Cuti Di Kuching Sarawak : Hari 2 - MAKAN SEAFOOD DI TELAGA AIR

Balik dari Matang Wildlife Centre, terus Dedet singgah Telaga Air. Motip? Sebab ianya berhampiran dengan sungai so boleh carik kedai makan yang kitaorang boleh order seafood. Haruslah datang Sarawak nak kena pi try seafood die jugak.
OK ni adalah tapai (warna kuning) dan juga ketupat (rasa2 ala lemang). Sedap dan murah.
Telaga Air ni tak ramai pengunjung luar. Rata-rata orang kawasan situ jer. Memang kebanyakan penduduk tempatan kat situ kerjanya sebagai nelayan.
Juga boleh nampak banyak bot2 tersadai kat tepian.
Restoran kita pilih pun biasa jer. Tapi tokey kedai tu sangat peramah. Yang beshnya sekiranya hidupan laut tu takde kat kedai dier. Kita boleh pergi kat pasar (bersetentang dengan kedai makan) dan boleh request dengan tokey tu nak masak apa.
Jeti dier kecik jer. Tapi katanya sebelah petang memang ramai orang datang memancing kat sini. Lubuk ikan rasanya kawasan ni.
Hidangan yang menjadi pilihan my Anaqi. Lobster masak sweet sour.
Ni sayur campur. Rasa biasa jerlah. Nama pun sayur campur, takdelah sampai menjilat pinggan pun.
Ok, lobster ni sedapp gak. Sebab ianya di goreng dengan telur sebelum di buat sweet sour. Isi dier memang tebal2 bergebus.
Siput sarawak, hahahahahha...
Siap beli kat pasar lepas tu request masak cara hidangan yang paling best.
Nampak cam baisa jer kan? Tapi siyes masak kicap pedas ni memang sedap la.
Jenuh Dedet kena perabiskan, duk muncung2 bibir dier menyedut sipot tu...
Agaknya kalau tambah sepinggan lagik gamaknya dah macam bibir Angelina Jolie, seksi gitew auwww.
Ikan siakap kukus...
Bagi saya biasa2 jerlah... sedap juga tapi saya pernah makan lagi sedap :)

Total damage untuk makan tengahari:  RM130 +...
Okler dengan teh c beng istimewa plus segala mak nenek air...

Balik masuk keta, semuanya terus layan tido (kecuali Dedet dah dier drebar), penat melantak kan... hehehe

Cuti Di Kuching Sarawak : Hari 2 - MAKAN SEAFOOD DI TELAGA AIR Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 05, 2013 Rating: 5

3 comments:

  1. Yum yum lobster tu...rm130 is cheap!!!

    ReplyDelete
  2. lobster tu serius menggiurkan...

    ReplyDelete
  3. https://youtu.be/IP6oQniw3VI
    Link Atas Tu Video Telaga Air dengan Drone ^^

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.