sihat dan berseri. "Saya
percaya bahawa kesihatan bukan hanya menjaga pemakanan, tetapi ia juga
berkenaan dengan apa yang anda gunakan pada kulit anda. Saya mahu dilindungi daripada elemen alam
sekitar dan cuaca. Saya selalu menyangka bahawa pembersih badan anti-bakteria
akan mengeringkan kulit tetapi selepas menggunakan Dettol Radiance, saya amat
teruja dengan hasilnya yang tidak mengeringkan kulit. Malah saya suka wangiannya yang lembut dan
kulit saya berasa lebih licin dan gebu, walaupun hanya menggunakannya selepas
beberapa hari!" kata Nadia dengan gembira.
So, uollls silalah dapatkan Dettol Radiance di pasaran!!!!!!!!!!!
Serlahkan Kecantikan Anda dengan Dettol Radiance
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
October 06, 2013
Rating:
bau Dettol ni tak berapa kena dgn taste me hehhe me suka bau yg rosey2 gitu ;)
ReplyDeleteSUKER... BAU YG FRESH2 GTU...
ReplyDelete